Pixajoy

Tuesday, May 31, 2016

Balik Kampung Day 2



Hari kedua di kampung. Balik kampung pun entry sampai dua part. Namanya blogger semua gambaq pun nak tempek masuk blog. Bukan selalu kan balik kampung.hehe..

Tenghari tu ada kenduri tahlil dan yasin anak jiran masuk rumah baru. Hidangan nasi lauk kambing, daging, ayam, ikan dan pelbagai jenis ulaman. Kena nasi kat sini sedap dan kenyang baq hang. Afia pun kemain suka la satu hari dia dapat kenduri jajan.

Afia dan Acu

Lepas tu baru kami bertolak ke kenduri kahwin cousin aku. Sampai sini perut dah kenyang kan, menu nasi lauk memang tak belek dah. Aiman Afia macam biasa serbu aiskrim dulu. Aku makan laksa dan roti canai je. Cendol kena dua mangkuk.haha Memang sedap cendol rumah kenduri, kacang merah buat sendiri lemak manis berkrim. En suami pun dok ulang makan cendol siap interview owner.

Sebelum makan memang kami masuk lepak kat dalam rumah kejap tengok pelamin dan hantaran. Sempat juga anaknda berdua posing depan pelamin DIY pengantin. 



Ingat nak dok lama sikit la kat rumah kenduri, sekali Afia dah start buat perangai. Cuaca panas mula dah gatal badan...mengomel kak pia pening kepala..sakit perut la..nak berak semua modal ajak balik dia keluarkan. Kata nak singgah Mydin hilang pulak semua sakit.hehe

Ni je la aktiviti wajib dia

Habis seround naik car dah menangis nak naik motor pulak. Ikut ibu malas dah nak layan. Abah depa la ni hati lembut.hihi

Tadi beria nangis..Dapat naik suruh senyum elok je dia pose. Drama je semua ni.hahaha

Abang Aiman request nak kasut bola siap bawa duit tabung dia tak menyabar sangat dah nak beli kasut. Konon nak ajak Pak Ndak dia cari kasut bola. Pak Ndak tak ada Pak Njang pulak kata dah dekat nak puasa mana nak main bola dah. Nanti lepas raya la beli..cari kasut mahal dan elok sikit.

Dah rezeki Aiman jumpa offer kasut bola dekat Mydin. Sengih sampai telinga. Malam nanti tiduq peluk la kasut bola kata abah.

Yang si Afia tak habis lagi paw abah dia.hehe..

Esok petangnya balik SP diduga kereta tetiba break down tersadai tepi highway. Pertama kali la merasa kereta kena tarik dengan PLUS. Sungguh kenangan tak boleh lupa. Mujur takda apa-apa, rehat sejukkan enjin sekejap pastu teruskan perjalanan kereta tak buat hal dah. Kalau kena tarik kereta pergi bengkel mau terbang ribu riban. Alhamdulillah Allah bagi ujian ikut kemampuan kami.





Monday, May 30, 2016

Balik Kampung Day 1



Lama jugak tak balik Nibong Tebal. Last balik masa pergi Cameron haritu, dekat 3 bulan jugak. Plan nak bertolak lepas solat Jumaat, paginya en suami pergi servis kereta. Petang tu ibu dan Afia dah siap-siap, menunggu abah dengan abang Aiman basuh kereta dan settle urusan di bank, sampai tertidur kami menunggu. At last lepas Asar baru bertolak.


Afia request tocang tiga. Muka baru bangun tidur tocang maintain lagi.hehe

Dengan baby dia, toy masak-masak dia semua nak angkut balik kampung.

Sampai kampung dah maghrib, musim cuti ni kereta banyak. Malamnya macam biasa keluar makan. Macam dah tak ada tempat lain kami ke Fruit King lagi. Deco kerusi meja Fruit King dah berubah. En suami suka sangat kesini, port peberet la bila balik kampung...makanan sedap dan paling penting support orang melayu kita kan.

Afia masa baby tak suka baby chair, dah jadi baby tua ni pantang nampak la pulak.

Air Fruit King sekarang isi dalam bekas comel ni..tema malas basuh gelas la kot.huhu..

