Pixajoy

Saturday, June 22, 2013

Home » Review : Cloth Diapers Beginner

Review : Cloth Diapers Beginner



Sejak Afia dan mula ber CD, drypers yang dibeli masih tak luak guna. Aku pakaikan Afia CD setiap masa dekat rumah. Hantar pengasuh nanti dan bila outing jauh-jauh je la kot aku akan guna drypers. Nak fully CD takut menyusahkan dan menjakunkan pengasuh. Outing pun akan diusahakan untuk CD bila dah banyak koleksi nanti. Harapnya aku istiqomah. Maklum sajalah tahap kerajinan pun ada turun naik gak. 

Sebagai new beginner dalam arena CD aku sangat puas hati dan rasa berbaloi jadi pengguna CD. Melabur duit buat permulaan je pastu jimat dalam jangka masa panjang. Mula-mula pakaikan Afia CD aku gila jakun apesal CD ni tak basah? Ingatkan Afia tak kencing. Bila check dekat inserts baru tau inserts tu yang serap air kencing. Tak budget betul fungsi CD sebijik macam drypers, malah lebih bagus. 

Aku pakaikan Afia satu saja inserts siang dan malam. Inserts kan tebal, lambat sikit kering dibandingkan dengan CD, senang la rolling guna sebab satu CD ada dua inserts. Satu basah guna yang satu lagi. 3 hingga 5 jam sekali aku tukar lampin Afia. Sama je macam guna drypers. Kadang-kadang jejak sampai 6 jam baru tukar bila aku sedap tidur. Setakat ni tak pernah pun bocor.

Kebaikan menggunakan CD menurut pandangan aku :
  • Jimatkan poket en suami paling utama.
  • Mesra alam, kurangkan pencemaran dan bahan buangan. Kalau tak sehari selambak drypers kena buang.
  • Afia kelihatan sangat comel dengan CD pelbagai warna dan corak. Tak perlu pakai seluar dah bila kat rumah.
  • Aku jadi rajin basuh bontot Afia guna air suam, kalau drypers guna wet tissue.
  • Senang suspect bila Afia berak sebab ada bau. Pakai drypers kena selak bontot baru tau. (Takde bau ke hidung aku tersumbat?)
  • Bontot Afia lebih sihat, jarang dah merah kalau banding dengan guna drypers.(yang ni mungkin sebab aku basuh bersih bontot guna air)
  • Aku jadi lebih aware untuk cepat tukar lampin dan rajin membasuh. Kira excercise gak kan.
  • Jimatkan drapolene (perlu ke mention?) hakhak..




So far si bambam selesa je pakai CD. Lepas ni ibu akan grab lagi tambah koleksi. Senang sikit nak pusing pakai dan basuh kalau cuaca hujan. Aku dah cuba berusaha untuk menyelamatkan bumi, korang bila lagi?muahaha...


* Alhamdulillah kaki dah lega banyak. Bila duduk dah tak sakit. Nak berjalan je azab sikit.hehe.





9 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

geramnya akak tgk si bambam ni... nak je gigit pipi dia hehehehe

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Tengok dia menungging tu aduhai geramnya kakak...

Kalau tak ada alahan sampai boleh lena tidur macam tu oklah kalau nak pakaikan. cantik pun cantik...

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

Bagus dan rajinnya PK..akak tabik springg...:)

GREENJADE said... Best Blogger Tips

hamboi lena dgn ayunya si mmbam ni...

sy pn suka CD ni..mmg boleh jimat pampers la.biasa saya taruk nappy liner kat atas..kalu berak xde lah teruk sgt nk tenyeh CD tu..hehehe

Nastyna said... Best Blogger Tips

I like!! Haa menonggeng si bambam ni tidur nyenyak jer dia. eiiii geram la tengok.

I dulu terfikir nak pakaikan CD untuk JJ, tapi yang I jumpa rm80 sehelai, pastu give up mencari. hahha

Syahida azizan said... Best Blogger Tips

sy ade beli msa ank slung kecik...hajatnya nk guna jgk utk yg no 3 ni..ank no 2 xpenah pakai sbb dia poo poo lembik...mak aih penat la nk basuh...tp kan sy xpasti sy guna btul ke tak..kna pakai insert tu ke stiap kali pakai CD?insert tu msukkan ke dlm kan?

Unknown said... Best Blogger Tips

amboi..geramnyer tgk pose dia lena...cam baby besar je..baguslah dah selamatkan dunia....ehe

OKje said... Best Blogger Tips

Okje pulak dah terlambat nak guna sebab dah tak de baby hehe....

Masya said... Best Blogger Tips

bila tambah anak kot barulah guna kohh.. koh....