Pixajoy

Wednesday, March 23, 2011

Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!



Wah pada saat-saat akhir, tiba-tiba rasa nak join Giveaway Special dari ar-rifke. Macam meriah jer tengok blogger lain join. Aku pun nak jugaklah..Sebelum memulakan bicara, izinkan aku copy paste syarat-syarat GA dulu mengikut arahan ar-rifke!


Cara menyertai Giveaway Special dari ar-rifke:
1. Buat 1 entri bertajuk “Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!” dan linkkan kepada entri ini.
2. Entri itu adalah bebas. Tetapi pastikan ada kaitan dengan:
3. Panjang entri adalah bebas! Pendek pun tak apa.
4. Pemenang akan ditentukan secara cabutan bertuah.
5. Tinggalkan link post anda di bahagian komen.
6. Tarikh mula giveaway ini ialah 13hb mac  dan tamat pada 24hb mac! Sertai sekarang!!
Tambahan: Setiap penyertaan akan diberikan backlinks!! So, apa tunggu lagi? Cuba check blog ar-rifke.com ini PR berapa dan pasti anda mahukan backlinks dari blog ini juga. 

Bila bercerita pasal percutian, rasanya banyak jugak tempat kat Malaysia nie aku dah jejak, cuma belum sampai ke Sabah dan Sarawak jer..Nak cerita banyak pun tak guna, nanti merepek sampai petang pun tak sudah. Pilih satu jer la..My latest holiday adalah kat Pulau Langkawi..
Percutian nie mempunyai misi utama iaitu mengikuti rombongan pengantin, sebabnya adik ipar aku kahwin dengan orang sana. Kiranya percutian sambil menyelam minum air. Pergi pada November tahun lepas dan yang paling best tempat tinggal, kenderaan dan makan pun disediakan oleh pihak pengantin. Pastu tambang feri pun pak mertua aku bayar. Kalau benda free best ja.kehkeh..
Tak banyak tempat yang dapat kami pergi sebab masa terhad. Walaupun bukan kali pertama aku sampai ke negeri Lagenda Mahsuri, tapi ini pengalaman pertama aku naik cable car. Kelakar gila bila tengok kaum lelaki yang kononnya macho dan berani tetapi sebenarnya takut dengan ketinggian. Walaupun cuba cover, tapi muka jelas nampak cuak..Terutama sekali pakngah, mengucap dan istighfar tak henti-henti. Gelihati aku tengok..
Posing sebelum naik cable car..
Berpeluh-peluh en suami cover takut, aiman tak tau pasal apa muka monyok camtu n ku seperti biasa maintain senyum dalam apa pun keadaan..hihi
Bergambar kenangan di Makam Mahsuri


Mula-mula ingat nak bergambar kat Dataran Helang, tapi kerana penat kami pulang ke homestay pastu membuta. Kesian jugak famili Pakngah dari Johor tak dapat begambar dengan en. helang. Takpe..lain kali kita pergi lagi ok..Esoknya pergi kenduri..

 Makanan yang sedap..Terima kasih org Langkawi..
Melantak sampai senak!

 Nie la pengantinnya..Yg perempuan tu adik ipar aku..

Lepas kenduri kami terus bertolak balik..Alhamdulillah walaupun ini percutian yang singkat dan tak best macam Percutian Paling Mewah Aried: RM 40,000 3 hari 2 malam!! seronok tengok famili Pak Ngah teruja kerana pertama kali jejak Langkawi..Itu hadiah untuk mereka kerana dah membanting tulang buat kerja masa kenduri adik dekat Alor Setar hari tu..

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage



Kena tag lagi, kali nie dengan Lieya, si peminat ang ang ang..Doraemon....
Walaupun aku dah cukup gemuk untuk makan coklat, aku pantang di tag, sedaya upayalah jaga hati org yg mentag yer..hehe..
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh tutup 31 Mac ok. Dek kerana AdzrielAB sangat tak dapat dipisahkan dengan coklat..Hambik utk kali kedua yer kak..;) chii gigi cantikkan? jom rongokkan!!




Tuesday, March 22, 2011

Minum Petang Bersama Keropok Lekor





Tadi petang goreng keropok..Pastu cicah sos. Sedap tau! Sila terliur...Semua sedia maklum keropok lekor nie makanan tradisi masyarakat Pantai Timur..Di perbuat  daripada ikan laut dan beberapa bahan lain, ia menjadi makanan yang berprotien tinggi dan kaya dengan iodine semulajadi. 


Dari kecik aku suka makan keropok lekor. Aku pernah berangan nak kawen dengan orang terengganu or kelantan, nanti hari-hari boleh makan keropok lekor.kehkeh aku tipu..Tak sangka aiman sekarang mewarisi minat yang sama, siap berebut dengan ibu..
Aku tengok kat plastik,keropok lekor nie di kilangkan kat Johor jer..Yang keropok goreng tu opismate yang balik kelantan hari tu kasi.
Nie nak makan ker nak berangan jadik model keropok??
Budak kidal memang begitu..Setiap kali makan ibu kena cakap, "use ur right hand Aiman!"
Amboi posing kemain, sampai atas meja! Tadi saja suruh Aiman baca Al-Fatihah, tak sangka dia dah hafal semua, walaupun sebutan tak berapa nak betul, kira ok la..good job Aiman..:) Doa makan dah lama pandai..

Fakta yang baru aku tahu dari Wikipedia ialah :

  • Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. 
  • Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Patut la bila keropok lekor dah sejuk, ada yang liat, ada yang tak..Keropok lekor aku makan tadi pasti dibuat dari tepung kanji. Woo baru pakcik tahu!!..(sebut dengan nada cerita p.ramlee, today ulangtahun kelahiran Allahyarham kan? Al-Fatihah..)

