Pixajoy

Thursday, October 22, 2015

Projek Cuti Jerebu



Kisah semalam kebetulan ibu off, Aiman pun cuti jerebu so sehari suntuk kami habiskan masa melepak dalam rumah. Mulanya macam nak ajak bebudak ni projek kek, tapi dah gerun badan makin naik apa kata kita buat aktiviti homeshool sajalah.huhu..

Untuk Afia ibu minta dia masukkan straw ke dalam tali. Oleh sebab talinya besar, ibu potong straw besar yang cendol punya tu. Nampak macam mudah tapi  bagi bambam 2 tahun 5 bulan, aktiviti macam ni cukup adventure. So far ni satu-satunya aktiviti yang Afia kata susah. Berpeluh dia nak masukkan straw sampai berapa kali ubah posisi duduk. 

Tekun dan fokus jalankan aktiviti

Yang tak boleh blah tu ibu nak tunjuk cara bagi mudah dia punya berlagak tak nak ikut arahan, macam pandai sangat nak buat sendiri. Punya tinggi dia punya confident level ok.haha. Bagus tau aktiviti ni untuk perkembangan motor anak, untuk merangsang deria, juga untuk daya fokus dan mendidik sifat sabar.

Sesambil masukkan straw dia dok main masukkan dekat jari. Ni takda siapa ajar Afia punya kreativiti sendiri.

Kata nak buat rantai baru kalut sambung aktiviti. Dia tak nak masukkan habis semua straw pun tau. Takpelah janji Afia nak cuba..nampak kesungguhan dia. Ibu dah cukup puas hari dah, 1st try takkan nak espect dia terus terror. Practise makes perfect kan.

Untuk Abang Aiman memang ibu dah plan nak buat mask. Ikutkan mask ni ada templatenya kita boleh print, tapi yang ni ibu lukis sendiri je. Aiman bantu warnakan mask pilihan dia. 

Mask superhero batman.

Cik pia nampak abang sibuk mewarna dengan krayon dia pun sibuk sama menconteng.

Dah siap mask untuk abang..si adik pun demand nak topeng juga. Kena la ibu buat lagi satu. Tunjuk gambar mask ke Afia yang ibu screenshots..Afia pilih sendiri mask yang dia nak. Tada..siap dua topeng untuk anaknda Aiman Afia.

Bulu mata tu je ibu tambah nak bagi nampak girly sikit.hehe

Nah..ganas tak superhero ngan supergirl ibu ni.


Aktiviti malam macam biasa lepas solat dan mengaji ibu pantau abang Aiman buat buku latihan. Kebetulan Afia bawa ke depan yang polisterin putih ni terus ibu dapat idea buat another aktiviti untuk bambam. Cucuk lidi sate atas polisterin pastu minta Afia masukkan straw guna straw lubang yang lebih kecil. Ni aktiviti homeschool yang bagus juga untuk motor skill.

Berkesan rupanya guna cara ni. Afia suka sangat main sendiri. Dia dah tak ganggu ibu ajar abang.

Hari ni ibu kerja office hour, Aiman masih cuti. Ibu dah siap tinggalkan nota suruh buat buku latihan untuk elakkan dia bermaharajalela tengok TV sepanjang hari. Exam dah nak dekat kan.hehe...





Wednesday, October 21, 2015

Ajar Anak Kenal Bentuk Dan Warna



Eh macam mana nak mula ye. Tajuk entry punya skema berat.haha..Budak sebaya macam Afia ni dia bukan boleh kita ajar cara akademik duduk dekat meja, ni segitiga..warna dia biru..ni pulak bulat..ni hati..kalau ye pun dia nak ada la dalam seminit pastu dia lari buat hal sendiri. Ibu dia pulak yang makan hati.haha..

Learning should be in a fun way. Depa belajaq dengan bermain, dengan persekitaran..dengan kehidupan harian. Waktu kita bersama, kita la yang kena main peranan bagi otak depa berhubung. "Pia..take ur blue ball" " the window is a rectangle" "look at the car, its red in colour..Haa cenggitu..semua pun tahu kan. Padahal kalau aku cakap mesti aku gabung melayu english. Kadang-kadang takdan atuq ayat. Dah tak berapa nak pandai omputih ni.hehe.

Tabiat aku ni kan..aku memang suka simpan segala khazanah macam kotak, kertas keras yang melekat kat mainan anak-anak pastu kalander lama, segala benda yang aku rasa boleh berguna one day. Sekarang tengah mood gembira dan bersemangat homeshool anak macam-macam la aku buat dengan benda ni semua. Doakan aku istiqomah je la.huhu..

