Pixajoy

Thursday, December 31, 2015

DIY Hantaran Tunang



Hantaran tunang Ain haritu. Saja la tempek kat sini untuk kenangan mana tau boleh jadi reference pada adik-adik yang bakal bertunang or nak DIY sendiri hantaran kan. Zaman sekarang ni semua pun mahal belaka. Kalau tangan keras takda seni pun takat nak letak sejambak bunga pastu beli bekas hantaran or sewa aku rasa cukup simple dan cantik dah kan. 


Bekas ni semua Ain pinjam dekat kawan baik dia Fifah. Ohh dah terlanjur aku promote sikit pada yang perlukan khidmat buat hantaran, sewa bekas and so on boleh hubungi Afifah : 010-2369166. Range harga sewa bekas RM35-RM100++. Yang harga seratus memang grand habis la. Ain punya ni kira simple je. Dah kawan baik takkan berkira sangat kan. Kes Ain diklasifikasikan pinjam la bukan sewa.haha..

Namanya DIY...tapi Ain tu bukanlah tangan seni sangat macam kak dia ni (sempat lagi bangga diri.hakhak) kebanyakan hantaran ni semua memang hasil tangan mak Fifah sebenarnya. Walaupun makcik tak baca blog Kak Ain..Terima kasih banyak makcik ye..dah tolong promote tu kat atas.muahahaha...

Ok lets check the hantarans. Walaupun simple aku rasa dah cantik sangat la macam ni. Zaman aku dulu lagi selekeh kot. Hantaran aku dulu pun semua DIY. Buat dengan Akma (kawan merangkap jiran) yang sponser buah jambu sumi jeli kat Ain. Tetiba mengulit kenangan.huhu

Simple but nice. Mula-mula nak minta tolong Akma buatkan dah mak dia kata dia dok biasa buat sireh pastu last minute dia ada hal tak dapat buat. Mak Fifah la tolong buatkan cantik kan gulung-gulung je sirehnya. Bunga pinang tu beli siap je kata Ain.

Yang ni Makwa (jiran) buat. Beliau ambil bekas dekat Ain pastu deko semua hasil tangan Makwa. Tak heran la kalau lawa kan pasal Makwa ni dulu zaman muda memang aktif buat hantaran.

Putu kacang Mak Akma sponser. Jiran sebelah rumah aku ni memang ambil order buat putu kacang. Time raya meriah la tempahan. Mana nak dapat putu kacang asli tumbuk pakai tangan zaman sekarang ni kan. Kalau  ada yang nak order pun boleh contact aku.haha promote lagi.

Raga ni je Ain beli. Buah-buahan semua kawan Ain sponser. Apa kenama kawan Ain aku lupa dah walaupun dia kerja tak dapat datang, mak kawan Ain ni mai hantar buahnya. Pisang dan mata kucing tu je Ateh beli tambah.

Ni la buah jambu sumi Akma buatkan tu. Hantaran asal Akma boh dalam kotak tapi sebab sampai awal dah kena transfer masuk bekas dan dibuang bunganya. Takpe la kan adjust sikit je nak bagi seragam.hehe

Yang ni sepenuhnya dari Fifah. Kawan baik sponser juga sebekas. Afia dia berkenan sungguh dengan coklat ni..tapi tak dapat la nak kidnap sebab dah bergam.

Kek yang Ain tempah. Dok kalut tak sempat dah nak transfer kek masuk bekas. Ikat reben kat kotak kek tu je sempat aku buat. Yang katanya tangan berseni sangat kan. Nak buat macam mana..aku sampai semua benda dah siap kot. Tak sempat nak tunjuk skill.hehe..

Picture semua hantaran. Aku pun kalut lupa nak ambil gambar. Ni pun satu ni je kawan Ain snap. Yang aku tak review semua datang lambat dan menghormati si pemberi sebab tu tak direnovate hantarannya.hehe..

Ok total budget malas nak kira. Fifah dan maknya memang takde ambil upah apa pun. Pepandai la Ain pikiaq camna nak balas jasa depa.haha..



Wednesday, December 30, 2015

ABM Transport & Emoticon Untuk Afia



Jumpa entry ni dalam draft. Tak publish sampai kesudah rupanya. Sekarang ni ibu memang tak aktif pun buat abm..sejak hormon malas dok bermaharajalela..memang satu kerja pun tak jalan. Pelan-pelan ye kita kumpul semangat balik untuk homeschool anaknda berdua. Sekolah pun dah nak start..tak payah nak bertukun lama sangat la ibu oi.hehe..

Ini antara ABM ibu DIY untuk Afia yang lupa nak tempek kat blog. Terlanjur dah tak ada modal nak update, kita up entry ni dulu.huhu..

Transport Board ni of couse untuk ajar Afia kenal kenderaan. Pakai kotak untuk efek keras dan tahan lama. Gigih kan pembalut hadiah Abang Aiman masa tadika ibu still simpan. Makan tahun simpan at last ada kan gunanya..tak sia-sia hobi suka simpan sampah.haha..Gambar semua memang ambil dan gunting dari buku tadika Aiman juga. Go green katanya...

