Pixajoy

Monday, September 09, 2013

Tolong!!! Takde Air!!!



Ambik tanda seru banyak-banyak. Malam ni tetiba air paip rumah aku ni slow. Ngam-ngam je aku masak kuah maggi sup, tak lama pastu terus takde air. Cuak la sepanjang dua tahun lebih dok sini tak pernah kot takde air. Oh ye pernah sekali. Ada notis pemberitahuan, tapi rumah aku still ada air. Setakat dua tiga hari boleh la tahan. Dah air dari tangki. 

Kali ni takde memo apa pun. Ada angin takde ribut. Angin pun sebab sekarang musim hujan. Apa aku merapu? Dah la kat bilik air memang takde tadah air langsung. Berperang mulut aku dengan en suami.haha. Aku ketuk pintu kak ros depan ni tanya. Sah la bukan rumah aku sorang takde air. 

Tak lama pastu keadaan kembali reda. Aku dengan en suami memang suka bercekau. Gaduh-gaduh manja. Kadang benda tak bersebab pun carik motif nak gaduh.hakhak. Kak Ros depan rumah ketuk pintu bagitau kat bawah depa bukak air tangki, semua orang dok angkut. Apalagi, en suami, Aiman dan adik aku Ateh terus turun bawah angkut air. Pembetulan, Aiman buat sibuk je bergumbira sembang dengan kawan dia. Harap badan besaq, nak angkut air tak larat.

Rumah aku sekarang berkecah dengan besen, baldi, botol air semua. Harapnya stok air ni cukup. Ada hikmah hari ni en suami tak kerja. Ada hikmah juga esok aku tak kerja pagi, ada hikmah juga adik aku tak jadi balik Penang. Cepatlah ada air. Tanpa air hidup jadi susah. Kemain skema ayat.




Resepi Bubur Butir Nangka



Lepas buat maggi Ketam, buat bubur butir nangka pulak. Bukan selalu angin rajin mai. Kalau masak nasi dan lauk pauk tu memang hari-hari jadi kemestian. Lagipun suka melayankan tekak en suami yang sangat suka makan bubur. Resepi ambik dekat Majalah Rasa.

Resepi Bubur Butir Nangka 

Step 1 : Bancuh tepung pulut+sedikit garam+air agak-agak boleh gentel jangan keras or lembik sangat. Bahagikan kepada tiga bahagian. Pastu boh kaler ikut suka. Aku guna kaler merah ,hijau dan oren. Gentel la macam butir nangka, rebuskan dalam air yang banyak, bila timbul atas baru angkat dan toskan. 

Step 2 : Masak gula dengan air, masukkan 1 tin susu cair+setengah kotak santan. Boleh juga guna santan ori ok. Dah mendidih masukkan butir nangka tadi. Kalau aku, aku boh garam sikit. Siap dimakan panas dan sejuk!


Zoom sikit...


Aiman hirup kuah je katanya bijik-bijik ni tak sedap. Bubur ni aku yang makan lebih dari en suami. Kan dah kata sekarang ni aku semedang je lapaq.haha..






Alahai Kanggaro



Terima panggilan dari satu amoi ni.

"Ada barang atas nama you, kita tak hantar woo ini alamat..you boleh ka mai ambik sendiri?"

"Eh biasanya saya order barang, ok je boleh hantar".

Amoi tadi dok ulang benda yang sama, dia dok kata tak boleh hantar

Agak-agak la..

Dah banyak kali guna servis sama kot

Elok je kau hantar

Alamat sama jugak

Bukan aku pindah dok hutan.

Pastu siap peta dia bagi. 

Macam aku heran

Dengan suara tak berapa jelas..

Buat penat aku dok hello-hello je banyak kali.

Ingat postage free hapa..

Aku bayaq wey,

Sejam dua jam lepas tu dia call balik.

Kali ni cakap lemah lembut.

"You boleh ka esok you ambik dekat gate, hari ni driver tak keluar".

Logik ke?

Aku iyekan aje


Boleh tahan bengang ibu fia hari ni tau..






Sunday, September 08, 2013

Gaya Abang Mengasuh Adik



Abang Aiman ni kira boleh di harap la mengasuh adik. Setakat tolong henjut buai adik, tolong tengokkan adik time ibu buat kerja kira lulus cemerlang. Terutama bila lapar, nak mintak tolong ibu masakkan sukarela la nak bela adik.

Mengasuh adik sambil layan youtube

Bila adik nangis pun boleh tolong pujuk. Tapi kalau macam gini gaya pujuk makin adik nangis ada la.