Pixajoy

Monday, May 04, 2020

Resepi Kuih Lopes Loyang Tanpa Daun Pisang



Kuih lopes adalah antara menu yang aruah mak selalu buat waktu zaman aku kecil dulu. Aruah abang suka sangat makan kuih lopes, so bila dia balik dari asrama atau universiti, mak akan buat kuih kesukaan abang. Zaman tu kuih ni dibalut dengan daun pisang, pastu nak potong pun ada cara, guna tali tangsi bukannya pisau.

Tahun lepas kalau tak salah aku tengok adik ipar buat kuih ni pakai loyang je. Kat kawasan rumah aku ni memang susah nak dapat daun pisang, market pun jarang ada. Aku pulak tak la minat sangat makan kuih berasaskan pulut, nak buat tu memang tak berhasrat  la senang cerita.  Kalau nak makan biasa beli. Setiap pagi ada je jual kot sini.

Musim PKP dan bulan puasa ni aku jadi rajin pula cuba buat pelbagai jenis kuih. Baki beras pulut buat seri muka tempohari ada lagi, air gula sagu gula melaka yang aku buat pun ada baki, makanya marilah buat kuih lopes.huhu

Aku google resepi ada yang guna kapur makan, ada yang tak guna. Resepi aku ni guna, kalau tak ada boleh skip kot. Terus terang aku pun tak tau apa fungsi kapur makan ni. Hahaha..

Kuih lopes 1st attempt

Pertama kali buat perfect lembut elok pulut.  Air gula likat mabeles kata en suami. En suami puji melambung kata sedap, berebut makan dengan anak-anak. Aku buat sikit je pun, bulan puasa kan takut membazir. 

Harini depa demand nak makan kuih lopes lagi. Buat la lagi seloyang kecik macam semalam, pulun aku snap picture step by step nak masuk dalam blog. Hiks

Resepi Kuih Lopes
 (kalau nak banyak lebihkan sukatan) 

Bahan-bahan

1 cawan beras pulut (rendam 3 hingga 4 jam dengan air kemudian toskan) 
1 cawan santan cair
1 st garam
2 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
Sedikit kapur makan

Cara-cara : Lapik loyang dengan plastik supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan. Campur semua bahan, masukkan dalam loyang dan seratakan. Kukus hingga masak.

* kelapa parut gaul dengan sedikit garam. Boleh kukus untuk tahan lama. 

* Air gula = gula melaka + gula kabung masak dengan air hingga mendidih kemudian tapis. Kalau kuah tak pekat boleh guna bancuhan tepung jagung. 

Siap masak, tekan pulut ratakan. 

Biarkan sejuk boleh terus keluarkan dari loyang

Potong tiga segi or ikut suka bentuk apa yang mau. Aku guna pisau potong kek, sapu minyak supaya potongan cantik dan tak melekat. 

Gaul pulut dengan kelapa parut. 

Sedia dihidang dengan air gula. 

Resepi ni tak guna daun pandan. Nak dapat daun pandan pun susah juga, aku buat cara moden pun sedap. Kalau ada daun pandan tu boleh guna original pandan ok. 





Sunday, May 03, 2020

Resepi Bingka Roti



Bulan puasa ni roti tak berapa laku, nak habiskan roti yang nak expired kena la buat sesuatu. Dua kali dah buat bingka ni dalam masa terdekat. Simpan resepi kat sini. Blog sekarang pun dah jadi buku resepi ja punya malas nak update. Haha

Hasil buat baru ni, tapi ni je sempat snap


Resepi Bingka Roti

Bahan-bahan

5 keping roti putih
3 cawan santan/susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum 
2 sb marjerin
1 st garam
1 st esen vanila

* aku guna kombinasi 1 tin susu cair + 1 kotak santan kecil, tambah air jadikan 1 cawan + 1 cawan santan segar

Carik roti dan rendam dalam 2 cawan santan. 

Baki 1 cawan Susu cair/ santan + tepung + gula + telur + marjerin + garam, blend semua. 

