Pixajoy

Thursday, May 07, 2015

Home » Kisah- Kisah Aiman

Kisah- Kisah Aiman



Anak bujang si chubby Aiman yang menjadi harapan kami dunia akhirat, Insyaallah. Sekarang Aiman tengah pulun praktis cakap utara. Sebutan R dia sikit punya buruk, sakit telinga ibu dengar.haha. 4tahun dah kan kat Kedah, dialet selatan masih diguna pakai kat rumah. Cubaan menjadi Kedahan sejati kot Aiman ni!



Jumaat lepas Kedah menang lagi. Suka Aiman! Kali ke empat Aiman ikut abah ke stadium. Dua kali abah bayarkan tiket bola, rupanya umur Aiman masuk free ja. Baru tahu, pasni makin kerap kot dia dapat tengok bola. Tiket free kan. Tiket bola pun kena gst.huhu..Dari pagi tak sabar asyik sebut nak tengok bola. Sampai kampung lorat betul ibu tak bawak baju hijau kuning dia. Pakailah baju apa yang ada anak oi.hehe..


Homeschool yang ada pasang surut tetap berlangsung walaupun cuti sekolah. Picture masa dekat office ibu, Aiman buat latihan DST. Baru ni Aiman dapat lagi hadiah pensil tekan dari cikgu, katanya dapat A subjek BM. Subjek lain macam mana Aiman?hehe. Alhamdulillah bacaan dalam solat baru hafal semua. Sedikit terlambat, salah ibu ni la ajar hafal separuh jalan sampai tahyat awal saja, tergantung tahyat akhir sampai kesudah. 


Ingat lagi tak last year sukaneka sekolah Aiman naib juara lari kanggaro? Tahun ni masih acara yang sama, secara berkumpulan pula. Rumah biru juara Aiman kata! Dapat emas kali ni. Ambik dia dari sekolah tergantung medal kat kepala sampai rumah tak buang. Anak punya happy, ibu tumpang sama kembangkan bunga dalam hati.

Aiman selaku ketua kelas diberi tanggungjawab oleh cikgu untuk pegang kunci kelas dengan dua orang lagi kawan. Dari sudut positif, bagus cikgu beri pendedahan didik pegang amanah. Biar kurang akademik anaknda Aiman, tapi cemerlang uruskan kehidupan. Dalam segala aspek, buat yang terbaik anakku, tak perlu jadi terbaik. Tetiba ada ucapan serius untuk perhimpunan pagi.haha..








12 comments:

Wak Lat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee moga aiman terus maju jaya dlm kehidupan yg lebi hmencabar ;p

Cho Zila said... Best Blogger Tips

ooo praktis nak cakap kedah no.. auntie duk kedah 4 tahun tak reti2 nak bunyi elok cam orang sana..
aktif aimanni... semoga terus berjaya...

Unknown said... Best Blogger Tips

selamat berjaya aiman ya
ckp kedah senang ja tu, pulun jgn tak pulun naaa

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Semoga terus berjaya aiman. Kejayaan tak semestinya dlm pendidikan sahaja. Ada ilmu pun kalau tak diguna sebaiknya. Rosak jugak. Semoga jadi anak soleh dan berjaya buat ibu dan ayah yer aiman.

Lagi 1 tahniah buat aiman. Bangga apa byk jugak bacaan dlm solat dah aiman hafal.. Takde lambatnya muni.

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

moga terus berjaya aiman...comel nya dia

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah..edisi khas ibu buat ni utk Aiman..
Dia membesar kat Kedah, mestilah cakap Kedah ya. Dah pergi sekolah tu tak lama lagi mahirla cakap utara.. dengan kawan2 budak akan cepat mengikut biasanya..

Bestnya baca bab kepandaian Aiman hafal bacaan solat ni. Itu yang sangat diharapkan... bila lagi mula ajar Aiman tu?

Bab BM tu saya rasa Aiman ikut jejak langkah ibu dia ni.. suka menulis, minat bahasa.. haha..leh la buat blog juga nanti..

Lydia Miza said... Best Blogger Tips

Salam.. Sukanya Aiman g stadium ye. Ank LM yg kedua tu pun klu ayah dia nk tgk bola dia dulu yg mengendeng nk ikut

syida said... Best Blogger Tips

bila baca kisah aiman blaja ckp loghat utagha, teringat dulu ms sy awal2 kawen dgn cik abg..balik perlis 3-4 thn pertama, gigih nak speaking haha (mesti sedara mara pun tahan sakit telinga ;p)

selamat blaja menjadi kedahan sejati abg aiman...

bab ckgu bg anak murid kunci kelas tu, suka gak! kecik2 dah blaja dan diajar pegang amanah dan pikul tanggungjawab...all the best aiman :)

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Bukan mudah nak ikut slang kedah. Kakak faham tapi tak pernah ikut malu didengar salah:)

Tapi kalau ada teman dan selalu rasanya boleh tu..

Tahniah Aiman dpt medal lagi ye:)

OKje said... Best Blogger Tips

Aiman jangan hancuqkan harapan ibu tau. Bagi menantu yg baik kat ibu, senang ibu nak ajaq masak nanti hihi....

Mana tak tumpahnya kuah ....tu pun nasik cik Pia kevik lagi, kalau tidak mau jugak ikut ke stadium tu hihi...

Udah mak nak balik, ngantuk weyh!

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Aiman memang bagus. Mestilah jadi anak kebanggaan ibu. Betul tu ya, PK. Asal pandai menguruskan hidup sudah bagus. Kalau pandai segala, bonus dah tu sebagai 'bayaran' penat lelah kita sebagai ibu walaupun kita tak pernah tetapkan harga :)

Awat dari awal tak tanya masuk stadium kena bayar ke tidak. Rasa-rasanya ada peluang cerah Aiman jadi pemain bola sepak Kedah 10 tahun akan datang~_^

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

Aamiin
usaha lg aiman lps ni terrer la ckp loghat utagha.. Hihi
aiman minat main bola x ? Cer nti bg dia join kelab kenari kedah tu. Sbb tgk ank kak pupu depa hntq p training bola dgn klab tu
asainya dok ikut mama abah la p tgk bola setiaap kli kedah ada..
Rasanya masa umo 11 ka 10 thn.ntah lupa dh.tp bru juga la. Slps depa pindh blk dr kl ri tu..