Pixajoy

Sunday, December 30, 2018

Home » Menara Condong Teluk Intan, Perak

Menara Condong Teluk Intan, Perak



Perjalanan ke Lumut kami singgah cari makan dekat Teluk Intan. Lepas makan ambil peluang bergambar dekat menara, bukti pernah sampai. Ni kira pertama kali juga kami kesini. Terlanjur dah sampai, mari aku ceritakan serba sedikit sejarah pembinaannya.

Menara condong dibina pada tahun 1885 dengan ketinggian 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Ia dibina oleh seorang arkitek dikenali sebagai Ah Cheong. Beliau mendapat ilham melalui reka bentuk bangunan Pagoda di Negara China.

Keunikannya menyerupai Menara Pisa, Itali

Pada asalnya menara ini tidak condong. Selepas 10 tahun dibina, telah berlaku banjir besar sehingga menara tenggelam.  Bebanan air yang berat dipercayai punca menara condong ke arah barat. 

Jelas condong sedikit 

Mengikut sejarah, pada zaman Jepun dahulu, bangunan menara jam dijadikan menara kawalan untuk meninjau musuh. Menara condong ini suatu masa dahulu digunakan sebagai tempat takungan air. Di zaman British, pembinaannya adalah untuk memastikan kemudahan pengurusan air ditingkatkan.  

Anak dara jadi model. Ibu dah comot dek muntah Aryan

Tujuan asal pembinaannya pun adalah sebagai penjaga masa, berfungsi untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau atau sekiranya berlaku kebakaran. Tangki air terletak diaras tiga tapi sekarang sudah tidak digunakan lagi, hanya menjadi tarikan pelancong.

Abah pun nak bergambar juga. 

Kami berbesar hati dapat menjejak sejarah menara condong yang merupakan mercu tanda Teluk Intan. Cheewahh.. 





0 comments: