Pixajoy

Tuesday, May 17, 2016

Book From Fadya



Rezeki dari rakan blogger. Kali ni Afia terima buku dari friend. Afia ucap terima kasih pada Fadya sebab sudi beri buku best ni. Asyik dok tekan ulang-ulang bunyi yang ada. Posmen hantar buka je tengok isi dalam berebut dua beradik nak pegang buku. Abang kena la beralah dengan adik. Ibu terus snap aksi anaknda berdua. Kat rumah memang tak pernah la nak pakai baju..lagi-lagi musim panas sekarang. hihi..

Abang Aiman sekali teruja. Abaikan kopek Aiman saiz 32 A tu ya.kahkah..

Yang ni Kak Pia punya! 

Terima kasih again Mama Faid Fadya.
Alhamdulillah Afia suka. Wan Maktok datang tempohari pun sibuk dia tunjuk book baru ni kat Maktok. 









Monday, May 16, 2016

Civil War Captain America



Planning nak tengok movie lepas solat Jumaat tapi memasing terbungkang tidur kepenatan. At last kami tengok tayangan pukul 9 malam. Dah malam kan dah tak kuasa ibu nak snap gambar banyak-banyak. 

Lepas Maghrib terus bertolak dan beli tiket on the spot. Happy kemain la anaknda berdua. Lebih-lebih lagi si chubby ni. Boy minat la kan cerita camni. Yang Afia asyik dok ajak tengok Munafik. Cerita berkurun lama dah tu nak oii..mana ada kat wayang. Minat betul la anak dara tu cerita hantu, asyik dok minta ulang tengok Munafik online. 

Sebelum masuk panggung haruslah paksa model bergambar sekeping. Afia dah tak layan nak posing..dia sibuk tengok poster cerita hantu.

Masuk awal juga kali ni lambat pulak movie start. Pukul 9 dah pun belum mula iklan. Snap sekeping gambar Afia dengan gaya yang entah apa-apa ni.

Ni kira pertama kali ambil seat untuk Afia. Kerusi yang belakang tengah kebanyakan dah penuh. Kami pilih seat yang hujung tepi dua chair. Rasanya kalau tak ambil seat untuk Afia pun memang sebelah aku tu kosong. Dia bukan duduk seat sangat pun. Seat camni lagi senang la dia nak ulang alik kebelakang Abang Aiman dan abah pastu keluar lepak kat tangga. Janji tak buat bising sudah Kak Pia oi.

Makan popcorn dah camna terlekat muntah. Nasib baik sempat tadah dengan bekas popcorn tu. Adoi Afia ni dah dua kali tau buat peel muntah dalam panggung. Malas punya pasal nak ke toilet, ibu salinkan baju kat situ jugak. Mujur tak banyak kena muntah kat badan dan seat. Masa muntah nak nangis, bila salin baju boleh pulak dia nyanyi pastu sambung melepak dekat tangga dengan happy.huhu..

Nak review Civil War aku pun tengok separuh jalan. Boleh tahan la cerita ni kalau dibandingkan dengan Batman Vs Superman. Ni pun part mula aku macam tak boleh hadam jugak.haha. Mai tang lawan dan aksi lawak tu best la. Depa lawan sesama depa kan..aku yang tak minat action movie ni pun layan jugak tengok.

Sebab dah malam Afia sampai tertidur dalam pelukan ibu. Ambil seat untuk apa? Tak nak dia tidur dikerusi. Lepas tu sekali dengan ibu lena. Sedar-sedar abah tepuk bahu movie pun dah habis. Kalau tengok wayang tak tidur memang tak sah.hahaha...

Anak dara dah lena camna nak supper pekena charkoteaw ke makan kat mana-mana. Dah dekat pukul 12 kot aku suggest tapau burger tempat biasa dah la. Perut memang lapaq dah dinner popcorn dengan keropok je.

Nah sengkak perut kena pataya hotdog sebijik. Beberapa kali jugak la berhenti pastu sambung makan sementara nak habiskan hotdog besaq gedabak ni.hehe






Friday, May 13, 2016

Aiman & Trip ke Kidland



Rabu, 11.05.2016 Aiman ikut trip sekolah ke Kidland Penang. Ni kira pertama kali Aiman pergi rombongan sejak sekolah rendah. Kata Aiman dia tak pernah pun pi rombongan, masa tadika dulu tu je. Dok buat ayat sedih la pulak, siap promise nak bayar duit trip guna duit tabung dia. Sadis la sangat.hehe

Dulu trip ke Taiping tu kan ke abah turut serta, kali ni memang tak ada la gambar kenangannya. Cikgu yang manage trip ni pun tak tahu siapa.


Ibu gigih search kat facebook kot ada cikgu upload gambar trip, tapi cuma jumpa yang kidland punya fanpage. Malangnya  dalam 20 gambar tu..1 pun takda nampak bayang Aiman.huhu


Malam sebelum trip, Aiman balik mengaji terus singgah kedai belikan bekalan, konon untuk Aiman dan kawan makan dalam bas. Nak bagi dia seronok je kata abah. Padahal SP ke Penang tu berapa minit je kan. Aiman demand roti sampai 3..nah satu pun tak makan, bawak balik semula. Popcorn dan corntoz tu je makan sikit.


Keychain ni je la kenangannya. Cikgu bagi kata Aiman. Sampai rumah dah petang dalam pukul 6 lebih sempat sembang kejap pastu tengok Aiman lepak tertidur atas sofa. Nampak penat sangat anak bujang beraktiviti di kidland tu. Tidur dari petang sampai pagi esoknya nak sekolah baru kejut. Mandi apa pun tak.hehe





Thursday, May 12, 2016

Menu Raya In Advance



Puasa pun belum tapi dah keluar menu raya. Takut tak sempat ja kan..buat awal-awal, nanti raya memang kompem kena melopong tengok orang makan. Harapnya dapat la aku menahan godaan.

Ni pun dok rasa je samperit susu nikmat masuk mulut..Nak menyemperit tu je tak tau ada kekuatan ke dak. Yang penting tak mau yang beli. Yang aku idamkan cuma samperit sendiri bikin, kegilaan apakah ini.hahaha..

Nak buat ketupat tak reti, so nasi himpit pun jadi la kan. Lagipun aku bukan hantu ketupat sangat, melainkan ketupat daun pisang aruah mak. Mana nak cari la kan. Masa hidup tak mau menuntut. Nak minta mak mertua buatkan macam tak patut. Jenis mintak-mintak ni memang bukan aku.huhu..

Buat rendang ayam pertama kali rasa sedap gila tak tipu. Alhamdulillah dah tua-tua ni baru nak pandai merendang.haha..

Kuah lodeh ni pun sedap gila. Tetiba kan rasa macam nikmat sangat makan kena dengan selera tekak. Alhamdulillah nikmat apakah yang mau aku dustakan.hehe..