Pixajoy

Saturday, November 26, 2011

Kembar Dalam Blog



Ini hadiah dari kembarku Puan Bee. Comel kan?

Ada yang baca mini novella aku? 

Terima kasih diucapkan kerana tak baca.haha. 

Penghargaan spontan buat bee.. 

Duhai kembo..

Kau blogger femes,
Aku blogger messes
Entri kau SEO
Entri aku orang kata ooo..
Kau pakar blog
Aku tak ada dialog
Kau anggun
Aku terpegun

Kau bee aku kutu
Serangga gitu..
Bulan Lahir kita
Ogos bulan merdeka
Lokasi juga sama
Sungguh tak sangka
Taiping mali
Sama lagi

Puisi tidak 
Poem pun tidak
Ini luahan tintong
Kau jangan gelong
Sangat merapu
Sila terharu..

Terima kasih kembo!




* Psst jangan lupa komen, like dan share Entri INI di blog kembo!






                                                




CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 5)

Ilustrasi dari Puanbee.com


Mukaku merah padam, pipiku blushing setelah mendengar ayat jiwang dari Kimi. Terasa seperti ada air peluh bakal menitik dari dahi mulusku. Otakku jadi tak center. Melayang di awangan rasanya. Apa gila sungguh mamat perasan ni nak ber I love u pulak dengan aku? Baru sekali belanja minum dah over. Dia ingat cinta boleh dibeli dengan muka dia yang hensem tu? Tolong sikit. Aku sudah ada Aril. Aril? Entahlah..Lebih cocok mengatakan aku sudah ada Shin Chan barangkali. Shin Chan..apa hang sudah mandrem? Gila bayang sudah.

“Hang gila..Aku dah ada boyfriend!” aku menyinga berdiri seperti orang kurang waras tapi mencuba semahunya merendahkan nada suara takut terkejut pula orang sekeliling.

“Plz..beri saya peluang..”Kimi tetap dengan rayuannya..

“Tapi kenapa aku? Kenapa sekarang? Dah tak ada orang lain dah hang nak ayat? Pergi ayat minah free hair tadi tu! Peluang apa? Hang ingat semua perempuan hang boleh dapat? Hang ingat aku akan termakan dengan kata-kata penipu hang tu? Entah-entah semua perempuan hang ayat” lancar sekali ayat-ayat yang keluar dari bibirku. Seperti dialog telenovela. Telenovela versi utara barangkali.

“Kalau awak tak suka saya, jangan tuduh saya macam-macam”

Ermm..aku menelan air liur..

“Saya betul suka awak..” Wajah Kimi meraih simpati. Dari sinar matanya timbul pula rasa kasihan. Kimi menundukkan muka. Menyelindungkan kesedihan disebalik wajah kacaknya. 


Aku masih lagi berdiri, memandang tepat ke arah Kimi. Kemarahan aku semakin reda. Entah apa yang merasuk hingga pelbagai tomahan aku lemparkan buat jejaka wajah kacukan itu.

“Ok sory..Aku tak suka hang keluarkan ayat tanpa berfikir. Terlajak perahu boleh diundur..Terlajak kata lu fikirlah sendiri” sempat lagi aku meminjam kata-kata Nabil Raja Lawak dalam keadaan genting seperti ini. 


Kimi dari tadi menjamah raut wajah aku. Aku perasan itu. Bila mendengar pengakuanku, Kimi panggung kepalanya.

“Awak ni lawak..comel..” entah apa yang kelakar aku pun tak tau.

“Saya takkan menyesal. Bukan sekadar terlajak perahu, kalau karam dilautan sekalipun saya sanggup. Kalau awak sudi berkawan dengan saya dengan lebih rapat, kita sama-sama tarik perahu yang terlajak tu yer.”

Aduh buat lawak pulak mamat ni. Entah dari mana dia belajar buat peribahasa sendiri. Kembang kempis juga hidung separa mancung milikku dengan pujian Kimi. Dari tadi kata comel. Aku tau la aku comel. Tak payah nak puji-puji..

“Boleh..tapi ada syaratnya”

“Hoi..bercerekarama hangpa kat sini noo..”Aya menyergah dari belakang, datang bersama-sama Iza dan Balkis.

“OK girls..saya balik bilik dulu..” Kimi terus minta diri sebelum sempat aku bentangkan syarat-syaratnya.

“Bye Lisa..See u tomorrow”. 


