Pixajoy

Sunday, July 31, 2011

Home » Apa Ada Dengan Filem Tamil?

Apa Ada Dengan Filem Tamil?


Salam Hujung Minggu

Malam tadi entah apa yang en suami gelak berdekah-dekah tengok filem tamil. En suami nie minat sangat dengan filem tamil dan hindustan. Lagi-lagi Rajnikanth, hero pujaan beliau. Cerita padayappa tu entah berapa ratus kali beliau tengok. Siap beli dvd segala.haha..


Bukan tak ada filem tamil yang menarik perhatian aku. Ekceli kadang-kadang filem tamil nie lagi menarik jalan ceritanya. Aku lagi suka filem tamil dari hindustan. Tapi ada banyak benda dalam intipati filem tamil yang aku tak boleh take it!

Hero filem tamil liat nak mati!
SUMBER GAMBAR
Betul tak? walaupun berlawan tahap ganas gila babun pun tetap kuat. Dah beribu kali kena sepak terajang dengan musuh langsung tak menunjukkan kesakitan. Bila belasah penjahat tu punyalah nak tipu. Sampai 30 orang tumbang. Kalau kejar penjahat tu kuat pulak lari walhal hero pun gendut. Kalau tembak penjahat tu semedang kena. Penjahat tembak hero langsung tak kena. Sangat liat nak mati!. 'Yang paling best' ganas woo berlawan mesti kena pakai parang! Aisey..


Lagu dan tarian sama banyak dengan cerita
Baru nak layan cerita, hero dan herion dah gedik nak joget-joget. Pastu yang tak boleh blah bila mula menari muncul pulak beratus-ratus mamat dan minah tamil menari ikut rentak yang sama. Entah dari mana datang aku pun pelik. Misteri betul! Dah tu hero dan heroinnya boleh pulak tukar baju bagai 10 helai hanya kerana sebuah lagu. Dalam dok peluk-peluk guling-guling macam tenggiling bila depa tukaq?


Hero tak kacak tapi heroin mesti cantik
Dalam kebanyakan cerita, hero mesti hitam, ada jambang, berbulu, kadang gemuk dan gendut pun ada..Tapi kalau heroin mesti kulit putih. Muka ada cun jugaklah. Kadang dah macam heroin hindustan. Macam tak sesuai dan tak sepadan bila heroin lawa bergandingan dengan hero yang tak hensem.hoho..


Ekceli banyak lagi yang aku tak puas hati dengan filem tamil nie. Tapi aku bagi tiga cukup. Kalau nak aku kupas isu lawak bodoh tahap bangang dalam filem tamil panas telinga pulak peminat-peminat Rajnikanth! 


Korang layan video nie : 





Terhibur?hakhak...




22 comments:

Pen Biru said... Best Blogger Tips

sama gak cm citer hindi..awek kena kebas pun bleh nyanyi..mak mati pun nyanyi..rumah terbakar pun nyanyi...kena halau pun nyanyi..eksiden kaki putus pun nyayi..pendek kata semuanya bleh dibawak menyanyi.. sengal betol..tu pun ada filem melayu yg tiru..

Unknown said... Best Blogger Tips

wuahahaha..betol2 cakap akak tuh..haha..liat sungguh hero nk mati..err tp lagu dy bole buat goyang kepale jugak :P

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Pen Biru
haha memang terbukti sengal!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@syrupmasin
ohh tidak!!

Daddylicious said... Best Blogger Tips

cukup suka filem tamil...gelak tak henti2...hehe

MulutPayau said... Best Blogger Tips

kadang2 tu mati pun hidup semula...hehehe...Suami akak pun sama, mmng minat citer tamil.....

Yaya Azura said... Best Blogger Tips

rajnikantah tu mmg best..rasanya dia je hero tamil yang saya tahu nama..hihi..^^

Rina Rahamat said... Best Blogger Tips

sy panngil rajnikanth (x tahu eja) tu si rambut serak..dr sekolah sy suka tgk dia berlakon..kengkadang cerita tamil ni okeh juga ceritanya..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Bigdaddyz
haha memang kebanyakan org lelaki suka cerita tamil ekk

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@MulutPayau
cerita kita pun ada y mati hidup semula.hikhik.slm ramadhan kak..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@YAYA AZURA
huhu samalah kita

syiela said... Best Blogger Tips

hehehehe.. teringat arwah kakak syiela.dia ni peminat filem tamil. bila di tanya kenapa. tau dia jawab apa. suka tgk dorang menari ntah apa2 ntah

Wanie said... Best Blogger Tips

hehe..dah lame tak layan cite tamil..lalala

suke gak tengok hero yang kat atas tu berlakon..dah hero mestila liat nak mati akak..hihi

safurara said... Best Blogger Tips

cite tamil tak de babak pukol-pukol mmg tak sah,akk saye suke hero tamil yg dlm gmbr tu,heee padyappa.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
klu rajnikanth tu oklah sy pun bley layan.tp klu hero lain.emm...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@syiela
hehe tp kadang2 benda nie yg jadik kelakar..:)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Wanie
hahaha mmg liat sungguh!

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@rara pinkmafia
pukul tu selalu tak logik.tu yg geram..huhu

ILA HonEyBuNNy said... Best Blogger Tips

hehe...

ila jarang tgk cerita tamil...hindustan pun jarang...

sbb dulu2 mama xbg tgk cerita hinduatan...sampai skrg xminat..ngeh3..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said... Best Blogger Tips

hahaha. hero mesti kena menang kak.... kalau xmenang xbest la cter tamil cam ni.. hahaha

puanbee said... Best Blogger Tips

betui semua tu hehe..kutu semakin banyak idea tuk buat entri bagus kutu

qfsue said... Best Blogger Tips

pada saya ada gak yang boleh di ambil kira...selalunya org tamil nih bnyk guna hati dr minda...cth..bila dh sayang kt someone psti syg gler2 punyer..x kirala pemili or life partner..x derla nk jd maling kundang ker,nk bmadu 4 ker...huhu lbih minat tamil dr hindustan