Tajuk gila panjang.kihkih. Masih tak berjaya ajar Afia menyusu guna botol. Beberapa hari lagi habis pantang baru nak pergi cari puting lain. Selalu time bf, ibu dok pujuk Afia mintak tolong sangat hisap puting botol, nanti bila ibu naik kerja Afia kena dok dengan pengasuh. Si bambam terkebil-kebil buat muka comel all the time.haha..
Menurut kajian pakar laktasi di US, masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan botol pertama adalah ketika usia bayi antara empat hingga enam minggu. Waktu ni penghasilan susu ibu sudah stabil. Kalau terlalu awal bayi mungkin keliru puting, kalau terlalu lambat perkenalkan berkemungkinan bayi menolak botol sama sekali. Sekarang waktu paling sesuai la kan, tapi Afia tak mau jugak..Aiyo!
Botol yang mempunyai leher lebar (wide neck) dikatakan paling sesuai untuk bayi yang menyusu badan. Guna puting yang alirannya perlahan supaya pada usia berapa pun baby tetap berusaha menyusu dari botol.
Tips memulakan penyusuan menerusi botol:
Paling penting jangan gunakan cara paksaan. Nanti baby tolak menyusu botol terus. Kena banyak bersabar dan jangan putus asa. Kena banyakkan latihan. Jangan beri botol lebih daripada 10 minit setiap masa. Jika baby marah dan menangis, berhenti dan cuba lagi di lain masa.
Tips memulakan penyusuan menerusi botol:
- Gunakan puting jenis silikon, bukannya lateks kerana baby mungkin tidak suka pada rasa atau baunya.
- Seelok-eloknya alirkan air suam pada puting sebelum memberikan kepada baby.
- Pastikan susu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
- Kita digalakkan untuk banyak bergerak apabila memberikan botol kepada baby. Ini dapat mengalihkan perhatiannya.
- Posisi yang disyorkan adalah menghalakan bayi ke hadapan dengan belakangnya di depan dada, bukan posisi cradle yang biasa.
- Kita tak seharusnya menyumbat puting ke dalam mulut, sebaliknya membiarkan baby menarik puting itu sendiri ke dalam mulut.
- Biasanya baby akan lebih mudah menerima botol apabila mereka separa sedar. Contohnya waktu baby mamai ketika baru bangun tidur atau hendak tidur.
- Kalau baby tak mahu menyusu botol, minta bantuan suami atau ahli keluarga lain. Hebatnya baby ni sebab dia boleh bau ibunya.
Bila baby dah mula menerima botol, jangan jadikan amalan. Gunakan botol hanya apabila terpaksa berpisah, contohnya waktu kita ditempat kerja. Bila bersama, susukan terus menerusi payudara. Kalau jadikan botol satu tabiat harian, ia akan mempengaruhi penghasilan susu.
Bila cuti panjang contohnya, untuk pastikan baby tak lupa dan terus menerima botol, berikan susu melalui botol sekurang-kurangnya satu atau dua kali dalam seminggu.
11 comments:
slmt berusaha,..mg berjaya
alahaii..sian afia dah nak kena sumbat dgn botol ye..:3
minum botol selalu pon x elok jgak kan kak murni..=)
Bukan tak kesian dia tak nak puting botol tapi kalau tak dilatih kelak sendiri susah. Kakak dah kena dulu sampai bibik kakak telefon suruh kakak balik pada hari pertama naik kerja. Melalak terus tak nak botol. Sambung cuti seminggu lagi kakak latih siang bagi botol (paksa) malam baru BF...
Memang kena banyak sabar nak ajar anak menyusu guna botol ni. Tiga orang anak akak sampai sudah tak nak susu botol...
Hihihihi... mencabar kan? Dulu adam xde masalah. Tapi twin dia ( sepupu ) yg lahir sekali, mmg xnak langsung botol susu. Jenuh memujuk, lama2, minum juga... tapi, sementara tu, mmg kasihan kt ibu n baby
baby yg tomey..geram....bby fyzz pun mula2 cam tak berapa mau..tp ajar gak dalm pantang kan..then skang ..tak dak masalah..even dh cmpur ngan FM...baby dh setahun last week..
Memang kesian kan...tapi nak buat mcm mana...bila kerja terpaksa jugak tinggalkan ....
Anak akak dulu pun sumbat jer...mula2 melalak..tapi pngasuhnya pandai memujuk....
qisya ok xdak masalah..minggu ke-4 try bg dia terima botol..pastu stop pulak sbb dlm pantang mls nak bg botol, prefer df lg. pastu dh sebulan bg pulak botol..dia terima jgk. Lg 2 mgu nak masuk keje direct bg botol..pun dia terima..lega sgt, yg pntg jgn putus asa awak..kena latih diorg dgn pujukan
fuh fuh...chii kena bookmark ni..nnt senang utk kemudahan masa dpn...eheh
tembamnya pipi afia... sabar yer..nt berjaya nya.. sy dulu kan pernah mengasuh anak kwn..mak dia tinggal mmg taknak botol lagsung..tp last2 sebab lapar sgt kot, dia minum jugaknya..hehe.. bdk2 skrg ni cerdik, mak dia ada, mana mahunya botol kan.. dh duk ngn pengasuh dia nak la tu..teruskan usaha dan moga berjaya hendaknya..
comel la si kecik tu.
Post a Comment