Tidak sempat memberi reaksi terhadap kata-kata Kimi, dia telah berlalu meninggalkan kami. Kimi mengenyit matanya yang menggoda lalu meninggalkan aku yang terpinga-pinga.

“Wah Kimi hensem tu nak cucuk jarum. Satgi hang kena jarum dia sakit Lisa, hehe.." Iza menyengih menampakkan gigi. 

“Aku tak campuq..”Balkis yang dari tadi diam mengeluarkan butir kata macam mengelak sesuatu.

“Eh bukan hang rapat dengan Kimi tu ka?” Aya menjerat Balkis.

“Mana ada..Dah..jom balik. Aku nak kemas barang. Ada sikit lagi.” Balkis mengelak lagi.

“ Jom balik..” Lisa berjalan mengekori Aya, Iza dan Balkis. 

Dada yang dari tadi bergerak laju sudah kembali normal. Otak aku pula ligat memproses data kenapa tiba-tiba Kimi boleh bertindak seberani itu? Nak simpan aku selamanya? Aku cuba mentasirkan ayat jiwang Kimi dalam bahasa ibunda. Ingat aku barang apa nak simpan-simpan? 




--------------------------------------------------------------------------------





Aku balik kebilik segera mengambil tuala dan bersedia untuk kebilik air menyucikan diri. Selesai mandi aku solat. Aku mengemas-ngemas baju masuk kedalam beg. Buku-buku aku susun kedalam kotak untuk dibawa ke stor simpanan universiti. 

Cuti semester kali ini aku tidak meminta tolong abang Lan mengambilku seperti selalu. Setiap cuti semester, bilik kolej mesti dikosongkan. Sudah dua tahun aku menyusahkan Abang Lan. Kali ini aku mahu berdikari. Lagipun semua barang-barang  disimpan di bilik stor yang disediakan pihak universiti. Mama dan abah seperti selalu terlalu sibuk dengan hal masing-masing. Urusan aku semua mereka serahkan kepada Abang Lan.

Berkali-kali Abang Lan kata mahu menjemputku dari kolej, tapi aku tolak. Aku faham Abang Lan juga sibuk. Akhirnya Abang Lan mengalah dengan kedegilanku. Lagipun rumah Mak tok bukannya jauh. 

Sunyi rasanya bila keseorangan begini. Aya, Iza dan Balkis sudah balik ke Pendang petang itu juga. Aku terpaksa menunggu sehingga keesokkan pagi kerana tidak mahu kalut. 

Beep..Beep..

“Hai mama..macam mana paper tadi? Rasa macam dah bertahun tak msg kesayangan Shin Chan ni. Sihat? Tengah buat apa?”

“Merajuk lagi..” Aku membalas ringkas.

“Mama suka sangat merajuk. Sini Shin Chan pujuk..Aku malas nak kacau hang studi..tak balik kampung?”

“Sibuklah..”

“Jangan la macam ni sayang..”

“Shin Chan penipu!”

Bukan tipu..tapi aku ada masalah hari tu, nanti dulu mama, buat masa sekarang aku tak nak fikir lagi benda tu. Nanti bertambah..tambah..tambah sakit kepala aku. Nanti aku ceritakan dekat ang ekk..walaupun penting ke tak, aku tetap nak share dengan ang..tapi belum masanya lagi. Aku akan tunjukkan diri aku nanti. Shin Chan promise mama.. janji..” panjang sekali penjelasan Shin Chan kali ini. Lisa jadi serba salah.

Aku mendiamkan diri. Cuba hendak membalas mesej Shin Chan tapi seakan tidak ada ayat yang sesuai untuk aku taip. Entah apalah masalah yang menimpa Shin Chan. 


Mungkin aku seorang saja yang memendam rasa. Aku tidak faham apakah ini hanya perasaan sayang sebagai seorang sahabat atau lebih daripada itu.

“Plz forgive me sayang..”  Adrenalinku bergerak laju. Sayang lagi. Ini yang aku lemah.

”Sayang konon! Buktikan sayang tu tengok!” 

“Ok mama sayang. Shin Chan cium ekk…Muaaahhh..sayang mama tau!”

“Kahkah..oklah aku maafkan. Tapi jangan buat lagi ok?”

“Terima kasih mama..misae memang baik. Sweet..Tu pasal aku sayang sangat dekat ang tu..:)”

Shin Chan kembali menceriakan hidup Misae..


