Pixajoy

Sunday, May 03, 2015

Home » Afia Imanina Dua Tahun

Afia Imanina Dua Tahun



Entry ni sepatutnya up dari semalam. Badan letih balik dari kampung pastu malamnya kerja, berebut tab dengan birthday girl lagi, sampai ke sudah tak publish. 

Selamat hari lahir anak ibu Afia Imanina. Dah dua tahun ekk. Macam tak percaya! Dua tahun Afia menyusu sepenuhnya dari ibu. Pelbagai onak ranjau kita lalui bersama. Rasanya macam baru je Afia berperang dengan puting, hari ni ibu dah lulus tunaikan tanggungjawab memenuhi hak Afia. Perjalanan yang panjang dengan hanya marmet, Alhamdulillah.



Sekarang ni Afia bijak dan keletah sangat, macam-macam akal sampai nak cerita yang mana satu pun tak tau. Dah mula petah bercakap walaupun kebanyakan ayat yang keluar hanya perkataan hujung. Dia juga suka meniru, suka mengajuk cakap, suka sesaja panggil abah, ibu, maktok, wan, man. Sikit hari lagi jenuh la nak menjawab soal siasat dia. 



Tak ada sambutan harijadi apa pun macam biasa, tapi hadiah doa dari ibu selalu mengiringi Afia. Semoga terus membesar dengan sihat, cerdik, cerdas, cergas, pintar, menjadi anak solehah cemerlang yang sentiasa mendoakan ibu abah. Abah, ibu, abang Aiman akan sentiasa menjaga kekuatan iman kami dengan penuh kasih sayang sampai bila-bila.






9 comments:

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Happy birthday Afia... bgtu cepat masa berlalu... moga membesar jadi anak solehah..amin...;)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Happy birthday sekali lagi Afia.. moga membesar sihat dan jadi anak yang membahagiakan ibu abah ya..

Tahniah juga dgn PK.. komited menyusukan Afia sepenuhnya selama ni..

Unknown said... Best Blogger Tips

Happy birthday afia! Wohoo 2 tahun dah..makin comel anak dara ni.. semoga jadi anak yg bertaqwa ye syg.. :)

nini said... Best Blogger Tips

Semoga afia menjadi anak yang solehah yer...aminnn

PetakBunga said... Best Blogger Tips

luth lg 2 buln nk mask 2 tahun..
afia dah lepas susu tak?
tgh fikir mcm mna la nk tdokn dia tnpa menyuisu ha..ha..
selamat hr lahir afia.
mak dia kan rajin buat kek, mna kek afia?

Umie Nadhirah said... Best Blogger Tips

oooo afia..meh datang umah kakak umie tuntut hadiah hehe

Suria Amanda said... Best Blogger Tips

Hppy birthday afia...sekejap je dh besar kan...suka plak tgok dia tgh mkn

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

aamiin
alhamdulillah
sekejap j kan

tahniah pk.. bjaya susukan afia selama dua tahun.doakan saya juga ye :)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tetiba terasa sayu baca ucapan birthday dari ibu untuk Cik Pia ni. Bukan main beria Cik Pia makan bihun goreng yerk.

Ingatan tu yang penting. Takda sambutan takpa. Anak-anak saya memang tak setiap tahun pun bersambut. Kalau ikut HD lagi lah tak bagi sambut-sambut sambil potong kek ni tapi saya kadang-kala degil!