Emoticon how do i feel ibu dapat idea dari soft book yang orang dok jual. Ibu tiru semua emosi dan lukis gambar pastu warnakan dan tempek dekat kotak. Afia belajar tentang emosi sedih..gembira..marah..malu..terkejut..
mengantuk. Memang fun bila dia pandai buat gaya semua emosi sambil hubungkan dengan kehidupan harian. Contohnya kan..macam sad..Afia kata "sama..macam ya (Afia).. ya nangis.." tak ke comel.hihi








Tuesday, December 29, 2015

The Carnival Waterpark Sungai Petani



Aktiviti berkubang Jumaat lepas. Kali terakhir ke sini 3 tahun lepas kot..Afia baru 3 4 bulan dalam perut. Sejak Carnival ni dibuka, masa tu kami di Johor lagi, dah beberapa kali juga pernah datang sini cuma aku tak pernah up cerita kat blog. Waterparknya aku rasa sesuai untuk kanak-kanak, untuk dewasa macam tak adventure sangat la.. tapi malang sekali tak dijaga..air kotor Masyaallah. Aku dah perasan benda ni lama. Baru ni yang kami pergi makin teruk pulak keadaan air. Rasanya mungkin kali terakhir kot kami kesini.huhu..

Masa kami sampai cuaca masih hujan

Operation hour Monday to Thursday 11am - 6pm, Fee Adult RM 25, Child RM 18. Friday to Sunday operation hour 10 am - 7 pm, Fee Adult RM 30, Child RM 18. After 5 pm harga RM 18 setiap hari, child RM 16. Wednesday waterpark closed.

Harga tiket boleh tahan jugak, tu yang kami pulun nak pi pukul 5 tu. Tak berbaloi kot dengan harga dan keadaan waterpark kalau pi awal.hehe..Ni pun pukul 6.30 dah kena halau ke darat pun. Oklah tu kami sampai on time pukul 5..dapat la sejam berendam.

Kat sini depa bagi apa menatang yang boh kat tangan ni tetiba plak aku blur time menaip..hangpa pasang la sendiri. Dia takde pun nak check beria sangat macam waterpark lain. So takat nak bawak air ke biskut no hal kot. Kat tempat masuk tu dia cuma minta resit bayaran je takde nak check beg. Kat dalam takde makanan ye..ada air, aiskrim dan sweet corn je tak salah aku. Kami dah makan kenyang sebelum datang. 

Lepas salin baju mandi, pulun aku nak snap gambar ni. En suami geleng kepala.hahaha..

Kami tuju kat kawasan budak je. Aku tak mandi pun. Malas la..jadi jurukamera je la.

En abah mandi dengan anak-anak. Beliau kata geli nak mandi tengok air.haha..

Aiman pun nampak tak berapa enjoy. Dah tak ada geng mandi kot.

Afia mandi kejap je pastu bila air yang kat baldi atas tu mencurah jatuh dia takut. Buat rugi je la anak oi..Jom kita ke kolam lagi satu. Kat sini ada la dua tiga slide untuk budak. Air dia lagi kotor dari kolam tadi. Tapi nampak Afia enjoy jugak dapat naik slide.

Abang sambut adik turun slide.

Ni dekat nak balik dah tak semena mahu pulak Kak Pia bagi special pose.

Dah la anak-anak oii..wisel dah bunyi jom salin baju

Sempat wefie 1 famili sebelum blah..

















Monday, December 28, 2015

Makan - Makan Cuti Krismas



Kebetulan Krismas hari Jumaat..en suami hari Jumaat la pun cuti, so nak bawa Aiman Afia berkubang dekat Carnival SP. Lepas solat Jumaat baru outing. Kami plan pergi mandi pukul 5. Pukul 7 waterpark tutup..jadilah kan nak mandi lama-lama buat apa. Dah banyak kali pergi The Carnival tu dah tau dah environment dia macam mana.


Afia ni dia ada satu tabiat pelik tak bagi kita letak apa barang pun kat belakang..nanti jatuh dia kata. Pernah sekali masa balik kampung sebolehnya dia suruh angkut semua beg letak dekat seat tak bagi boh dalam bonet. Tu yang kotak tisu pun dipegangnya. Adoila macam-macam tebiat.hehe

Mulanya ke Osman Store dulu nak beli baju Kafa Aiman. Sampai kedai..kedai tutup.hahaha...Fikir punya fikir mana nak lunch at last kami ke food court Amanjaya Mall. Sini memang antara port peberet. Senang ada macam-macam menu ikut selera memasing.

Aiman katanya dah kenyang. Ye la bangun tidur tengahari baru nak breakfast nasi lemak. Nasi putih untuk abah dan mee tu ibu punya. Tolong jadi model je ni.haha..

Kak Pia share Sizzling Mee dengan ibu. Nampak makin kurus pulak kan sejak dah tak nenen.huhu

Konon la kan kenyang..Abah add on lagi 2 pinggan chicken chop dekat sepinggan juga dia setelkan.haha..

On the way ke Amanjaya Mall hujan tetiba turun lebat. Sementara tengah makan tu, memang berharap sangat hujan reda. Siap makan en suami dah usik Aiman kata tak jadi mandi. Laju je jalan ke kereta merajuk la tu.hehe. Offer tengok wayang pun tak nak. Nak mandi jugak katanya.huhu..Nanti sambung aktiviti berkubang lain entry.

Dah puas mandi manda kami ke Pizzahut Giant. Kalau nak tau hampir 5 tahun aku dok SP ni la pertama kali aku masuk Giant. Punya la teruk..dah banyak sangat mall kat SP ni kan. Nak masuk pasaraya giant pun tak tau kot mana.hahaha..sempat la shopping barang sikit sebelum makan. 

Baru nak letak punggung Afia sebolehnya melalak nak aiskrim. Nak order aiskrim pizzahut pun tak nak dah dia. Terpaksa la aku keluarkan kon dan aiskrim beli kat giant serve dia kat sini.

Order sampai terus ngap

Pertama kali tengok Afia makan nak habis 1 slices. Lapaq sangat kot.

Slice terakhir untuk Aiman.

Mulanya macam nak tapau bawa balik sebiji tapi tak sangka boleh licin 3 regular pizza kami tiga beranak hentam. Bukan hantu atau buaya..ini betul-betul perut manusia.hakhak..