--------------------------------------------------------------------------------- 



Bilik kolej kebanyakkan sudah kosong. Cuma ada beberapa bilik masih berpenghuni. Sudah tentu masih ada paper yang belum dihabiskan. Pagi ini aku bangun awal terus mandi dan bersiap-siap untuk balik kampung. Gembira rasa hati dapat bercuti dengan Maktok kesayanganku. Aku membayangkan kerinduan untuk tidur sebantal dengan Maktok, makan coq udang tersedap di dunia, dapat peluk Maktok setiap hari, dapat menyakat Maktok dan dapat mencium bau tengik ketiak Maktok. Hoorey! 

Selesai bersiap, aku berjalan kaki perlahan-lahan menuju ke pintu utama universiti..

Beep..beep..

“Hati-hati yer misae. Shin Chan sayang mama..”

Misae menguntum senyum..Sengihannya kian melebar. Termakan dengan mesej sayang dari Shin Chan. Selebar jalan tar universiti aku senyum. Lebih lebar dari itu, ya aku pasti!

Langkah demi langkah aku atur dengan menggalas beg besar dibahu. Aku mengelap muka yang belum berpeluh dengan lengan baju. Jauh juga nak berjalan dari kolej kepintu utama. Kan bagus kalau jalan ni berbumbung, ada escalator lagi. Aku tersenyum-senyum sendiri. Angan-angan minah jenin!

Aku mengikut jalan pintas belok ke bangunan pentadbiran dan melalui depan perpustakaan. Kalau ikutkan angan-angan gilaku, bapak Kimi pun tak mampu rasanya nak buat eskalator sepanjang kolej ke pintu utama. Terasa nak ketawa pecah perut pula bila mengingatkan Kimi. Sentiasa dengan ayat jiwangnya. Aku menguntum senyum.

“Hai Lisa, senang hati saya tengok Lisa senyum..” 


Berdiri Kimi tersenyum mengangkat kening tiba-tiba. Panjang umur betul! Entah dari mana muncul mamat ni. Aku asyik sangat berangan sampai tak sedar kedatangan Kimi. Aroma minyak wangi yang sama menusuk lagi kelubang hidung buat kesekian kali..Ahh wangi..Mesti perfium mahal…

“Opocot!” aku melatah dan berlakon lagi pura-pura tak kenal Kimi.


"Hahaha.." Kimi ketawakan lisa. Wajahku diratah Kimi..Mata kami bertentangan. Hati aku sedikit terdetik. Aku mengalihkan pandangan. Tak suka melihat lirikan nakal dari Kimi.

‘ Your eyes are the sweetest stars I’ve ever seen” Kimi masih lagi dengan ayat jiwangnya.

“Dah tak payah nak buat ayat bunga-bunga..Aku nak cepat ni..”

“Nak p mana Lisa dear?”

“Eh hang ni..aku kata bo..” aku menutup mulut, bimbang terkeluar ayat tak sepatutnya. Kalau tak suka pun jangan sampai buat orang sakit hati dengan kita. Aku ingat itu. Hampir-hampir aku mengeluarkan perkataan bodoh. Nasib baik tak sempat celupar.

“Tak nampak ka beg besaq ni?” aku bersuara membesarkan biji mata.

“Cool sweety..saya hantar balik nak?”


BERSAMBUNG..






Agar-Agar Roti Again


Again..again..again..wah dah macam Dora pulak..Semalam aku buat agar-agar roti lagi. Ini percubaan agar-agar roti kali ketiga. Kali nie dari atas tak nampak cantik sangat, pasal bekas nie sempit. Kuning dan hijau menyorok sikit. Bila potong baru nampak. Malas pulak nak snap gambar agar-agar yang dah potong bila dah sedap-sedap mengisi perut.


Itu hari aku cuma bagi link resepi. Hari nie aku rajin nak taip, jom usha resepi. Senang dan sedap. Mesti cuba ok..


