Pixajoy

Saturday, December 07, 2013

Home » Pagi Penuh Rojak

Pagi Penuh Rojak



Pagi ni aku sarapan horlicks panas cicah Roti Pong. Tau tak roti pong yang bulat-bulat gebu bergula ada kismis ditengahnya. Aku nak google pun bapak malas, nak snap pic lagi la tak rajin. Ala kecik-kecik dulu roti ni kira paling heven kita pernah makan. Sekarang jarang dah tengok kat supermarket, kat kedai dua ringgit je aku jumpa. Kejap lagi nak melabu. Hari tu dah selamat sebjik labu aku kerjakan. En suami baru beli lagi sebijik setengah. Kepala ni dok sibuk atur menu berasaskan labu sampai tidur malam pun tak nyenyak.hehe..

Bercakap pasal mangsa banjir semua daripada kita cukup terkesan dan simpati. Aku harap mereka semua tabah. Yang berlaku pasti terselit hikmah. Ingat lagi aku pernah cerita pasal FIL adik ipar aku yang hilang dilaut? Hari ni dah 8 hari masih belum dengar apa-apa berita. Kisah mereka ada keluar di Metro. Pak Cik Isa (FIL adik ipar) kelaut menaiki bot kepunyaan beliau bersama dua lagi jiran. 

Cerita di Metro berkenaan seorang jiran yang berumur 28 tahun, salah seorang yang menjadi mangsa. Luckily jiran yang 28 tahun ni dijumpai selamat dua hari selepas bot terbalik. Yang ni aku baca dekat Metro Online. Nasib Pak Cik Isa dan seorang lagi masih tiada penghujung. Dalam keadaan cucaca yang makin buruk Waallahualam. Semoga Allah pelihara mereka.

Ikutkan aku bukan ada kena mengena apa dengan Pak Cik Isa. Tapi sudah beberapa kali juga pernah bersua muka. Kalau kerumah adik ipar pasti tidak lupa menjenguk keluarga mertuanya. Hampir setiap malam bila terjaga aku pasti terbayangkan muka Pak Cik Isa dan terbit kerisauan yang amat sangat. Tak dapat aku expect macam mana perasaan isteri, anak-anak dan keluarga terdekat mereka. Aku pasti ujian ini bukan sesuatu yang mudah. Aku juga merasa tempias yang maha hebat. Kau permudahkanlah nasib mereka Ya Allah.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan bergelut dengan keadaan susu merudum, hari ini aku sudah mampu tersenyum. Pasal ni nanti aku buat special entry sebagai penghargaan untuk sahabat blogger yang banyak membantu mencari jalan penyelesaian. Eh ada 3 hari lagi tau kalau nak grab Photobook Year End Promo. Aku dah menjala dua. Baru je buat bayaran tadi. Murah ni rugi kalau lepaskan peluang. Klik je kat banner blog aku tu ekk.

Ketiga-tiga cinta hati beta sedang beradu, izinkan beta ke dapur memasak bubur labu permintaan en suami sekali harung menu untuk lunch juga. Nanti sambung membebel dan BW. Rojak Petis Johor add kopok lekor sedapnya la hai..Rindu sungguh!

Sekian entry rojak!








15 comments:

Umialya said... Best Blogger Tips

hujan2 ni mood memasak ke laut, jadi minta tlg hubby beli jer sarapan pagi.. (alorrrr bukan selalupun, masa cuti ni le nak rehatkan badan, alasan kukuh tak?)

masak nnt bak sini semangkuk..

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Makan rojak sambil baca n3 rojak sedap PK.
Sama la kita suka labu..masak lomak putih labu..ada pulak sambal belacan.koci labu..lepat labu..sira labu..pengat labu..semua yang asal dari labu sodap

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haa... memang betul penggemar labu .... sampai tak nyenyak tidur tu.. haa..
Buat gulai lemak labu bila? Jadi tak?

Dapat makan makanan yang kita pernah makan dengan nikmat masa kecil memang satu kenikmatan kan? Kalah makanan lain..

Belum dijumpai lagi ye saudara tu? Alahai siannya.. 8 haei lama tu.entah macam mana keadaan dia.. semoga aadalah beritanya nanti k...

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

btol2 rojak ni..hehehe..selamat pg..sane kne ujan lebat n banjir x?

Unknown said... Best Blogger Tips

sedapnya rojak...dah lama tak makan..nak buat jugaklah nanti..

Cik Tieka said... Best Blogger Tips

ya Allah, masih belum jumpa lg Fil kak?dah 8 hari berlalu..tertanya2 jugak perkembangan beliau.negara kita pun teruk kena banjir sekarang.semoga ada hikmah apa yg berlaku ni. kita doakan jer yg terbaik utk semua mangasa.

Adriannasyaz said... Best Blogger Tips

Roti pong feveret sya tu kak..tringat zmn dedulu.hehekat sini dah x hujan kak..arap2 keadaan banjir kat pahang kmbli pulih sperti sdiakala.. in sha Allah

Nastyna said... Best Blogger Tips

tau tau roti pong. kalau yang tak tau mesti remaja alaf baru jer.

pening mikior lebua sampai tak lena? wahhh hahaha lantak kau la labu.

Semoga Allah selamatkan Pakcik Isa.

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

rojak betul ni.. pun boleyy puan kutu. hahaha

semoga FIL adik ipar tu cpt dijumpai.. huhu

ida =) said... Best Blogger Tips

Nk tanya.... mkn labu x angin ke baby? Saya mmg bedal je mkn. Tp kalau benda tu angin, kurangkan amount je la.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Mama Adam

labu kesukaan nabi kita..sama macam kambing yg dikatakan panas,sy yakin propaganda yahudi semata..so far mkn labu byk mana pun takde menda la..Afia pun ok je makan puri labu,bubur nasi labu..:)

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Dah smnggu akak tak srapan..hihihi
Terus pulun masak utk makan tengah hari...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Nasib baik labu pun tak dirojakkan, huahahaha... Boleh ya PK tak nyenyak tidur pasal menu makan? Kita tak kisahlah, menu kita kat sini senang aje dek kerana budak berdua tu. Ketua keluarga pun tak demand sangat kat tukang masaknya nih. Semua pun boleh.

Masya said... Best Blogger Tips

ya allah moga jumpe lah balik naknya yer...

hadoilah sshnya nak ke blog murni ni link update x berupdate.. jd klu singgah baca maraton.. x sempat nak komen semua.. bz bz huujung thn huhuhuhu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

mcm mana citer pakcik isa. ada berita?