Kalander lama dah jadi aksesori aku lekat shapes pastu aku letak kat meja. Biaq je dia tengok hari-hari benda ni sesambil dok depan TV tunjuk bentuk dan sebut warna satu dua. Kalau tak pun dah dok nampak selalu, nanti tup- tup bambam belajar sendiri la kot. Dia punya kertas yang haribulan aku dah balut kertas warna dan buat 1 2 3 flashcards pun.

Usia macam ni depa suka main..so ibu terfikir buat train shapes puzzle. Mula-mula dulu memang ingat nak belikan je Afia wooden puzzle..tapi fikirkan kemut aku guna kotak kasut tebal dengan kertas keras kt mainan buat puzzle. Jimat dah dua puluh ringgit.hahaha

Pagi tu sejurus benda ni siap, Afia bangun bersemangat nak siapkan shapes puzzle dia. Jom kita tengok aksi bambam dengan rambut menggerbang Kak Limah. Speck mata doktor tak tinggal.haha..






Alhamdulillah dia mau siapkan puzzle ni sampai habis. Masuk kali kedua ibu nak rakam tak nak dah dia buat..dah jadi sibuk nak tengok kamera pulak. Ibu jauhkan hp minta dia buat lagi tapi tetap tak minat. Mula-mula terasa jugak..penat kot ibu buat menatang ni makan seminggu baru siap, takkan main sekali je.

Bila fikir balik budak besar ni mana boleh bagi konsentrasi lama-lama. Kalau dia tak minat cuba je lain kali. Benda mengajar ni memang kena repeat. Takkan nak espect sekali buat dia dah terus tahu bentuk dan warna. Malam tadi guess what Afia sendiri ambil puzzle ni dan sebut.. bu..bu..dok..jom wat..

Bersinar-sinar bijik mata ibu sampai suruh abang Aiman hold sekejap mengaji ibu nak layan Afia buat puzzle dia. Kali kedua dia main nampak perubahan..nak pulak lekat elok-elok takmau senget langsung bentuk-bentuk tu. Kali pertama buat dia letak tempat betul tapi tak peduli dah tak masuk garisan ke tak. Ohh tetiba rasa berbaloi ibu buat puzzle ni..ke sebab dia dengki ibu dok ajaq abang Aiman. Selalunya macam tu..Time nak ajar abang time tu la demand nenen la apa la.huhu..









Tuesday, October 20, 2015

Kunjungan Tetamu



Kisah Sabtu lepas, adik ipar yang dok kat Lumut tu singgah rumah. Hari Isnin Afi ada checkup dengan doktor pakar dekat Hospital Alor Setar, disebabkan Wan dengan Maktok ada sini jadi Acu sekeluarga datang rumah dulu. Petangnya depa semua balik Cik Pia melalak tak ingat. Turun bawah hantar Wan Maktok semua dia ingat nak bawak dia sekali kot. Sedih la kan kena tinggal.hehe

Lama kan Nina tak jumpa Abang Afi, malu-malu la pulak nak bergambar pun dok jauh.hehe..


Ibu dengan Maktok dari pagi dah slow-slow panas enjin kat dapur. Mertua dan menantu bergabung tenaga siapakan hidangan cheewah..

Simple menu sambal sotong, udang goreng kunyit

Pari bakar

Ulam ulaman

Ikan kembung juga dibakar pastu Maktok buat sambal belacan. Yang ni dah tak sempat nak snap. Alhamdulillah selera makan ramai-ramai.











Hadiah dari Tokwan



Sebenarnya kan Aiman dah lama demand jam tangan tapi abah dia la ni dok tangguh nak beli. Bila keluar asyik demand mainan je so bawak bersabar la bab jam tangan abah kata.hehe..

Waktu outing pun tak pernah kami jumpa jam tangan sesuai untuk dia tu yang dok bertangguh nak beli. Nak keluar semata nak beli jam dia memang tak la kan. Mujur Aiman ni jenis tak kisah..bab ni memang ibu puji dia tak pernah la push kita untuk dapatkan sesuatu yang dia nak. 

Baru ni kan Wan dengan Maktok dia mai. Hari Jumaat ibu kerja pagi, so Aiman ikut abah pergi pasar dengan maktok dan Wan. Kebetulan kot jumpa kedai yang jual jam tangan. Ala murah je pun jam tangannya RM 20, Wan yang bayarkan. Wan kata hadiah sebab Aiman nak sunat hujung tahun ni. Hadiah bagi in advance.hahaha...

Sekarang ni pi mana pun mesti pakai jam tangan dia ni. Dah jadi barang kesayangan.

Hari pertama dapat jam tangan.