Pixajoy

Sunday, December 01, 2019

Bukit Bendera



Setelah 4 tahun tak jejak Penang Hill kami kesini semula. Dulu kali terakhir pergi masa Afia kecil lagi, aruah Pakwa Talib join sekali, Aryan pun belum wujud.

Sebelum beli tiket risau juga sebab kisahnya aku tertinggal beg duit dekat rumah. Ic aku IC Aiman ada dalam tu. Nasib la mykid anak-anak semua en suami pegang. Yang kat depan tu punya pulun suruh tunjuk kad nikah la, kami ada fotostat surat nikah ja dalam beg duit en suami. Rupanya sampai kaunter hanya perlu beri no ic depa nak check status warganegara ja pun.

Untuk warganegara,  harga tiket dewasa RM 12 kanak-kanak 4 hingga 12 tahun RM 6. Total kami naik RM 36, Aryan 3 year masuk free.

Sekarang dah pakai kad keras camni, scan bila nak naik dan turun

Line up sebelum naik train. Pergi permulaan cuti hari Jumaat pun boleh tahan ramai juga orang. Nasib la train cepat tak terasa sangat tunggu lama

Dalam train aunty chinese sebelah tu dok usha ja muka Kak Pia dengan mekapnya  ibu pun cakap la dia mekap sendiri dia tu. Aunty balas cakap cina tobat tak faham foreigner rupanya. Tu pun Kak Pia kata dia tau aunty cakap apa. Aunty tu kata cantiknya. Hahaha perasan betul! 

Wefie dalam train muka setalam 1 kali haha

Dah naik atas wajib snap dari sini

Permandangan atas yang ibu sempat rakamkan

Port sini masa kami pergi masih dalam pembinaan. Ramai yang bergambar berlatar belakangkan permandangan dari sini. 

Ibu abah pun nak jugak

Ada tempat yang pintu gerbang love tu nak masuk kena bayar kami malas nak masuk, masuk duit seringgit je tengok permandangan guna benda ni. Lepas tu layan artis Penang Hill nyanyi.




Banyak gambar depa ja la ibu pulun snap. Photog ibu nak minta Aiman tangkap gambar ibu pun moody ja. Nasib la ada pelancong China volunteer nak snap picture kami sefamili. Ada juga kenangan. 






Lokasi periuk kera ni pun dah berubah. Ibu snap anak-anak dan abah depa ja la bukti naik Penang Hill hahaha




Sampai dekat foodfcourt tu nak cari la ABC aiskrim dan desserts yang dok viral sangat tu. Lupa kata kat tingkat bawah. Dulu pi dah lama, jalan nak turun dah kebetulan nak jadi rezeki kami dok sembang ada pekerja Penang Hill dengar,  dia pun cerita bagitau lokasi. Pulun patah balik semata nak kena ni..hehe

Order 3 ja portion dia banyak jenuh jugak nak habiskan

Rasa dia so-so ja boleh la makan. Oreo pun tak ori, buah mangga ja sedap pun. Cendol malas nak order sebab dulu makan tak sedap.

Insyaallah tak repeat dah kot dalam masa terdekat, paling kuat 5 tahun lagi kalau nak naik pun. Boring je bukan ada apa atas tu kan. Dulu siap naik buggy car pastu Owl museum tu pun dah masuk bukan ada burung hantu betul.. Lukisan dan owl awet ja. Tahun depan rasa macam nak repeat bermalam di Penang lagi tapi kita aim nak pergi tempat yang kami belum pernah terjah. 







Saturday, November 30, 2019

Hari Anugerah & Konvo Aiman Afia



Kisah 10 November tempek sini buat kenangan. Tahun terakhir Aiman di sekolah rendah dan tahun terakhir juga prasekolah Afia. Ibu pergi sorang ja Abah tinggal kat rumah jaga adik.


Afia naik pentas tamat prasekolah 6 tahun. Konvo Tahun 6 di asingkan dari hari anugerah tahun ni sekolah buat hari lain tanpa jemputan parents, so takda la gambar Aiman pakai jubah konvo. 

Line up before naik pentas

Afia orang pertama naik pentas ibu tak sempat pi depan, snap dari jauh je

Mujur ada photog husband cikgu tolong snapkan

Ni ja picture ibu mampu. Haha

Ok la ada jugak kenangan

Sedih la pulak nak tinggalkan kawan2 dan cikgu2. Ibu rangkum kenangan dia sepanjang tahun persekolahan dalam video

Aiman seminggu tak pergi sekolah kaki sakit tersepak batu.  Kawan dia bagi surat mulanya ibu ingatkan kawan dia bagi surat hari anugerah untuk konvo tahun 6, rupanya dia penerima anugerah khas SKSL unggul (cemerlang ko- kurikulum). 


Aiman wakil sekolah dalam acara lontar peluru selama 3 tahun berturut-turut.  Tahun ni wakil sekolah dalam acara bola baling,  menang peringkat zon Sungai Layar. Dia juga merupakan pengerusi Kelab Bola Baling juga Setiausaha Kelab Bahasa Melayu.

