Cikgu Yah, cikgu tadika yang banyak membantu aku tahu apa saja benda, mengenal huruf dan nombor buat kali pertama. Masa aruah mak meninggal tahun lepas, kelibat cikgu Yah jelas kelihatan. Susuk badan tidak jauh berubah. Masih kurus seperti dulu cuma kedutan diwajah makin bertambah. Tak sangka Cikgu Yah masih mencurahkan keringat mengajar di tadika walaupun dah 20 tahun berlalu..
Masuk darjah satu ada sahaja kakak senior yang mahu mengangkat aku sebagai adik. Waktu itu abang kandungku merupakan ketua pengawas merangkap ketua pelajar. Menumpang populariti Abang Talib, aku menjadi popular dengan sekelip mata. Semua cikgu mengenali aku kerana abang. Lepas abang cemerlang dalam UPSR, abang ke sekolah asrama penuh. Aku terus hilang populariti.
Time sekolah rendah aku merupakan pelajar yang sangat pendiam. Bersuara emas dan tidak begitu menonjol. Cuma menjadi budak yang tiada luar biasanya tanpa apa-apa keistimewaan. Cikgu Rokiah, Cikgu Hasiah, Cikgu Ruzimah dan Cikgu Razif adalah antara cikgu yang pernah mendidik aku dulu. Tidak lupa Ustazah Fauziah yang banyak mencurahkan ilmu agama dalam kelas Fardu Ain. Pakwa dan Mak Wa yang mengajar mengaji hingga aku khatam Al-Quran. Jasa dan pengorbanan kalian tiada tandingnya.
Ada sorang cikgu perempuan yang aku lupa namanya. Aku begitu admire beliau. Punya banyak koleksi baju, beg tangan dan kasut. Bila baju yang cikgu pakai merah, beg tangan dan kasut pasti merah. Segalanya bersifat matching warna. Lantas jiwa kanak-kanakku selalu berfikir mahu jadi seperti cikgu. Lawa dan bergaya. Kuat Berangan! itu dulu..
Masih terbayang raut wajah kacak Ustaz Hasan waktu aku tingkatan satu. Ustaz jugaklah yang menjadi tonggak kecemerlangan PMR pelajar dalam subjek Bahasa Arab. Cikgu Rahman, english teacher yang popular dengan nama Cikgu Gaban. Cikgu suka conteng tangan pelajar perempuan, suka pegang t___r pelajar lelaki. Aneh sekali tabiat. Aku pasti akan menyorokkan tangan takut diconteng cikgu gaban waktu beliau datang mark buku di meja. Gila! Tapi serius lawak..
Habis PMR, sebab kurang minat pada Sains, aku duduk Kelas Akaun. Akaun pun bukan minat aku. Kalau boleh dua2 pun aku tak nak. Tapi terpaksa pilih. hoho. Cikgu Khoo berwajah serius, mengajar subjek Matematik dengan skemanya. Aku selalu tertanya di dalam hati kenapa cikgu seakan anti pada pelajar cina? Itu kan bangsa cikgu? Sampai sekarang aku tak ketemu jawapan.
Cikgu Heng Ah Bee, cikgu pendek bermuka lawak berseluar Mr Bean. Tekun mengajar Add Mate tapi aku saja yang tuli. Bila ditanya aku pura-pura faham subjek susah itu. Diberi homework, sepatah haram tak tau nak buat. Pagi2 bila datang sekolah, Sariman atau Sarizal jadi mangsa. Aku akan meniru jawapan si kembar. Nakal!
Teacher Mashitah berwajah tenang lulusan luar negara, guru tingkatan yang dedikasi. Tiba-tiba mengantuk saat teacher mengajar grammer, ketika teacher menerangkan tentang buku "The Pearl" dan waktu teacher membacakan poem William Shakespeare. Terasa lambatnya dua jam berlalu. Mata asyik melihat jam. Mintak maaf teacher. Sungguh English bukan my favourite!
Cikgu Osman, Cikgu banyak cerita dari belajar. Subjek sejarah yang buat semua sleepy jadi best kerana lawak Cikgu Osman. Sebab cikgu juga aku minat Sejarah. Cikgu Juhaida, cikgu ekonomi kecil molek dan comel. Walaupun banyak sekali notenya setiap kelas, terima kasih cikgu. Saya suka subjek Ekonomi.
Cikgu Akaun pula, Cikgu Bisham yang garang. Berkulit gelap berbadan gempal. Kadang-kadang naik angin dengan kerenah nakal kami. Bertudung labuh berwajah berseri, Cikgu Jamilah cikgu Sains yang kaya dengan eksperimen. Walaupun Sains bukan subjek yang aku minat, aku suka dengan cara Cikgu Jamilah mengajar.
Semua cikgu-cikgu di sekolah menengah begitu istimewa. Kerana mereka aku dapat keputusan yang baik dalam SPM. Terima kasih cikgu!
 |
| Yang berbaju merah Cikgu Juhaida, Berkaca mata dan bertudung labuh Teacher Mashitah, Yang berjanggut tu Cikgu Osman. Puan Kutu? carilah sendiri!keke.. |
Tidak lupa semua lecturer yang pernah mencurahkan bakti hingga aku berjaya menamatkan pengajian. Pada Pak Usop cikgu kelas memandu yang sangat penyabar mengajar aku yang berkaki bangku, terima kasih juga diucapkan..
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. SELAMAT HARI GURU!! terutama semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu buat aku di Tadika Kemas Sungai Setar, Sekolah Sungai Setar, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh dan Uitm Merbok.