Banana Chocholate large sebesar tuannya.haha..

Nasi goreng ayam pilihan Acu Ain, puas hati ayam banyak. Aku makan nasi goreng paprik. Paloma burger tu Aiman share dengan ibu dan abah.

Aiman makan nasi goreng kampung, Pak Wa Mee Bandung dan en suami Nasi Goreng FK Special. Menu depa dah tak kuasa nak snap memasing lapaq malam baru jumpa nasi.

Nah happynya perut dah kenyang.hihi

Sebelum balik ternampak ada orang snap jam besar Parit Buntar pastu baru perasan yang kami tak pernah pun bergambar berlatar belakang jam besar. Dalam gelap gelita aku bagi arahan jom posing jom!



Nanti sambung kisah kenduri esoknya.





Saturday, May 28, 2016

Resepi Koktail Buah Aiskrim Vanila



Pagi dikampung. Burung-burung tengah berkicau. Tetiba je kan rajin nak update.hihi

Resepi koktail ni kira dessert paling senang kot. Bukak tin campak-campak je semua dah boleh makan resepi sedap lemak berkrim. Bulan puasa pun dah dekat. Bulan puasa ni la air paling mudah dan sedap nak buat. Hangpa buat la..aku dah tak dapat nak berkoktail bulan puasa kan. Tapi aku ok je dah puas pun makan.hehe

Kali ni aku buat kelaianan sikit tambah aiskrim. Aiskrim vanila lupa pulak nak snap. Aku pakai aiskrim tupperware kaler biru yang nestle tu. Cari longan tak jumpa so aku guna laici. Untuk farewell haritu aku tambah potongan buah epal. Pendek kata nak tambah buah apa pun ikut suka la. Sukatan pun macam biasa sesedap rasa la adjust ikut tekak.

Bahan-bahan : Cocktail buah dalam tin + susu sejat + aiskrim vanila + susu pekat + nata de coco (aku pakai strawberi dan mangga) + laici or longan dalam tin.

Cara-cara : Masukkan susu sejat dalam bekas. Cedok aiskrim vanila dan larutkan dalam susu. Masukkan sedikit susu pekat manis kalau suka. Kemudian boleh masukkan cocktail sekali dengan air + laici sekali dengan air. Nata de coco aku buang airnya pastu baru campak masuk sekali. Kalau agak-agak tak cukup manis tu adjust masuk susu pekat lagi. Last sekali masukkan ais kiub. Siap!

Pertama kali buat aku dengan Aiman Afia bedal 3 beranak clear..pastu baru buat setin lagi susu untuk en suami. Kalau buat makan sendiri memang aku buat pekat lemak berkrim sekali kena dah kenyang. Untuk farewell tu agak cair sikitlah.

Ni untuk makan sendri

Untuk farewell opis




Friday, May 27, 2016

Checkup Afia 3 Tahun



Dah lebih 2 minggu ni bertangguh nak pergi timbang dan check perkembangan Afia. Ikutkan dah malas nak pergi, tapi semalam nurse datang lawatan rumah ibu mengandung minta aku pergi takkan nak degil pulak.huhu..

Malam tadi last aku kerja malam. Pastu dua minggu kerja siang terus cuti bersalin. Afia lena dari balik kerja tadi nak pergi RSAT pun jenuh kejut. Malam suka tidur lambat mengantuk sangat la gayanya.

Berat Afia 14.3kg, tinggi 95.5cm, BMI 15.6. Kira masa checkup 2 tahun setengah dia lagi bambam, berat masa tu 15.6kg. Sekarang dah slim sikit. Lepas ambil ubat cacing dan vitamin, pergi bilik belakang check perkembangan. Nurse bagi shapes board puzzle minta Afia buat. Sekelip mata je dia siapkan pastu nurse dah simpan dia boleh minta nak buat lagi. Sambung buat kat rumah la Afia oi.hehe..


Sebelum balik wajib la paw ibu belikan air susu. Nanti petang kami nak balik Nibong Tebal. Dah lama tak balik kampung sana. Aiman dan Afia dah tak sabar tu nak lepak kat kampung. Cuti sekolah pun dah mula. Selamat bercuti buat semua!