Pixajoy

Monday, July 16, 2018

DIY Nasi Himpit



Zaman jimat cermat penuh berhemat ni tambah-tambah lepas raya dengan gaji lambat lagi marilah kita buat sendiri nasi himpit.haha Jimat banyak nak beli memang makan modal jugak la.. Dulu pernah sekali aku buat, ni cuba buat sekali lagi dalam kuantiti banyak nasib baik jadi. Tempohari buat untuk jamuan raya office pastu jamuan raya Afia pun prasekolah diminta menyumbang nasi himpit, kali kedua buat lebihkan untuk makan sendiri.

Tada...aku buat kuah kacang ayam je.

Resepi DIY Nasi himpit. 
Basuh beras hingga bersih kemudian isi beras 1/3 daripada plastik. Stepler dihujung pastu cucuk dengan lidi buat lubang. Rendam beberapa jam sebelum rebus.

Rebus sampai masak ye

Toskan dan biar sejuk

Potong dan ngap. 


Mudah je kan. Boleh guna plastik aiskrim, plastik yang 4 segi tu apa-apa size je janji isi beras 1/3 daripada plastik. Aku guna plastik air en suami niaga bulan puasa, mana yang ada kita belasah guna tak payah beli.




Saturday, July 14, 2018

Jamuan Raya Office & Sekolah



Kejadian Isnin lepas. Jamuan raya office ni unplanned, officemate aku Nida nak buat laksa, so kita buat ala potluck je la..sapa rasa nak buat kenduri bawa makanan, nak bawak perut saja pun no hal.huhu..Even makanan tak variasi Alhamdulillah kenyang, siap boleh jemput lagi staf dari office lain mai makan.

Main dish laksa utara, sedap secukup rasa. Sempoi ja isi dalam bekas ikea aku, kes terlupa bawa bekas cantik.

Ni aku buat last minute, DIY nasi himpit dan kuah kacang. Memang pasrah je la buat tambah menu. Berasa macam takda makanan aku pulun jugak buat berserah kalau jadi bawak, tak jadi makan sendiri haha Alhamdulillah menjadi juga walaupun rasa so so je tapi niat ikhlas tau nak jamu kawan-kawan makan.huhu

Merasa juga ketupat Kelantan. Kak Wan Mek Klete buat..ohh rupanya dah siap isi serunding kat dalam ketupat pertama kali aku makan jakun sungguh.haha..Masa macam ni la kan dapat merasa makanan negeri berbeza plus air tangan kawan-kawan.

Kek Coklat Kukus Lembap & Kek Planta Chocholate Rice. Dua2 aku buat ni memang untuk potluck. Yang Kek Planta tu terhangit sikit tapi masih boleh makan. Kek Coklat dah selalu buat, cuma rasa berbeza sikit la dah ikut resepi berbeza, just nice lembap dia.

Tembikai pencuci mulut sumbangan Kak Aifah

Kak Wan si pembuat ketupat Kelantan

Staf Pentadbiran & RSAT

Staff Tadbir

Kak Aifah & Nida

Walaupun muka buruk plus bulat tempek gak sebab ni ja pic yang ada. Aku ni tak berapa galak sangat nak bergambar, sejenis kaki makan..tu yang gambar makanan je ada.

Hari Rabu pula jamuan raya sekolah. Setiap tahun aku tak pernah join pun, ni sebab Afia je ibu pulun gak la pergi bawak dia. Lagipun prasekolah memang cikgu minta parents bawa dan pantau anak. Snap siap2 nanti sampai sana memang tak sempat bergambar kenangan, dah kalut nak makan dan kepung Aryan. 

Kak Pia 

Perut Aryan seksi tu hahaha

Ibu bersungguh dah kontrol, Aryan ni tak pernah elok la huhu 

Muka ada senyum kalut nak pi jamuan raya.

Booth makanan punya la banyak tak tertaip dah aku. Aku cuma makan nasi, laksam, cucur udang dan ketupat rendang je yang lain tak daya dah nak rasa pun, kenyang.

Dia belasah dadih 2 cawan, kotor habis baju pastu minta buka baju tayang perut boroi dia.haha

Makan nasi abah masak. Abah depa and the geng pun join jamuan sekolah semalaman tak lena sediakan booth nasi gulai daging.


Petangnya en suami bawa balik nasi dan bubur gandum, makanya seharian ibu gantung periuk belanga. Alhamdulillah rezeki hujung Syawal. Till we meet again next Syawal Insyaallah.








