Pixajoy

Saturday, March 07, 2020

Resepi Kek Sarang Semut



Macam biasa tempek resepi senang nak repeat buat. Selain tu panjangkan lagi resepi dari kawan aku ni moga memberi manfaat. Ikut resepi betul-betul jangan derhaka Insyaallah menjadi bersarang kenyal elok dan sedap keknya.

Resepi Kek Sarang Semut

Bahan 1
6 biji telur gred B
1/2 cawan susu pekat 
Sedikit esen vanila
* Blend semuanya sampai kembang

Bahan 2
2 cawan gula kasar
2 cawan air panas
3 sudu marjerin/butter
* Masak gula dalam periuk dengan api sederhana hingga perang, tutup api kemudian masukkan air dan marjerin, hidupkan semula api kacau hingga gula hancur sebati.
(Tuang kedalam adunan waktu panas atau suam tak perlu biar sejuk) 

Bahan 3
2 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
* Ayak semuanya

Cara - cara : Masukkan Bahan 1 ke dalam Bahan 3, kacau menggunakan spatula hingga tepung tak berketul kemudian masukkan Bahan 2,  kacau sebati dan tapis. Tuang adunan kedalam loyang, perap 4 hingga 5 jam pastu bakar 1 jam atau sehingga kek masak.  

Waktu nak potong cari sarang dia jangan main taram ja potong ikut dan ok, tak nampak sarang dia nanti jangan salahkan aku pulak.huhu

Nah zoom..Aiman kata nampak geli tapi sedap. Hahaha

Seloyang en suami makan sorang boleh selesai. Dok kata sedap tu la..Memang kek favourite beliau ni. 








Tuesday, February 18, 2020

Resepi Donat Karamel



Baru je nak insaf buat donut terlayan cerita Mr. Donat Karamel diyoutube, teringin la pulak nak makan. Makanya tolak tepi dulu diet, makan dulu bagi hilang mengidam. 

Aku memang kerap juga buat donat, boleh dikatakan setiap bulan kot buat, tapi untuk topping karamel ni kira pertama kali. Resepi donat boleh tengok kat SINI

Tada.. Naik kembang elok

Goreng sekejap pastu frozenkan

Resepi sos karamel ni ada yang guna whipping cream dan ada yang guna susu cair. Aku guna susu cair je dah sedap gila. Nak buat pun senang. Selain donat, sos karamel ni boleh juga dibuat topping kek, makan dengan roti or any desserts memang sedap.


Resepi sos karamel 

1 cawan gula putih + 1 cawan air, masak atas api, jangan kacau, biarkan sampai gula bertukar keperangan, jangan sampai hangit pulak ye. Alihkan dari dapur pastu masukkan 3/4 tin susu cair or whipping cream + 2 sudu mentega/butter + 1 st esen vanila +  1 st garam. Kacau hingga sebati dan pekat atas api semula. Api slow je tau. Siap! Simpan dalam peti ais untuk tahan lama. 

Tekstur karamel yang dah siap

Donat karamel yang terlebih nur. Kamera hp ni apa hal entah hahaha

Bukti kegebuan


Aiman kata sedap 10 kali ganda dari donat coklat. Ibu pun rasa camtu. Donut coklat ibu dah kerap sangat buat, kek coklat pun sama, anak - anak sampai dah tak mau makan dah jemu.



Friday, January 31, 2020

Resepi Kek Karot Sedap



Macam biasa la kena tempek resepi nanti nak repeat buat senang nak refer. Dulu masa birthday Afia 2 tahun aku pernah buat tapi versi tak cukup bahan. Kira ni pertama kali buat complete semua bahan jadi perfect sedap serupa beli kat kedai. Rasanya yang aku buat lagi sedap dari kedai kot hahahha

Ok jom tengok bahan-bahan dan cara buat. Senang yang amat kacau2 ja pastu kukus or bakar. Aku prefer kukus sebab tekstur lembut moist. Kalau nak bakar ok je. Bahan-bahan pun aku pepandai adjust tak ikut sangat resepi.

Bahan A : 1 1/2 cawan Karot parut dan cincang + 1 cawan walnut + 1 cawan kismis. Aku boh setengah cawan je kismis walnut. 

Bahan B : 1 1/2 cawan minyak + 4 biji telur + 120 g gula kaster + 120 gula perang. Pukul semua hingga gula larut. 

