Hari Jumaat dua hari selepas Aiman dikhatankan, kami adakan kenduri kesyukuran. Adik en suami yang bongsu buat sekali akikah anak beliau (Afi). Dalam masa yang sama dua hari sebelum Aiman khatan anak adik Ipar Irsyad dan Afi pun dikhatankan secara konventional dekat Lumut. So ni kira kenduri sekali harung tiga cucu Pak Mat khatan plus akikah Afi.
Ikutkan memang nak catering dengan bapa saudara en suami tapi sebab kesihatan yang tidak dapat dielakkan terpaksa tukar plan. Jiran-jiran berbesar hati nak jadi chef so kita rewang sajalah. Boleh tahan penat la walaupun aku banyak jadi tukang tengok je.hakhak..
Sehari sebelum kenduri jiran-jiran taman datang rewang. Yang baju stripes tu tengah fokus kupas bawang ok.hehe
Tiba hari kenduri pagi tu segala persiapan dibuat sebaiknya. Cheewah..Pukul 11 pagi geng Yasin datang. Penuh rumah dengan kakak dan makcik persatuan mana entah abah jemput ada lebih kurang 35 orang siap bacakan doa untuk kesejahteraan kami sekeluarga.
Abang Aiman cool je senyum kat situ. Habis yasin penuh tangan dengan duit dan angpau dari geng Yasin. Mula-mula sebelum majlis punya pulun dok kira duit sunat dia. Hari kenduri memang rezeki bebudak ni la banyak betul orang sedekah..dah pening dah buat tak kisah je nak ambil..kiri kanan depan belakang orang dok sua duit.hahaha..
Irsyad 5 tahun. Tahun depan pra. Ini budak paling banyak kerenah..Ubat tak nak makan, kencing berak dok tahan, time mandi dan cuci luka memang melalak tak ingat dunia..pakej kesabaran tinggi la ibu dia nak jaga. Modal dia mintak nyawa dengan Wan.haha..
Afi 4 tahun..tahun depan dah tadika. Afi better sikit dari Irsyad. Budak baik juga ni walaupun nangis dia mau ikut flow. Kecik lagi kan dah sunat.. fobia jugak la pada mulanya. Namanya sunat mesti sakit. Abang Aiman sorang je paling cool.huhu..
Cik pia menjadi sakan perangai masa orang tengah baca Yasin dengar suara dia sorang je..Time baca doa suara dia paling win sebut Amin. Orang dok sibuk yasin dia pun sibuk minta nenen. Tak padan dengan tua bangka. Adoii..
Mari lihat keadaan diluar. Kak Pia sibuk la dok tawaf kat khemah. Tak kuasa dah aku nak gayakan Afia baju kenduri dengan keadaan cuaca panas membahang. Ibu dia pun bertshirt berskirt je.
Macam kenduri kawen dah siap ada deejey. FOC je tau..dah deejay ni jiran merangkap geng abah. TQ again to Cik Rahim.haha..
Mak abah dok busy apa entah masa ni geng Yasin dok menjamu selera. Curi gambar dari HP en suami. Aku banyak habiskan masa kat dalam rumah sekali sekala je menjengah keluar.
Lepas geng Yasin menyusul pulak geng perempuan. Lepas solat Jumaat lagi meriah dengan geng masjid siap beratur panjang nak ambil nasi. Dalam dok kalut masak nasi tambah tu boleh pulak nasi habis. Tak jangka la punya ramai camni. Katanya en suami, Pak Mat kopi dah memang dikenali ramai pastu pulak abah dah lama tak buat kenduri. Alhamdulillah rezeki.
Ohh lupa nak cerita pasal makanan. Menunya nasi putih, kambing masak kurma, kambing goreng kunyit, kari ikan masin, ikan goreng, ayam goreng ala kfc (abah order), sambal belacan, ulam-ulaman dan tembikai. Mak buat bubur gandum, teh tarik, air kopi o dan sirap sunkist.
Menu sponser dari jiran-jiran kerabu mangga, paru masak pedas, epal asam dan laksa. Ada lagi menu sampingan kek coklat, kek pisang, kuih muih beraneka jenis, dan akhir sekali kuih kapit dan bahulu kami sponser. Nak jugak tu mention.haha..
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Sesekali berkumpul semua macam ni memang meriah dan mengeratkan siraturahim. Entah bila pula dapat peluang buat kenduri macam ni. Nak tunggu sambut menantu lambat lagi kot.hehe..