Thursday, July 12, 2018

Resepi Tart Telur Pemanggang Ajaib



Ni kes teringin tart tapi malas nak kelebet shell kecik-kecik tu so kita buat versi pemanggang ajaib. Dua kali aku buat sebab resepi shell dia ni cukup untuk dua. Pertama aku buat filling telur pastu blueberi cheese. Yang blueberi cheese tak sempat snap dah sodaqollah.

Resepi Tart Telur Pemanggang Ajaib


Resepi shell
2 cawan tepung gandum + 1/2 cawan marjerin + secubit garam + sebiji telur. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Bentuk doh menjadi tart shell mengikut permukaan pemanggang ajaib. Biar berlekuk dekat tengah, bahagian tepi bentukkan pakai garfu. Shell tak perlu bakar. Isi filling nanti terus bakar je.

Resepi filling Telur
1 tin susu cair + 3 biji kuning telur + garam secubit +  1 sk esen vanila + 1 sb tepung jagung + 1 sb tepung kastard + 4 sb gula, blend or kacau rata, tuang dalam shell pastu bakar atas api hingga masak.

Resepi Filling Cheese
250  gm Creamcheese + sebiji telur + gula aising secukupnya. Putar sampai kembang. Paipkan blueberi jam atau jem kesukaan pastu isi adunan cheese sebelum bakar.

* Bahan filling telur tu aku panaskan sekejap atas api kacau rata baru tuang dalam shell. Ni tips kalau nak pakai pemangggang ajaib supaya shell tak overcook.

Dah sejuk boleh ngap

Resepi ni nak bakar pakai periuk atas api pun boleh..kalau takda oven pun boleh makan tart tau. Yang penting rajin. Nak beli mahal juga, buat sendiri puas makan.



Monday, July 09, 2018

5th & 6th Raya 2018



Sambung cerita raya. Tak ada apa sangat dah kisah raya, tapi nak tempek jugak gambar kenangan raya 2018.

Abah depa ni setiap tahun mesti beli bunga api. Konon nak bagi anak sendiri dan anak-anak sedara seronok, rasa kemeriahan raya. Tapi dah mai ramai ragam macam-macam la kan. Tak sempat habis jugak bunga apinya bawak balik Penang sambung main kat sini.

Jenuh pantau sado pun nak main jugak

Habiskan saki baki bunga api yang ada

Raya kelima konon nak sambung beraya beberapa buah rumah lagi, tapi en suami tak berapa sihat, dengan Aryan pun dok buat perangai. Keluar pi beli kek je untuk birthday boy, balik masak dan lunch kat rumah.

Pose sebelum keluar

Bagi la apa gaya pun anak oii

Model hidung kembang

Malamnya jiran ajak makan depa buat BBQ. Setiap tahun pun memang kami dijemput. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Tak payah dah la ibu masak untuk dinner.huhu

Mari makan berjemaah

Menu BBQ macam-macam ada

Raya ke 6 tiba masa berkemas untuk pulang kepangkal jalan. Seminggu cuti tak terasa. Sebelum balik singgah port ibu berkubang masa kecik. Selalu balik tak pernah bawak anak-anak round sini. Tunjuk ke anak-anak tempat ibu lepak masa kecik. Depa dapat baling batu dalam parit pun dah seronok. This is my kampung, tempat ibu membesar. Pulun snap picture tengah panas.

Port ni jugak ibu bergambar masa dulu2. Nanti kita cari semula gambar dalam album.


Tali air ni dulu tempat kami berkubang. Titi biru pun dah takda. Dah jadi longkang

Mari kita Selfie

Mata sepek menahan cahaya panas.huhu

Dah jom balik

Abang Aiman pun pulun selfie.hihi

Aryan buat spoil

Sampai SP terus pergi cari makan dulu. Anak-anak nak makan KFC so kami pergi CS tapi kata adik KFC ayam habis 1 SP, nala orang makan ayam musim raya ni haha.  Tukar plan makan kat foodcour Amanjaya Mall. Pastu budak-budak ni kalut nak basikal. Dah lama nak belikan tapi bertangguh-tangguh. Kali ni melabur la duit raya kat basikal sorang sebijik.


Aryan sado ni banyak plak pit stop dia kalau ke mall.

Baru turun lori ni basikal baru mari

Yey adik dapat basikal

Goodbye kampung. Tamat cerita raya kami. Raya haji nanti tak tau la dapat balik ke tak sebab dah tentu dah ibu kena kerja.