Pixajoy

Wednesday, April 11, 2012

Gegaran Ini Rupanya Gempa Bumi di Sumatera

 
Walaupun cuti umum, sudah kebiasaan orang macam aku ni kerja. Hari ni kerja petang. Aku di pejabat sedang  mengadap blog tiba-tiba terkejut bila terasa kerusi yang aku duduk bergoyang. Teringat pula kejadian tsunami yang berlaku dulu. Waktu tu aku masih belajar di Merbok. Gegaran yang pertama lebih kurang sama macam yang aku rasa tadi. Aku ingat aku pening sebab bila tanya Aiman ada rasa gegar tak dia hanya menggeleng. Budak 5 tahun apa tahu. Tahu tengok kartun je! Dari tadi suruh buat homework tak siap-siap.hehe..


Tiba-tiba aku terima panggilan dari kawan sepejabat bertanya tentang gegaran. Sah aku tak pening! Lepas tu aku telefon FIL dekat Alor Setar tapi beliau kata tak rasa. Dekat facebook, ramai yang update status berkenaan gegaran yang berlaku. Dari Alor Setar sampai Penang pun rasa gegaran tu. Kemudian FIL pula telefon katanya area rumah abah tak kena tapi area lain ada yang rasa gegaran. 


Ini aku copy paste dari SINI 


Gempa Bumi 8.5 SR Guncang Aceh, 11 april 2012 - Gempa di Aceh 8.5 SR, 11 april 2012 Baru saja terjadi gempa dengan kekuatan 8.5 skala ritcher, di dekat pulau sumatera. Gempa terjadi di sekitar lautan. Kami belum mendapatkan info secara lengkap, Informasi ini masih akan terus kami update. Berita terbaru menyatakan bahwa beberapa waktu yang lalu terjadi gempa dengan kekuatan 8.5 skala ritcher, yang berpusat di dekat pulau sumatera. Gempa terjadi di sekitar lautan. Gempa bumi mengguncang Banda Aceh pukul 15.39. Guncangan terasa kuat dan menerus. Gempa yang terjadi saat ini berpotensi tsunami.Gempa juga dirasakan di Padang hingga Bengkulu.


Menurut Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika gempa ini berpotensi tsunami dengan kedalaman lebih kurang 10 Km. 

Lindungilah mereka dan kami disini Ya Allah..














Penawar Keletihan


Kisah yang terkandung dalam CD Zikir dari Aruah Ustaz Asri yang selalu menjadi halwa telinga kami sekeluarga waktu dalam kereta. Dah lama rasa nak share, kebetulan tadi jumpa dekat facebook.


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Inilah penawar ringkas yang Rasulallah ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan dalam hidup mereka,


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."



Untuk menghilangkan keletihan dan kelelahan dalam menguruskan rumahtangga, Rasulullah mengajarkan Bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada puteri kesayangannya. Semoga menjadi amalan buat para suri rumah dan ibu-ibu. Suami-suami dan siapa-siapa sahaja boleh juga jadikan amalan bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas harian sama ada di rumah atau di tempat kerja.


*  Jangan hanya tahu nak complain penat jer! (diri sendirilah.haha..)





    

Tuesday, April 10, 2012

Darah Babi Dalam Puntung Rokok



Macam-macam ada. Tu pun depa dok sok syok hisap! Hari ini Insyaallah akan memulakan misi BW setelah dua hari virus M menyerang.




                                               


Monday, April 09, 2012

Petua Menambah Berat Badan.



Monday blues pula hari ini. Malam tadi terharu tengok abang aku menang ABPBH. Nanti bawak Aiman ronda naik kereta baru ye. Abang Fizz, percayalah kamu sangat layak menang! Adik stacy dan Shila Amzah, korang nampak gemuk. Puan lady gagap, serius menyampah tengok fesyen kanopi makcik. Sekian terima kasih.haha..






Buat yang ingin menambah berat badan seperti hyz dan ibu alisha, take note about this.hiks..


1. Banyakkan makanan yang tinggi kalori, protein dan garam galian. Gantikan nasi dengan roti. Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi ataupun anda boleh mengambil nasi, dan sejam kemudian roti.

2. Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan 3 hidangan utama bersama 2 atau 3 hidangan snek sehari. Pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan. Anda juga digalakkan mengambil snek seperti sandwich, kekacang, biskut, minuman bersusu, jus, keju, buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3. Makan secara kerap. Jika anda tidak mempunyai selera makan, boleh makan 5 atau 6 hidangan kecil sehari. Ambil hidangan yang sihat. Amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat, tetapi juga melambatkan proses metabolisme tubuh.

4. Pada waktu pagi, ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protein tinggi. Minum satu gelas susu setiap hari, roti atau telur separuh masak. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak.

5. Bersenam secara teratur. Lakukan senaman bina badan, angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan, 30 minit setiap 3 atau 4 kali seminggu. Pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika anda menjalani proses menambahkan berat badan.

6. Selepas selesai senaman, anda boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi. Ambil makanan yang mempunyai sumber protein dan karbohidrat. Ini untuk menggantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.

7. Amalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia. Lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan, kecuali gula, minyak dan lemak dalam makanan.




Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA