Pixajoy

Friday, August 16, 2013

2 Syawal : Sibuk Berniaga



Pagi Syawal kedua abah dah mula berniaga. Jadi suasana raya dah takde. Mak dan adik ipar semua bangun awal gila buat kuih dan nasi lemak. Aku tolong menyibuk je nak bungkus nasik lemak pun tak reti. Kupas kulit telur boleh la.hakhak. En suami dan adik iparnya tolong abah kat kedai. 

Anak-anak semua masih nyenyak tidur termasuk si chubby dan si bambam. Bila askar-askar dah bangun, sorang-sorang sibuk nak ikut pi kedai. Melangut kat kedai tu pun ramai yang dok hulur duit raya. Rezeki cucu-cucu Pak Mat Kopi la.hehe

Tengahari en suami hantar adik bongsu dekat jeti Kuala Kedah, balik beraya di Langkawi rumah mertua. Lepas Jumaat en suami tidur baik punya, letih la sangat tolong abah kat kedai. Kami bertolak balik Nibong Tebal dah petang gila. Jalan jam, ada accident dah lama tapi biasa la kan orang Malaysia ni terlebih prihatin. Kereta banyak, kenderaan bergerak perlahan tapi Alhamdulillah takde la jam teruk.



Sampai kampung aku dah dekat maghrib. Adik aku dok perli bertolak dari Johor ke baru sampai?kata nak bertolak lepas Jumaat kan. Raya kedua berlalu begitu saja tanpa aktiviti beraya.




Thursday, August 15, 2013

Potret 1 Syawal 2013



Ada ke yang kecewa takde gambar aku dalam entri sebelum ni?haha.. Ada banyak juga gambar tapi picturenya tak berapa cantik. Tak tau pasai apa kalau tempat kelam gambar jadi tak elok. Tak tau nak setting macam mana lagi. Kamera mahal en suami kata.huhu. Aku abadikanlah juga potret 1 syawal buat tatapan dihari muka.hehe



En suami bising kenapa tak beli tudung raya yang matching. Comot sangat la aku pakai tudung hitam. Aku dah malas nak mencari masa kelam kabut pilih baju melayu untuk Aiman. Kes darurat la aku pakai tudung warna hitam, satu ni je aku bawak balik. Dalam gambar bukan bau pun.muahaha. Baju pun last minute beli online. Bahu besar sikit, tambah pulak aku dah kurus sikit.hiks

Afia dah mengantuk muka serius kena paksa posing 
Baju raya Aiman last minute cari dekat Pasifik
Irsyad anak adik en suami yang no 2. Gigi jerung nama timangan.
Afi yang comel, anak adik en suami yang bongsu. Anugerah istimewa buat kami sekeluarga.
Mak abah yang loving

Kami sekeluarga




1 Syawal : Afia Pertama Kali Meniarap



Petang raya pertama tu masing-masing terbungkang tidur. Dekat Alor Setar rumah abah panas dia lain macam sikit. Alhamdulillah even panas Afia takde la merengek tak tentu hala. Kadang tak selesa dalam buai dia demand tidur bawah. Nak bagi si bambam selesa tidur lama sikit kadang aku bagi Afia berkemban je. Seksi la anak dara ibu.

Hari tu aku tidurkan dia mengiring. Asyik terlentang je panas kan belakang si kecik ni.  Lepas nenen puas-puas si bambam tertidur, dengan ibu sekali sampai London. Bila tersedar tengok Afia dah keadaan macam ni. Lama Afia tidur. Ada tetamu datang beraya aku dok pantau dari luar bilik takut dia salah landing tak bernafas pulak.

 

Afia pertama kali dilihat meniarap pada 1 Syawal 2013 ketika usia 3 bulan 5 hari. So far ada la beberapa kali Afia tertidur meniarap macam ni. Kalau dalam keadaan sedar aku belum pernah nampak dia berusaha untuk betul-betul meniarap. Bontot pun berat.hihi




Wednesday, August 14, 2013

1 Syawal : Di Alor Setar



Sejak aruah mak dan pak takde, kami memang tak buat sistem giliran dah. Setiap tahun raya di Alor Setar rumah mertua dulu kemudian baru balik kampung aku dekat Nibong Tebal. Untung la en suami.haha..

Juadah hari raya yang jadi kemestian mestilah ketupat dan nasi himpit kuah kacang. Tahun ni menu rendang ayam, rendang daging dan rendang rusa. Daging kambing jadi kemestian juga,peberet en suami katakan. Tapi tahun ni tak beli. Dah ada daging rusa, yang ni pun dah tak larat makan. Keluarga en suami bukan besar. Beliau anak sulung, punya dua orang adik perempuan. Semua dah bekerluarga, anak pun masih kecik, bukan makan banyak mana.

Syawal pertama mak buat bihun sup. Biskut raya tak buat langsung tahun ni. Kata mak buat kelainan sikit. SIL buat tiga jenis kek, kek pisang, kek coklat dan kek oren. Pastu MIL dan SIL buat popia gunting, kuih loyang dan kuih siput, ada la beli biskut raya sikit. Gambar satu pun tak ingat nak snap, sibuk melantak je aku.huhu

Meriah jugak semua balik beraya, cuma adik ipar en suami yang sorang tu je kerja. Pos isteri dan anaknya je balik raya. Setiap tahun pun macam tu. Lepas bermaafan sesama ahli kelurga, kami konvoi beraya rumah jiran-jiran pastu pergi rumah Pak Ngah en suami. Balik rumah semua terbungkang kepenatan. 



Keluarga kecik kami. Adik en suami masing-masing baru ada sorang hero. Tema pun caca merba. Mak macam ikut tema kami. Abah ikut tema adik bongsu en suami. Kacau bilau je. Aku tukang ambik gambar makanya takde dalam frame.hakhak..