Orang tua-tua selalu kata, bila baby tidur dan tersenyum tu maknanya baby main dengan urinya. Tak pasti akan kesahihan statement ni. Yang pasti uri perlu diuruskan dengan baik. Seriously aku sendiri tak pernah tahu macam mana cara nak bersihkan dan tanam uri ni. Waktu Aiman dulu atuk en suami yang uruskan semua.
Kali ni mak cuma ingatkan aku untuk beli kain putih semeter. Dah beli dah tempohari. Petang ni sambil santai menikmati kerepek pisang terjumpa di facebook, sekadar berkongsi untuk pengetahuan.
Cara mengurus uri bayi baru lahir :
- Dengan lafaz Bismillah, bilas uri dengan air iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yang sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.
- Bilas dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup-cukup untuk membungkus uri.
- Taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain).
- Gali lubang tanah sedalam kira-kira sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira-kira sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa jika ada, ini lebih baik).
- Taburkan antara 5 hingga 7 batang paku rumah di atas kain bungkusan. Seelok-eloknya guna paku yang masih elok (bukan yg telah bengkok dan berkarat). Selepas itu, timbus kembali lubang menjadi permukaan tanah yang rata.
- Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin.
Updated :



