Pixajoy

Tuesday, December 10, 2013

Home » Terima Kasih Semua Sahabat Blogger Tersayang

Terima Kasih Semua Sahabat Blogger Tersayang



Pertamanya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada future besan Mummydearie. Wah ayat serupa ucapan alu-aluan di Perhimpunan pagi. Dah dua kali diglamerkan di blog beliau tapi dasar tak reti nak berbahasa la pulak future besan yang sorang ni kan.hehe.. MD yang terkenal dengan aktiviti mummyrazi ni hobinya mencari gali. Ada saja blogger akan diterjah untuk beliau review. MD punya trademark membebel berjela-jela, komennya pun berjela-jela jugak tau. Rasa terharu gila bila dapat komen yang begitu panjang walau entry hanya tayang sekeping gambar kabur dengan ayat yang kering kontang. haha. Jangan lupa klik laju-laju Her Little Amazing World untuk berkenalan. Sebelum tu sila ambik perhatian, Adik cute dah reserve ya.muahaha..

Terima kasih juga kepada semua rakan blogger terutama umi alya kerana sudi membantu menyelesaikan masalah susu merudum tempohari. Saya sangat hargai pengorbanan akak menjawab segala pertanyaan insan kurang berpengalaman ini. Terima kasih juga pada Mama AdamAzieAisy Nasihalizz, Mama JJMasya, Hainom OKje dan ieda yang berkongsi pendapat dan tips. Alhamdulillah susu sudah kembali meriah. Hampir sebulan juga berperang dengan kemelut yang melanda. Sebelum ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, hantar pengasuh terpaksa kais susu beku juga, semuanya untuk memenuhi hak Afia. 

Dah lama bertangguh nak up entry penghargaan yang tak seberapa ni. Dah malam baru ada masa nak taip. Sepanjang hari kerja, balik kerja sambung ukur jalan bak kata OKje. Aku busy sikit nak BW pun tak sempat. Nanti dah senang aku jenguk. Pada nama yang tak naik, usah bersedih (macam ada yang kisah). Aku hargai pada semua yang sentiasa berkunjung ke blog tintong ni. Paling terharu pada semua yang komen entry-entry bodo aku tanpa jemu. Tak mampu nak taip dan link kesemuanya. Korang semua sangat dekat dihati ini, Kiss and hugs from PK, cheewah..(banyak sungguh nada mengada-ngada)

Aku dah mengantuk tahap dewa dah ni. Nak tunggu upload picture si bambam pun kemain lama. Simpan sajalah senyuman manismu Afia. Aku tamatkan entry sekarang. Bye!





14 comments:

Umialya said... Best Blogger Tips

kasihmu ku terima, ahakkkkkk..

nora razalli said... Best Blogger Tips

hikhik!
sama sama kasih jgk PK :)

Adriannasyaz said... Best Blogger Tips

Akk..sya2..hehe..kasih akk sya trima 8 juta kali..^_^

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

salam puan kutu,br sempat k.atie nak singgah...

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah... Kalau dah rezeki Afia plus ibu yg rajin usaha. Susu merudum pasti dpt diatasi kan...

Unknown said... Best Blogger Tips

puan kutu, kita boleh join sekali x?huhu

Unknown said... Best Blogger Tips

nama mama tak de.... hehehehe kisah tau...

tak de mana mama nak sedih... mama pun kesibukan melanda, mana dengan FIL sakit kerja belambak nak disiapkan dan tuntutan anak-anak jadi memang tak berapa nak sempat BW..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Errr, ni boleh ke nak komen panjang2 ni? Huahahaa.... dah alah bisa tegal biasa, mana boleh tulis pendek2. Kalau dah capai keyboard, dua2 tgn jalan tak sehaluan ok maklumlah kidalkan!

Ok, ni baru speech balasan pulak! Terima kasih yg tidak terhingga buat future besan kerana tak pernah mengharapkan balasan lepas carigali hal luar dalam orang. Sila jaga bambam sebaik mungkin kalau tidak nanti perjanjian terpaksa pulak dibatalkan. Errr, confirmed ya skrg? Kita nak sign agreement tak ni? Valid until budak2 ni akil baligh. Huahahaha....

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Sangat menghargai kawan2 blogger..dah jadi sebahagian dari hidup sy juga..:)

NzA said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah..itulah untung bila ramai kawan w.pn sekadar dialam maya....

Masya said... Best Blogger Tips

gegegege .... confuse tetiba ade nama dlm ni huhuhuhuhu .. x mehan bakal besan mu tu, nnt nak terjah jugak... kenal hahahaha ...

Unknown said... Best Blogger Tips

terbaik!! =D

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah susu makin meriah...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah kan dpt rakan rakan blogger yg prihatin