Bahan C : 250 gm tepung gandum + 1sk soda + 2 sk baking powder + 2 sk serbuk kayuh manis + 1/4 sk garam. Aku guna tepung naik sendiri ja lagi gebu lembut keknya. Kacau sebati semua bahan A B C, masuk loyang boleh bakar atau kukus. 

Topping : 250gm cream cheese + 120 g butter + 120 g gula kaster. Mix sebati sampai kembang

Tada hasilnya lepas kukus. Naik gebu elok

Bila terbalikkan keluarkan dari loyang

Selepas letak topping cream cheese.

Ni je sempat snap

Anak-anak dah tak sabar sangat nak makan, tak sempat sejuk sangat dah letak topping. Kalau nak deco boleh asingkan sedikit cream cheese warnakan hijau dan oren pastu lukis lobak atas kek. Aku malas nak deco dah buat untuk makan sendiri ja. 

Walaupun rupa tak lawa beleive me rasanya memang sedap. Mak mertua kata sedap, kawan-kawan aku pun kata sedap siap suruh open order. Huhu. En suami pun puji sedap. Anak-anak depa tak pandai sangat makan kek ni depa nak ratah topping ja. Ibu bolot pulun makan sorang sampai naik berat badan. Benda sedap don't care. hahaha








Thursday, January 30, 2020

Pendaftaran, Minggu Transisi/Orientasi Aiman Afia



Simpan kenangan permulaan sesi persekolahan 2020 anaknda berdua. Pendaftaran dan taklimat Afia pada 26 Disember 2019, Aiman pada 30 haribulan.

Taklimat ibu bapa.. Anak-anak masuk bilik darjah ada sikit ujian untuk tentukan kelas. 

Pertama kali berbaju sekolah rendah. 

Ibu letak pic ni dekat status whatsapp, Cikgu Afia masa pra respon. . Ibu tempek sini nanti besar Kak Pia boleh baca. 

Cikgu Kak bieb kata Afia dah kurus.hehe

Sayang betul cikgu kat Kak Pia

Comelnya anak ibu kan. hahaha

Sempat wefie masa pendaftaran


Hari pertama persekolahan punya semangat anak dara ni excited nak sekolah. Ibu biasa la buat kerja last minute. Malam sebelum sekolah baru kalut nak jahit lencana, nak iron baju dan marking nama kat barang2 Afia. 

Sleep tight esok bermula alam baru persekolahan. 

Siap tulis nama dekat alat tulis, kasut dan bekal Afia. Pukul 2 pagi baru ibu lena

Bangun pagi solat subuh dengan ibu

Hari pertama ibu hantar terus balik tak tahu rupanya ada parents yang ikut sampai kelas. Nasib mak Aqilah tolong tengokkan Afia dok kelas mana.

Hari pertama persekolahan. Sahaja aku pergi kesekolah untuk menuntut ilmu kerana Allah taala. Lafaz niat yang GB minta parents ingatkan anak2 setiap pagi. 


Waktu rehat hari pertama je ibu jenguk. Ni pun dah lewat datang ibu jogging baru teringat sampai kantin Afia dah habis makan. Hari seterusnya pandai-pandai la berdikari, lagipun setiap hari ibu sediakan bento. 

Makan bento sikit ja excited dengan sekolah lebih sangat

Cikgu welcoming siap pintu gerbang

Rupanya ada wartawan datang buat liputan masuk TV. Patut la cantik betul pintu gerbang.  Even sipi2 ja Kak Pia kat belakang ibu tempek juga kenangan. Huhu

Nasib la Kak Na mention,  ibu dengan abah tengok video kat fanpage sekolah cari Afia sampai kesudah tak nampak. 

Pertama kali berbaju sukan wajib la snap


Pendaftaran Aiman ibu pergi tinggal Afia Aryan dengan abah. Sebelum ke sekolah wajib la bergambar dulu. Lighting tak on point sangat,  janji ibu nampak slim sudah. hahaha

Ibu minta Afia snap nak tengok betapa besarnya Aiman. How time flies. 

Ni sebab kasut ibu tinggi ja ikutkan Aiman lagi tinggi dari ibu. 

Yang si kecik ni pun sibuk nak menempel sama dengan muka tak mandi. 

1st day.. Aiman sekolah sesi petang

Pertama kali berbaju sukan

Semoga dipermudahkan persekolahan Aiman Afia sepanjang tahun. Ni dah nak masuk bulan 2 so far everything going smoothly.