Bahan-Bahan

  • Agar-agar tali 20gm
  • Air lebih kurang 5 cawan
  • 6 keping roti
  • 1 tin susu cair
  • sebiji telur
  • Pewarna ikut suka
  • Esen vanila
  • Gula secukupnya

Caranya :

Rendam agar-agar sekejap kemudian masak atas api dengan air. Dah masak tapiskan. Sementara dok tunggu agar-agar masak, isi susu cair, telur dan esen vanila dalam blander. Carik-carik roti campak dalam blander, bila roti lembut sikit, kasi blander bahan tu semua. Biar hancur padan muka.haha..Kemudian tuang bahan blander kedalam agar-agar yang dah ditapis. Masak atas api sampai mendidih dan masuk gula ikut manis mana korang suka. Bahagikan kepada tiga bahagian, tuang dalam bekas satu persatu ikut warna. Siap sudah..Jangan gelojoh terus makan, biar agar-agar keras dulu.haha..Itu pun nak habaq..:)

Tak faham nasiblah..Apa aku merapu ntah. Daa..






Friday, November 25, 2011

CINTA MISAE DAN SHIN CHAN ( Part 4)



Kad biru bernota menjadi ratapanku.

SMSmu membuat aku bersemangat untuk terus hidup konon! Ayat tak boleh blah! Dah berapa hari dah ni tak hantar aku mesej. Kononnya tak semangat nak hidup dah la tu..Pergi mampos! Hilang sudah kecomelan..cuba ayu sikit lisa oii! Sudah seminggu Shin Shan tidak menghantar SMS buatku. Aku meninggikan ego setinggi-tingginya untuk memulakan mesej terlebih dahulu.  


Aku malu..Aku seperti terlalu beria untuk membongkar identiti Shin Chan. Sakit hati yang aku dapat. Aku mengurut dada. Membayangkan keindahan perasaan pada setiap mesejnya. Kemarahanku reda seperti sengaja dipimpin untuk merasakan sebuah pengharapan. Harapan agar Shin Chan SMS aku, harapan agar hidupku kembali ceria dengan kehadiran Shin Chan.

Selama seminggu juga setiap hari aku memandang blackberry, menanti bunyi beep..beep..menunggu panggilan mama dari mesejnya, mengharap kata-kata perangsang dari Shin Chan. Aril menghubungiku setiap hari. Kami hanya sempat bercakap sebentar. Aril juga sibuk dengan peperiksaan akhir. Minggu 'study week' berlalu begitu sahaja tanpa mesej nakal dari Shin Chan. Misae kini terasa kehilangan Shin Channya.

Aku mesti fokus..Biar akal memandu setiap perbuatan. Itu yang selalu Maktok pesan. Seakan ada semangat Maktok merasuk. Lusa 'paper IT', aku mahu kekalkan pointer yang baik. Aku mesti banggakan Maktok, Mama, Abah, Abang Lan dan Angah. Aku terbayang wajah tua Maktok. Wajah berkedut, tenang dan sarat dengan kasih sayang. Ruang rindu membesar sebesar-besarnya. Kasih sayang dan didikan maktok tumpah sepenuhnya sejak aku kecil. 

Aku SMS Ira, “Minah bunga, hang kat mana? Aku nak balik jumpa Maktok, nak ikut tak?”

Beep..beep..

“Gila..sok aku ada paper.. Tiba-tiba jer, Mak tok tak sihat ka? Library la..kan dah cakap..Ko balik sini esok kan?”

“Sihat, aku rindu..Yup..Bubye roommate kesayangan..Take care”!

“Mengada-ngada. Manja! OK, hati-hati Lisa..bye!”

Idea gila untuk balik kampung saat orang lain sibuk studi datang mengejut. Rasanya sudah tiga minggu aku tak jumpa Maktok. Aku terlalu sibuk dengan pelajaran, sibuk menyiapkan tugasan, sibuk dengan test dan sibuk dengan study week. Aku perlukan semangat Maktok untuk kertas pertama peperiksaan akhir. Kata-kata perangsang dari Maktok selalunya berjaya buat aku menjawab semua soalan dengan tenang.

Nombor telefon rumah aku dail, suara Maktok tenang mengucap salam..

“Waalaikumussalam Maktok, Lisa nak balik”.

“Eh..hang kata periksa hari Selasa? Hang kata nak belajaq? Kata nak balik lepaih periksa?Lisa lawak ja kan?” bertimpa-timpa soalan dari maktok.

“Lisa tak tahan rindu dah ni..”

“Hang ni..nak suruh Maktok buat coq udang ka?”

“Pandai maktok..”

“Dah tau dah, balik sehari ja la ni? habaq kat abah hang dah?”

“Nanti Lisa sms abah je..Emm esok petang orang balik sini balik. Dan eh..Lagipun Lisa dah studi. Kompem boleh jawab punya. Cucu maktok ni kan pandai, macam maktok jugak..hehe..”

