Pixajoy

Thursday, March 31, 2016

VCO dan Urutan Perineum



Semalam checkup 28 week, siap scan doktor RSAT dan harini dah start kira carta pergerakan baby. Dah masuk 7 bulan bermula la checkup dua minggu sekali. Serius memang tak larat bawa badan dah. Setiap bulan mesti naik 2kg plus. Bulan lepas paling banyak naik sampai 3.5 kg. Aku ni asal pregnant mesti memberat bagaikan gajah. Tak tahulah sebab apa. Nak kata makan banyak sangat tu..kadang makan biasa pun badan dok naik. Baby tak besaq tapi ibu yang mengajah bagaikan juara.huhu..

Ok nak story sikit pasal Minyak Kelapa Dara atau nama glamernya VCO. Sebelum ni memang tak pernah consume pun menatang ni..dah orang dok heboh sana sini kata benda ni baguih, aku pun terpaksa masukkan VCO sebagai benda penting untuk dibeli. Boleh camtu guna word terpaksa?haha..

Ada orang dah guna VCO sejak mula pregnant lagi kan untuk kurangkan simpton mabuk, elakkan keletihan, tingkatkan hb pastu cantikkan bacaan gula dalam darah dan banyak lagi khasiatnya. Aku yang selalu berjimat cermat penuh berhemat ambil keputusan nak mula guna bila dah 7 bulan. 

Berlambak VCO kat pasaran pilihlah mana yang berkenan dihati. Antara yang paling popular tentulah D' Aura, setiap hari kot dok lalu kat wall fb aku. Setelah membuat penilaian, aku sepakat memilih Tanamera. Reasonnya ikut suka aku la duit aku.hahaha...


Aku beli sebotol dulu, budget gaji bulan ni dah habis beratus untuk barang baby. Dah habis nanti kita beli lain. Sebotol 100ml jenis liquid camni harganya RM 40.80 plus posting RM 6. 

Masa pregnant gunanya untuk sapu kat perut bagi menghilangkan scretch mark yang berleluasa due to perut yang makin membesar. Start 30 week boleh minum 1 sudu pagi sebelum makan dan bila dah 34 week boleh mula urutan perineum. Bila dah masuk 38 week dan jalan dah buka 2cm boleh amalkan minum 2 kali sehari dan sapu dikawasan perineum.

Ini lagi satu benda yang bikin seriau. Dok fikir nak buat antara tak je urutan perineum ni. Seram aku dah kena jolok jari masuk lubang plak dah.harhar..








Tuesday, March 29, 2016

Family Travel Photobook



Galeri handphone dah full, so kena ambil inisiatif la kan abadikan kenangan yang ada dalam bentuk photobook. Yang ni aku order hardcover 8×6, 40 pages dari photobook Malaysia. Harga memang terlajak murah RM50 sahaja. Posting free.


Muka depan

Muka belakang

Isi dalam mana yang sempat snap

Sekarang dah tak payah nak bersusah payah nak install aplikasi, edit sendiri macam yang aku buat sebelum ni untuk Photobook Afia, makan tahun baru mai mood nak bikin. 

Yang ni order dari Sweet Photobooks, boleh search kat facebook ye aku nak bagi link tak reti, update entry pakai handphone.haha..Aku cuma submit gambar melalui whatsapp pastu tunggu je la photobook siap. Dah siap kita diberi peluang untuk check dulu sehingga puas hati baru di submit untuk print.

Benda dah lama sampai since rabu lepas tapi dah aku kerja takde sapa kat rumah, semalam baru berkesempatan ke pos laju untuk ambil parcel. So far puas hati la servis tiptop, gambar cantik, cuma kalau dibuat perbandingan dengan pixajoy, kualiti gambar ok lagi kot pixajoy. Komen melalui pengalaman aku buat photobook la kan padahal baru ada dua bijik.haha..






Monday, March 28, 2016

Batman Vs Superman : Dawn Of Justice



Kisah weekend friday family outing. Jumaat tempohari kami ke Central Square layan movie Batman Vs Superman. Ini kira pertama kali tengok MBO sejak dibuka..Biasanya kami selesa di GSC Amanjaya Mall.

Sementara tunggu abah beratur beli air dan popcorn Afia sibuk ajak posing kat poster Kungfu Panda ni.



Bertolak lepas solat Jumaat tiket en suami beli siap, movie start pukul 3, dah terlewat sikit masuk panggung punya gelap..meraba cari pintu masuk rupanya pintu dia dari anak tangga bawah naik ke atas. Jakun sikit katanya first time.haha..

Selalunya memang tak pernah ambil seat untuk Afia sebab jimat.haha..Kebetulan ada satu seat kosong Alhamdulillah tak perlu meriba si bambam. Satu jam setengah punya behave dok melantak popcorn.hehe..


Apa yang aku boleh katakan aku tak berapa boleh masuk filem aksi imaginasi tahap tinggi camni. Tak faham aku jalan cerita, siap sempat terlelap la beberapa minit.haha..

Bila tanya Aiman, Aiman pun tak faham tapi tengok je la kata anak bujang.hehe.. Abah sorang kot yang betul-betul enjoy dari segi pemahaman sipnopsis cerita. Apa pun layan la jugak dengan aksi penuh adventure superhero dalam movie ni. Keseluruhan cerita bolehlah tahan..bukanlah tahap best sangat.

Sementara nak tunggu habis 2 jam setengah, hujung-hujung anak dara mula la tak duduk diam. Sakit perut la..nak berak la..gatal badan la..siap buka baju dalam panggung sejuk-sejuk tu pun..Tak larat nak buat isyarat suruh silent dah la cakap banyak.hehe.

Keluar panggung sempat lagi Afia minta snap picture dia dengan panda. Kesian kan ibu abah bawa tengok cerita lain.hahaha...



Kena aiskrim dulu sementara tunggu abah tapau KFC. Dan lagi menjala baju Afia dekat ruang legar CS ada banyak pulak jualan baju murah. Setel beli makan kami terus ke office tak singgah balik rumah dah pun. Anak beranak berkampung kat office ibu dah ibu duty malam. 






Thursday, March 24, 2016

Resepi Ikan Sweet Sour Mudah



Ok tuan-tuan dan puan-puan hari ni nak share resepi lagi. Yang ni kira versi paling mudah dari ironchef. Biasa orang buat sweet sour ni pakai ikan apa ye..yang tahu ikan yang besar-besar la kan. Iron chef pun buta jenis ikan. Kata en suami ikan ni namanya Jenahak.hehe. 

En suami bawak balik ikan besar camni terfikir la nak buat sweet sour. Menu camni jarang keudara. Sepanjang hidup baru 2 3 kali kot buat.haha..Cari nenas merata tak ada. At last jumpa nenas dalam tin. Ambik kau setalam kuah aku buat puas makan, kalau kat kedai tu kedekut betul kan kuahnya.


Resepi Ikan Sweet Sour

Ikan dilumur dengan kunyit + garam + tepung jagung pastu goreng hingga masak kekuningan, ketepikan. Hirisan bawang putih + bawang merah + cili padi tumis sekejap kemudian masukkan sos cili +  air secukupnya. Masukkan nenas + tomato + bawang besar hiris, perasakan dengan serbuk perasa (aku pakai hilal) + garam + gula. Last sekali bancuh tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kuah yang dah siap boleh curah atas ikan tadi. Siap!