Pixajoy

Sunday, January 29, 2012

Home » Debaran AJL Ke 26

Debaran AJL Ke 26



Aku memang spesis tak mengikuti sangat industri muzik terkini. Radio pun setahun sekali je aku dengar. Rancangan hiburan macam Muzik-Muzik bagi aku dah tak ada yang menariknya lagi. Percaya ke tak aku memang tak pernah tengok satu episod pun rancangan Muzik-muzik tahun lepas. Dulu waktu aku muda remaja, teruja jugak aku tunggu rancangan ni setiap tahun. Kalau separuh akhir akulah orang yang paling sibuk meneka siapa yang akan ke final. Peredaran masa, pertambahan usia atau rancangan itu sendiri yang langsung tidak menarik hati aku, itu mungkin puncanya. 


Malam ni dengar cerita (eceh dengar cerita tu..) ada siaran lansung AJL 26, tema air lagi. Aku  suka-suka je google nak tengok siapa dan lagu apa yang berjaya ke final. 



Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)

  1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
  2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
  4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
  11. Sedetik Lebih oleh Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Hakikatnya kebanyakan lagu yang dipertandingkan aku sendiri tak pernah dengar. Kalau pernah dengar pun mungkin aku tak berapa ambil tahu. Lagu sungai lui, kisah hati, sedetik lebih, gadis semasa dan penakut adalah antara lagu yang aku tak dapat kenal lagunya kalau berkumandang di radio atau TV. Memang spesis buta lagu! 


Yang aku tau lagu paling aku suka Beribu Sesalan.
Itu pun sebab pernah jadi lagu tema Drama Anissa.

Agak-agak siapa boleh menang ekk? Nak kena tidurkan Aiman dulu malam nanti. Semoga Aiman tidur awal, boleh aku layan AJL 26. keke..


* Dalam tak ikut pun sibuk nak ambik tau.haha..











17 comments:

royansableng said... Best Blogger Tips

mantab sob,..lanjutkan
pertmax

fieda said... Best Blogger Tips

ooo..sama la kita muni...dulu2 punya muzik2 sgt best tp yg 2,3 taun lepas sama la kak fieda pun tak pernah tgk wlau satu episod pun...cuma yg tgknya time AJL jer la...dan lagu yg best dan bakal menang rasanya beribu sesalan kot..tp awan nano pun mcm best jgk..

-Incek Fik- said... Best Blogger Tips

Fikri paling suka lagu yang dinyayikan Aizat tu.. memang merdu dan tenang jer muzik dia.. amat sesuai dengan tema air tu :)

Yaya Azura said... Best Blogger Tips

suka lagu kisah hati...

Unknown said... Best Blogger Tips

haha..husna suka dgr radio..klau dgr lagu trus bleyh mulut nie bleyh terikut..tp klau tnya lahu nie tjuk pa..ntah~ haha..

beribu sesalan mesti ada pnyaa..:D

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

awan nano lagu fav alisha.. adakah laagu fav alisha mampu menang..?hehheh

saya sendiri xtau lagu pe yg agak2 blh menang tp sy harap mlm ni sy tak lupa utk tgk..hehhe

Afasz said... Best Blogger Tips

dulu slalu tgk.skrang dah kurang n rasanya dah bertahun tk layan AJL ni, tk tahu knp.hehe~

Unknown said... Best Blogger Tips

3 suara menang

ch000tz said... Best Blogger Tips

ada mmber ajak tapi macam mana nak gi :D

Pen Biru said... Best Blogger Tips

tahun ni memang saingan sengit gila.tak tau nak teka lagu mana boleh menang.

hyz said... Best Blogger Tips

biasalah pn kutu.. dah tua2 mmg x bape tau sgt lagu2 ni kn? ehem3.. hahaha ekceli thanx 4 da resepi me kari tu yaw...

kimmie said... Best Blogger Tips

mlm ni kita tunggu saja keputusan nya

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

hahaha...nak tau sape menang??

Hafiz menang. ahahahaha..aku tua jawapannya

aku support Yuna walapun dia tak menang. =)

tahun ni sume lagu best best kecuali cinta muka buku.

Unknown said... Best Blogger Tips

Dah tau dah jawapannye kan :)
Hafiz awan nano... saya pun buta lagu jgk...ahaks... :)

NzA said... Best Blogger Tips

layan separuh jln dh lelap....

Munn Jaafar said... Best Blogger Tips

xtengok ajl la kak...huhu ape pun tak tengok.. =)

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

kite pun minat beribu sesalan ... sg lui pun best ;)