“Hang kompam sangat eh..Mak tok risau..”

“Confirm la Maktok, bukan kompam” gelihati bila maktok cuba berbahasa mat saleh.

“Hang elok2..Bila nak balik? pukui berapa?”

“La la..Nak p mandi, dah siap kain baju dah ni. bye maktok, jumpa satgi naa..”

“Lisa jaga diri baik-baik..Assalamualaikum” Mak tok menamatkan perbualan.

“Yes boss.Waalaikumussalam..”


--------------------------------------------------------------------------------


Di dalam bas, telefon bimbitku berbunyi lagi. Nota IT ditangan hampir terjatuh. Niat untuk membaca nota terhalang dek kedinginan aircond. Kesejukannya begitu mendidik untuk aku menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Terkejut! Baru nak tidur sekejap, potong betullah! 

“Hello..Assalamualaikum..” aku bersuara serak. Suara orang baru bangun dari tidur.

“Hello..” perkataan hello diulang sekali lagi.

Talian dimatikan..

Isk main-main lagi..Nombor yang sama. aku pasti!

Beep..beep..

“Sedapnya suara mama..hehe”

Shin Chan? Aku serba salah untuk membalasnya. Kerana kerinduan dan harapan yang menggunung tinggi mengharapkan semula kehadiran Shin Chan, aku lupa sekejap kejadian menunggu Shin Chan di depan Body Glove. Dalam keadaan mamai aku membalasnya.

“Huh merajuk..” 

“Tak rindu anak mama ni ke? Jangan marah misae, hari tu aku ada hal..Tak sempat inform hang”

"Rindulah Shin Chan. Aku rindu sangat." Tak mampu rasanya nak meluahkan. 


“Aku tak tanya pun..” SMS ringkas lagi aku balas. Masih dengan nada merajuk.

“Ibu aku sakit..Babah aku call, tergesa-gesa aku balik”

Timbul pula perasaan kasihan. Aku mengerti perasaanmu Shin Chan. Aku juga punya ibu. Ibu yang melahirkan aku. Walaupun..arghhgh..Aku melepaskan keluhan. Tidak mahu membebankan kesedihan saat final exam semakin dekat. 

Beep..beep..

“Aku tak boleh lama..Nanti aku mesej hang lagi…”

“Ok..” mesej orang tengah merajuk mesti ringkas.

“Stay focus your objective to maintain your objective. Gudluck for ur final. Jumpa kita dipuncak kejayaan. Sayang mama..” mesej terakhir dari Shin Chan di tenung. Berbunga lagi perasaanku.


Turun dari bas aku tergesa-gesa mencari bas untuk kerumah Maktok. Pejalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Aku tiba dirumah dengan selamatnya.


"Assalamualaikum.." Salamku dijawab Maktok.


Tangan Maktok aku cium. Aku peluk erat tubuh Maktok supaya lepas segala kanganku. Sungguh aku rindu ciuman dan pelukan Maktok. Terasa kehangatan tubuh kurus maktok menjalar penuh rasa cinta pada cucunya. 


Tak rugi aku balik walau sekejap. Puas bermanja-manja dengan Maktok, aku ke pangkin depan rumah. Mak Tok ke dapur menyediakan cucur udang. Hendak di bantu tapi Maktok menghalang, katanya suruh aku berehat. Tenangkan otak untuk menjawab soalan peperiksaan lusa. Maktok memang begitu. Suka memanjakan aku.


Sawah padi dikeliling rumah Maktok sedang menguning. Segar dan nyaman udara di kampung. Aku cuba menggamit kenangan. Kenangan bersama Aril. Di pangkin inilah aku dan Aril sering bersama. Dulunya kami akan menelaah pelajaran berdua, menyiapkan kerja sekolah bersama-sama. Kini Aril jauh dimata. Jauh diseberang sana, di Universiti Malaysia Sabah. Hanya telefon yang menjadi penghubung. Jarak menjadi penghalang cinta kami.



---------------------------------------------------------------------------------



Shin Chan dan Aril aku lupakan seketika kerana sibuk dengan peperiksaan. Paper terakhir telah berjaya aku tempuhi. Lega rasanya bila dapat menjawab soalan sebaik mungkin. Sebelum final, seakan ada batu besar menghempap kepala. Hari ini sebaik keluar dari dewan peperiksaan, dadaku terasa sangat lapang. Kepala yang berat terasa ringan. Happy macam dunia ini aku yang punya! 