Suratan Atau Takdir?



PERKAHWINAN adalah fitrah semulajadi manusia untuk ingin dikasihi dan memberi kasih. Melalui ikatan yang sah ini jugalah kita dapat memelihara keturunan. Setiap pasangan pasti mengimpikan sebuah kehidupan yang aman dan harmoni. Rasa marah, kesal, kecewa dan tak sependapat bukan hal aneh dalam hidup berumah tangga. Namun begitu segala masalah dapat di atasi sekiranya wujud toleransi. Bagaimana pula kalau pasangan yang kita  impikan menjaga kita dengan penuh kasih sayang tapi berlaku disebaliknya?


Kisah berlaku pada seorang rakan..Tidak begitu mengenali, hanya pernah bertemu kira-kira 5 tahun dahulu tapi sehingga sekarang kami masih berhubung. Walaupun tidak acapkali mendengar suara ditelefon, kami mengikuti cerita hidup masing-masing di laman sosial. Rakanku ini belum mendirikan rumahtangga sewaktu kami mula-mula kenal. Kami menjadi rakan sebilik sewaktu aku melaporkan diri di Kementerian Pertahanan kemudian berkursus di sebuah hotel di ibu negara. Orangnya berkulit cerah dan sedap mata memandang.


Dua tahun kemudian, aku dapat berita yang dia akan berkahwin. Selepas mendirikan rumahtangga, memang jarang sekali kami berhubung..Aku fikir mungkin dia sibuk dengan tanggungjawab sebagai isteri..Sehinggalah suatu hari tiba-tiba rakanku ini menghubungi aku melalui telefon dan bercerita tentang masalah yang dihadapi..


Aku ringaskan cerita. Dia sebenarnya makan hati dengan sikap suami. Badan yang dulunya agak berisi kini kurus melidi. Si suami memilih kerja. Tak mahu pekerjaan yang pada pandangan mata dia takde standart.Walhal si suami hanya punya Spm. Rakan aku terpaksa tanggung segala perbelanjaan rumah,bil, kereta dan dua orang anak yang masih kecil. Buat pengetahuan semua, mereka punya anak selang setahun. Mana nak bayar duit mengasuh, nak beli pampers dan susu..Dengan gaji yang tak seberapa, cukup ke makan pakai dia?


Menurut cerita rakan aku, masa mula-mula kenal, maksud aku waktu bercinta, si suami baik sekali. Memang pandai berlakon. Tak lama kenal dia sudah menyatakan hasrat nak meminang rakan aku nie..Terus jumpa famili rakan aku dan mereka pun berkahwin. Mula-mula rakan aku tak perasan perangai jahat si suami. Lama-lama si suami pun menunjukkan diri yang sebenar.


Duit dalam dompet rakan aku selalu hilang. Cincin perkahwinannya digadai, si suami balik kampung dia di terengganu pastu tinggalkan anak isteri dan lakukan macam2 hal lagi tapi rakan aku nie tak berani bersuara, nak jaga hati sebab terlalu sayang si suami. Walaupun perangai si suami macam setan tapi dia tak pernah la sampai memukul..Rakan aku terus pendam dalam hati sampai makan diri..


Kalau dia perlukan si isteri pandai pulak dia pulang kerumah. Faham kan maksud aku? Rakan aku cakap suami dia pandai psycho..Kadang-kadang dia boleh jadi baik sangat..Aku pun tak berapa faham apa yang dia cuba maksudkan.Rakan aku cakap dia sayang sangat si suami.."Dia cinta pertama aku.."


Si suami malas kerja satu hal, yang paling menaikkan marah aku, aku rasa rakan aku seperti diguna-gunakan oleh si suami. Tapi tak taulah kan, takde bukti..Rakan aku mengaku yang kawan2 diopis dia pun berkata hal yang sama. Pada dia, "aku jadi macam nie sebab aku makan hati..bukan sebab dia guna-gunakan aku.."Korang rasa?

Malang lagi bagi kawan aku bila semua famili si suami menyokongnya malah berkomplot untuk menipu..Mintak duit rakan aku untuk beli tanah kononnya, sampai habis semua duit simpanan dia..Mertua rakan aku pun percaya dan menyokong si suami..Tak heranlah sebab si suami pandai berlakon kan..Niat rakan aku untuk menyambung pelajaran pun tak disokong malah si suami seakan cemburu dengan isterinya.Tak mahu isteri lebih dari suami sedangkan memang dah lebih pun dalam segala hal. Aku tak faham apa sebenarnya yang si suami mahu dari isteri? Apa motif dia kahwin dengan rakan aku?

"Kenapa tak mintak cerai?" itu saja soalan aku buat si rakan..dia kata dah beberapa kali pergi kaunseling, tapi si suami tak nak ikut sekali. Ustaz pulak tak habis-habis suruh berdamai. Suaminya juga tak nak lepaskan dia. Sekarang dah lama tak dengar cerita dari dia. Entah apa yang berlaku..Aku ada nasihat suruh dia pergi berubat tapi dia kata tak percaya dengan bomoh. Kalau tak percaya dengan bomoh sekalipun, pergi cari ustaz yang pandai..Dia kena tolong diri dia dulu kalau nak hidup bahagia..

Benarlah perkahwinan itu satu percaturan. Kalau dapat jodoh yang betul, bahagialah kita..Apakah hidup rakan aku nie suratan atau takdir? Dia kahwin dengan lelaki yang dia cinta dengan harapan bahagia tetapi dimana silapnya? manalah dia tahu sikap si suami begitu? Kalau tahu tentu saja tak ingin bersuamikan lelaki itu..Siapa yang sakit sebenarnya? Suami atau isteri?