Pixajoy

Tuesday, September 20, 2016

Acu Ain's Big Day Part 2 ( Kenduri)



Selesai nikah sementara pengantin pergi tukar baju, kami semua dah bergegas ke dewan untuk makan. Sebelum tetamu mai, isi perut dulu bagi kenyang. Aku je tak sempat jamah apa pun kalut dengan Aryan. Alhamdulillah Aryan behave pada hari kenduri. Pak Ndak dan Pak Njang siap pasang buai dekat dewan, so waktu tidur baby sado tidaklah terganggu. 

Entry ni agak overdose dengan gambar, harap bersabar, dah select sehabis daya dah.haha.. 


Tukang rasmi pelamin. Sibuk ajak posing sini dengan macam-macam gaya.

Ketibaan pengantin

Tak ada sanding pun cuma snap gambar saja.

Sekali lagi miss penyibuk dok sebut nak pi kat Acu. Pening ibu ramai lagi kot nak gambar sama pengantin.

Kamera orang pun dia masuk.hahaha

Again Afia with Acu

Ni je kot gambar selfie kat pelamin. Gambar 1 famili pun tak sempat ehh dok kalut.

Afia lagi.hehe..

Gambar sama kakak-kakak mak nombor 1. Kira macam jejak kasih la ni. 1 pak pun tak kenal.huhu

Bagi chance pengantin plak posing berdua

Acu Ain u look so cantiklah dalam ini gambar

Selesai majlis pengantin pi outdoor photoshoot kuak lentang.



Selamat Pengantin Baru Ain. Kak ang cuma nak pesan semoga ang jadi isteri solehah kepada Saleh. Selamat menempuhi onak ranjau alam rumahtangga. Aku ada jika ang perlukan aku.huhu..








Monday, September 19, 2016

Acu Ain's Big Day Part 1 ( Nikah )



Minggu yang Ain nikah bersambung kenduri dan raya haji, seminggu kami berkampung kat Nibong Tebal. 10 September lebih kurang pukul 10 pagi adik aku yang bongsu telah sah menjadi isteri orang. 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Walaupun banyak kekurangan, yang penting majlis dah selesai. Bukan senang nak aturkan majlis dan puaskan hati semua pihak lebih-lebih lagi kami yang dah takda mak pak. Dah tak payah buat ayat sedih-sedih, let's check it out disebalik tabir pernikahan Acu Ain.

Oleh sebab Acu tengah bendera jepun, pengantin lelaki saja masuk dalam masjid. Pengantin perempuan melepak kat ruang luar.

Kak Pia sibuk ja nak dok sama atas kusyen pengantin.

Sempat snap Afia Aryan with Acu Ain

Pakcu Saleh ketaq tak sangga.haha

Alhamdulillah dengan sekali lafaz

Adik aku berjubah biru (Pak Njang Aiman Afia Aryan) sebagai wali sendiri lafaz akad.

Aryan macam retis la kan semua orang ajak bergambar.huhu

Nah pengantin malu-malu.kiki


Tamat kisah nikah..pengantin pun pergi butik salin baju untuk majlis kenduri.


Nanti sambung part 2.






Saturday, September 17, 2016

Pak Ndak's Big Day



3 September tempohari adik aku Ateh (Pak Ndak Aiman Afia Aryan) nikah. Kenduri sebelah perempuan esoknya. Masa kenduri memang tak sempat snap apa pun, cuaca panas gila dengan Aryan pun melalak. Aku makan apa pun tak, terus tunggu kat dalam kereta je.huhu..Pengantin pun sempoi ja, buat yang wajib takda grand pun.

Bekas hantaran tunang Ain tempohari aku dengan Ain godeh2 je la buat hantaran Ateh.

Duit mas kawen masuk album je senang. Tak kuasa nak gubah2 dah.hihi

Alhamdulillah dengan sekali lafaz selamat dinikahkan lepas Asar.

Antara yang sempat snap dalam perjalanan ke masjid.

First time ibu selfie dengan Aryan. Stress oii 8kg lagi lemak degil tak hilang.huhu..











Sunday, September 11, 2016

Checkup Aryan Nufael 2 Bulan



Entry tertunggak ni. Lemau betul la nak update blog. Dah tak berapa berahi dengan menulis. Ada banyak juga benda nak story, tapi kuota internet mencemburui.hahaha..

Berbalik pada kisah check up Aryan 2 bulan pada 26 Ogos tempohari, kali ni nangis meraung juga kena cucuk. Berat Aryan naik banyak wo..dari 4.81kg now dah 6.33kg.



Umur 2 bulan dah pandai berbalas senyum, pandai sembang pandai berleter. Hobi hisap jari diteruskan.hihi..


Sekarang kami kat kampung Nibong Tebal. Dua minggu berturut balik sini. Minggu lepas nikahnya pak ndak bebudak ni. Minggu ni Acu Ain pulak. Terus raya haji kat sini la. 

Dikesempatan yang ada aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban buat semua. Makan daging lembu berpada ok, jangan sampai kolestrol naik, bp tinggi sudah.