Aya, Iza dan Balkis mengajak aku ke cafe. Iza dan Balkis mengomel lapar. Aku biarkan Aya bersama mereka. Lagipun perutku belum minta di isi. Makan dekat dining saja malam nanti. Nak balik bilik pun boring. Ira dah balik Shah Alam semalam. Hanya bunga-bunga Ira yang di dalam bilik ditinggalkan bersama aku. Rindu pula pada Ira dan keletahnya.


Aku memilih untuk duduk disuatu penjuru tidak jauh dari Cafe.

“Aku tunggu kat sini..Nanti hangpa dah sudah makan, mai sini..”

“Orait..”Balkis dan Iza serentak bersuara.

Aya, Balkis dan Iza sudah berada di dalam Cafe. Di depan cafe, aku ternampak Kimi bersama seorang pelajar perempuan. Tengah bercakap-cakap entah apa butir bicaranya aku tak ambil pusing. Aku belek tubuh montok gadis yang sedang berbual dengan Kimi. Nampak manis berbaju kemeja pink dan berseluar jeans dengan flat shoes. Gadis itu menyelak-nyelak rambutnya yang panjang melepasi bahu dengan senyuman yang menggoda.  


Macam aku kenal. Satu batch rasanya, tapi bukan budak business. Ahh lantaklah..Ada aku kesah. Dia punya pasal! Tak ada kena mengena dengan aku langsung! Kimi perasan dirinya sedang diperhatikan. Ketika mata Kimi tepat memandang kearahku, dia mengangkat kening dan senyum. 


"Wekk.." aku menjelirkan lidah. 


Gadis berkemeja pink sudah berlalu. Kimi menghampiriku. Walaupun perasan kedatangan Kimi, sudah terlambat untuk aku angkat kaki. Sejak kejadian Kimi belanja aku dan Aya minum air, dia menjadi semakin ramah. Aku jadi pelik kerana selama ini kalau bertemu di mana-mana, Kimi cuma memandang tanpa perasaan. Jangan kata nak senyum, aku pun tidak dipandangnya.

Wajah macho Kimi kebelakangan ini sering menghantui. Mana aku pergi ada Kimi..Macam tak ada muka lain. Ke library ada dia, ke koperasi ada dia..ke Cafe ada dia. Ahh mungkin perasaan aku saja. Yelah dia dan aku sama kos, sudah tentu paper yang aku ambil pun Kimi ambil. Kalau aku jawab soalan exam, dia pun jawab soalan yang sama. Apalah aku ni. Suka sangat perasan. 

“Awak tak makan? Diet ke? Tak haus..?” Banyak pulak soalan Kimi..Aroma minyak wangi yang sama semasa dibilik Mr Raden aku hidu.

“Waalaikumussalam. En Ziad Hakimi, aku punya sukalah...” Dah la tak bagi salam, main terjah jer. Do I know u?” aku pura-pura berlakon macam tak kenal Kimi.

“Kasar! I like ur way..comel kalau marah..”

Baru saja bercakap dengan perempuan lain, ada hati nak datang sini ayat-ayat aku pulak. Dia ingat dia hensem sangat? Memang hensem pun. Aku memuji pemuda dihadapanku.

“Betul..saya suka..cute sangat..”

“Aku tak suka..”

Aku pura-pura melihat jam ditangan. Aku biarkan Kimi duduk disebelah. Hatiku bergetar. Dadaku berombak kencang. Aduh mamat ni nak rapat-rapat pulak. Ada beberapa orang pelajar perempuan tersenyum-senyum melihat kami. Nak begosiplah tu. Pantang nampak Kimi kasanova dekat dengan perempuan. Mesti mereka kata Lisa gadis murahan. Senang betul menerima cinta dari lelaki seperti Kimi. Pedulikan!


Kimi tenang duduk disebelah. Tubuh sasanya seakan menyentuh bahuku. Bau haruman minyak wanginya menegakkan bulu romaku. Aku mula menjarakkan kedudukan. Kimi tersenyum nakal. Aku buat muka kelat. Kimi mendekatkan mulutnya ketelingaku sambil berbisik. Dia mengeluarkan perkataan yang membuatkan aku hampir pitam.

“If I tell u I love u, can I keep u forever?”

Hah???


BERSAMBUNG..