Pixajoy

Thursday, July 21, 2011

Cintamu Mengancam Dompetku


Salam korang


Entri nie cetusan idea dari entri wordless aku semalam. Ada yang bertanya, mana aku jumpa signboard nie? Macam ayat indon jer? Ini memang ayat indon. Aku ambil dari handphone en suami. Gambar diambil masa en suami pergi Tanjung Pinang November tahun lepas. 


Mula-mula waktu tengok warning tersebut aku pun gelak. Agak mendalam maksudnya bukan sekadar isu materiaistik. Aku setuju betul dengan ayat Cintamu Mengancam Dompetku tu. Aku ingatkan benda nie signboard, so sory atas kesalahan itu. Hari nie aku bertanya en suami dekat mana beliau ambil gambar tersebut. Rupanya itu hanya sticker yang dilekat dalam van @ teksi yang en suami naik masa pergi indon.


Setuju tak korang yang cinta dan dompet itu saling memerlukan? Aku ambik contoh, sepasang pasangan yang sedang bercinta mesti memerlukan duit yang cukup di dalam dompet. Kalau nak dating mesti perlukan 'dompet'. Mana nak bayar untuk tiket wayang, makan lagi. Itu belum pasangan yang suka demand itu ini. Kalau tak ada 'dompet' tak adalah cinta. Cinta memang mengancam dompet! Eh macam kejam sangat la pulak kenyataan aku. Tapi realitinya macam tu. Berdasarkan pengalaman sendiri jugak. kantoi!haha..


Cuba kira berapa kos bila sekali keluar date? Sebulan berapa kali dating? Kalau 5 tahun bercinta, dah cukup untuk buat belanja hantaran kahwin apa..Moral of the story, kepada adik-adik yang sedang hangat bercinta dan merindu, jangan tunggu lama-lama, cepatlah kahwin. Semoga 'dompet' tidak terancam dengan cinta yang belum tentu menjadi milik. Sekian..










Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday : Warning







Tuesday, July 19, 2011

Sipnopsis Drama Supermak



Salam


Malam tadi semua dah tengok ending cerita juvana kan. Ramai pelakon baru yang makin popular kerana juvana nie. Dengar cerita mungkin akan ada Juvana 2 atau Juvana the movie. Sama-sama kita nantikan..Ok stop pasal juvana, nak cerita pasal drama yang akan menggantikan juvana dalam Slot Aksi, Supermak.


Teraju utama dalam drama nie ialah Nasha Aziz. Dah lama tak tengok drama lakonan Nasha kan. Disamping tu ada Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal AF dan Henzy Andalas. Drama Supermak akan bersiaran mulai 25 Julai 2011, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam.




Sipnopsis


Sepermak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?


Tengok kat TV tu macam best jer drama nie. Layan.......






Buah Tangan Dari kampung



Salam pagi,


Semalam sepanjang hari hidup dengan dunia realiti. Dunia maya nie kadang-kadang bagi aku tekanan. Merajuk dengan blog pasal dua entri aku taip hilang macam tu ja! Geram ada jugak. Penat-penat aku perah otak dan bertanya itu ini kat encik google.haha..Ekceli semalam aku balik kampung. Disamping merajuk kecil, kepanasan melampau kat Aloq setaq mematikan keinginan aku nak menjenguk blog. 


Aku bawak balik buah tangan dari kampung tau. Eceh gaya menaip macam kampung ada dusun bagai. Nak tanam serai pun macam tak cukup tanah.keke..Abah beli pasal hari tu masa Aiman ikut mak abah pergi Bukit Bendera sibuk sangat Aiman nak rambutan. Bercakap pasal Bukit Bendera, korang dah naik train baru yang ada air cond tu? Dah lama aku tak jalan-jalan Penang.


Seikat dah melantak, seikat ni bawak balik rumah..


Aiman memang mengikut jejak langkah aku. Kecik-kecik dulu aku memang menggila buah berbulu nie. Kalau buah berduri tu tak bagi pun takpe. Aku tak berapa suka. Ingat lagi dulu kalau aruah pak aku belikan rambutan, aku akan membahagikan mengikut bijik. Pasal kami ada 5 beradik, nak bagi sama rata, biar adil.haha..Budak sekarang untung sekilo dapat makan sorang jer.


Sekarang yang tak bestnya bab rambutan nie, aku yang kena kopek kulit. Naik payau gigi aku menggigit. Dah macam rupa beruk pun ada.. Bila dah siap, sejukkan dalam peti ais. Nak makan baru keluarkan. Kalau dibiar berkulit macam tu sampai busuk la takde sapa nak makan. Aiman tu tak kisahlah suruh aku kopek, yang en suami tu pun sama manja..


Rupanya bila di sudah siap di kopek, enak dimakan sejuk-sejuk..