Mai Penang memang tak sah kalau tak JJCM dekat Padang Kota. Pekena pasembor tu wajib! Kalau makan kat sini jangan terkejut tiba-tiba berkerumun datang kiri kanan depan belakang dok promote menu masing-masing. Annoying sikitlah baru nak duduk depa dok bising tanya order. Semua pulak tu nak bercakap serentak. Dah la panas, baru duduk tak sempat nak fikir digasak bertubi-tubi. Rasa macam nak sekeh pun ada!
Alkisah makan-makan Sabtu lepas.
Aku, mak dan en suami order coconut shake. RM4 segelas, oklah gelas pun besar, boleh share minum. Aiman kongsi dengan maktok, ibu dengan Afia. Tapi cik pia budak notty kira mengadak ais ketui je tau. Makan langsung tak mau.
Padang Kota ni tema dia macam food court, ada banyak pilihan menu dengan deretan kedai yang pelbagai. Kedai pasembor je ada dalam tiga empat buah. Kali terakhir makan kat sini kena pasembor tak sedap. Aku membayangkan tak ada apa yang istimewa tentang pasembor Padang Kota yang konon gah sangat diperkatakan.
Alhamdulillah kali ni kena kuah yang menepati selera. En suami kata tak puas makan, nak order lagi takut tak habis pulak. Harga pasembor ni RM 20 something. Wan yang pilih. Kalau pilihan aku dan en suami haruslah lagi bervariasi, tekak orang muda katakan.hakhak..
Suamiku en sotong. Opss sotong untuk suamiku! Sotong kankung RM10. En suami kalau sotong liat camni memang peberet beliau. Aku rasa kuah yong tau foo dia bolehlah, sedap juga.
Wan Aiman Afia memang peminat laksa. So memang tak lepas peluang pekena laksa Penang. Sedap juga kata abah.
Akhir sekali aku order koteaw goreng nak share makan dengan mak. Yang ni dah malas nak snap. Rasa memang tak sedap langsung. Suao dua tiga sudu terus aku surrander. Serious tak boleh makan. Kuah koteaw pahit pasaipa. Mujur ada abah tolong setelkan. Tang sotong en suami bedal. Kalau tidak rugi, sepinggan koteaw goreng RM6 tau.
Famous Penang Hussain Pasembor. Terbaiklah! Sebab tak puas makan en suami nak ajak pekena pasembor lagi Sabtu ni. Fikirkan jalan sesak cuti raya cina je tak sanggup. Sesiapa datang Penang jangan lupa singgah sini pekena pasemboq Hussain!



