Walaupun ibu selalu pening dengan akademik dia,  but Ibu proud of u. Setiap anak ada minat dan keistimewaan masing-masing. 

Lepas Abang Aiman naik pentas kami ke photobooth pra untuk bergambar. Mulanya tadi ramai sangat orang, berebut nak bergambar kenangan pun. Afia dah mood dahaga nak air pergi kantin dulu pastu naik semula dewan tunggu Abang Aiman naik pentas. 

Ni mood dah ok tapi dah tengahari muka pun dah comot. 






Husband cikgu pra offer nak tolong snapkan picture ibu dengan kak Pia. Ada jugak la kenangan.


Tahniah anak-anak ibu, teruskan buat yang terbaik dalam apa juga minat ibu akan bagi sokongan padu. Tahun depan Aiman dah Form 1, Kak Pia standart 1, how time flies ibu muda lagi ni huhuhu






Overstepped Cafe Sungai Petani



2nd time kesini. Tahun lepas seriuslah makanan dia semua sedap kali ni rasa macam so so je. Servis masih tiptop padan la servis charge dah berapa haha

Menu marilah order

Ni antara menu dan harga

Aku order omalette Carbonara tak kena tekak betul langsung tak boleh makan. Rasa bawang macam mana ntah Aiman pun kata tak sedap. Abah depa makan ok ja pelik sangat aku rasa tak lalu. Membazir ja order ni tapi seriuslah aku langsung tak boleh nak hadam. Sory to say bukan sengaja nak buat perangai syaiton dah memang tak boleh telan. 

Aiman minta nasi lemak dan en suami order nasi ayam percik, depa makan tak complain apa sedap la kot cuma kuah ayam percik dia kurang umphh sikit dari mula-mula kami datang dulu. 

Aryan konon nak burger bila order haram tak makan, ibu nak telan pun tak lalu kenapa ntah, daging dia tak seketul jenis lembik tak kena tekak nak meloya.  Nasib la Afia order pizza ibu share makan dengan dia.  

Menu yang kami order

Air kosong ambik sebotoi depa bagi. 

Air or dessert dia yang dua kami order ni terbaik. Sedap sangat Nora bagi 5 bintang! Aku makan tak kira kalori dah sesekali kan enjoy ja la takkan la boleh gemuk. Hahaha

Dessert yang kami order

Ayuh tambah kalori

Adik Aryan yang banyak akal. Mengadak air ja langsung tak makan apa. Burger dia tu siap tapau bawak balik. 

Anak dara kuat melaram

Pencinta makanan yang jarang complain tak sedap haha

Pose dulu sebelum balik

Ok tak mau repeat dah dalam masa terdekat hahaha

Overall ok la servis bagus, makan bolehlah, harga standart,  tapi kami mau lebih lagi macam mula-mula kami makan dulu OS terbaik la.. Ni macam dah kurang umphh sikit dari segi rasa.






Thursday, October 24, 2019

The Fat Lamb Sungai Petani



Pertama kali kami kesini. Selalu kalau makan luar kami memang prefer western foods, sebab ibu tekak western. Tempat makan pun ibu yang suggestkan. Alamat Cinta Sayang Resort Home, Jalan 3A..  Landmark area Koperasi Tentera. Bukak je map taip The Fat Lamb kalau jenis lembap tak tau jalan macam aku ni hahaha

Pose kejap sebelum keluar makan

Kami pergi hari Isnin lengang je kedai, satu dua meja ja ada customer. Konsep open kitchen, kedai ok la, staff pun ok, order pun tak tunggu lama cepat je menu sampai.

Open kitchen. Deco biasa sahaja. 

Menu & harga berpatutan

Masa waiter datang dia inform siap spageti takda. Ok la kami tak mau makan spageti pun, yang frustnya air sedap apa pun takda. Dok aim nak minum oreo apa ntah tengok kt fb tapi tak ada juga katanya.

Sebab kedai takda orang marilah kita snap picture banyak sikit. Hahaha

Minah ni keluar makan pun busy mekap sendiri dia. Over betul

Adik Aryan acah cute

Big boss like father like son

Bagi hp sebab senang ibu nak contact time ibu kerja, tapi budak sekarang dengan game je kerjanya

Adik mengantuk ke apa ni.. Dok buat pose acah comel lagi. Balik rumah memang terus terbungkang lena letih main siangnya. 

Lanjer boomerang haha

En suami order nasi ikan bawal goreng dan lamb chop, kena dua pinggan tengok la badan. Haha. Aku order chicken grill, Aiman lamb wrap, Afia Aryan chicken chop. 

Memula order satu set ja chicken chop Afia Aryan share takut tak habis sekali tak cukup, order tambah lagi satu depa makan tak habis ibu pulak kena settlekan. Aiman pun buat muka tak kenyang order burger tambah. Kan dah kata like father like son. 

Menu yang kami order. 

Gimik ja burger tu ibu rasa 1 bite pastu Aiman yang habiskan

Overall ok la sedap boleh makan. Rasa not bad tapi tak la sedap gila.  Nak repeat dalam masa terdekat tak la kot.hehe