Tuang bahan blend dalam periuk bengkang pastu kacau sebati dan bakar. 

Aku bakar atas api, nak bakar guna oven ikut suka.

Ni buat sebelum puasa haritu. Afia dan abah hadap ja dah licin setengah adunan.

Sedap lemak berkrim 







Tuesday, April 28, 2020

Resepi Popia Basah / DIY Kulit Popia Basah



Pertama kali buat teruja kulit dia best lembut sangat serupa popia beli. Ramai juga yang minta resepi so tempek sini je la senang. Buat peminat popia basah wajib try, buat sendiri puas makan.

Tara.. 


Bahan kulit popia

300 gm tepung gandum
500gm air
1 biji putih telur
1 sk cuka makan
Garam secukupnya

Caranya : Bancuh semua bahan, panaskan kuali non stick, guna berus macam berus cat rumah tu, celup dalam tepung sapu pada kuali. Tunggu sekejap nanti nampak macam lempeng nipis. Angkat bila lempeng dah tak melekat pada kuali. 

Sukatan tadi boleh dapat dalam 30 kulit. Aku guna berus kecik yang sapu telur atas biskut dah tu je yang ada hentam sajalah. Haha..kuali aku pun bukan non stick, jadi agak tebal sikit kulit, dapat 15 keping.  

Bahan2 kering 

Taugeh dicelur
Kacang tanah digoreng dan ditumbuk
Udang kering digoreng dan tumbuk kasar (aku guna ikan bilis je)
 Telur dadar hancur
Bawang goreng secukupnya

Bahan Inti

Karot potong halus
Sengkuang potong halus
Timun kalau suka
Bawang besar potong dadu
Bawang putih ditumbuk
Udang kering tumbuk (aku guna ikan bilis sebab takda stok)
Garam + gula + lada sulah

Caranya : Tumis bawang putih + bawang besar + udang kering hingga naik bau,  masukkan karot + sengkuang + garam + gula + lada sulah. Masak sehingga layu/lembut.


Bahan Sos

 Cili kering + bawang merah + bawang putih, blend semuanya. 
Cuka
Gula kabung
Garam

Caranya : panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan cuka + gula + garam, perlahankan api, masak hingga kuah pekat.

Sediakan semua bahan sebelum balut. Ikan bilis tumbuk takda dalam ni en suami tengah tumbuk.hihi

Letak sos kemudian sayur + taugeh + telur dadar + udang kering/ikan bilis tumbuk + bawang goreng kemudian balut. Bawang goreng ada ja kat rumah tapi aku lupa nak letak. Haha ok settle semua boleh balut.

Susun popia,  letak sos kemudian tabur kacang tanah tumbuk. Boleh terus ngap. Yummy!!! 





Friday, April 03, 2020

Resepi Capati Gandum Step by Step



Kami sekeluarga boleh dikatakan peminat capati. Selalu dok pekena capati dekat Medan Selera Jam Besar Sungai Petani. Pastu musim PKP ni ternampak la orang share resepi kat facebook. Buat pertama kali jadi, ni kali kedua buat gigih aku snap step by step nak share resepi.

Rasa sama macam kat kedai. Semua kena cuba buat tau. Kena dengan kari sardin,  sambal ikan bilis ke fuhh mabeles.

Bahan - Bahan : 

3 cawan tepung gandum + 3 sudu butter/marjerin + 1sk garam + 1 2/2 cawan air panas lebih kurang + tepung untuk dusting.

Cara - cara :

Mix semua sampai jadi doh. Uli sampai tak melekat kat tangan. Rehatkan doh sekurang-kurangnya setengah jam.

Gelek doh

Potong kepada 8 bahagian nak bagi sama banyak

Bulatkan doh

Gelek nipis. Gunakan tepung supaya tak melekat. 

Tara siap...Sebelum bakar

Dia naik kembung camni kira jadi

Lembut elok dan sedap

Kena sebiji kenyang. Kena 2 biji mengah