Asyik entry makanan je muncul. Patutkah aku tukar blog ni kepada blog masakan ye?haha
Dah lama sebenarnya nak buat samperit susu. Tapi dok bertagak dari sehari ke sehari, sebulan ke sebulan sampai makan tahun tak terbuat. Bila tengah semangat memasak dan projek melayer perut berleluasa dengan jaya, haruslah menyelit resepi riang ria dihari raya. Nak kata pre raya pun awal sangat, kuih raya cina macam tak patut. Katanya kuih samperit ni kuih traditional melayu kan!
Sebelum ni masa raya ada beberapa kali aku buat samperit. Yang original tu la. Resepi pun berbeza sebab guna campuran tepung dua tiga jenis. Samperit susu kira 1st time. Resepi mudah cuma guna tepung jagung sahaja. Bahan pun tak banyak. Dengan modal lebih kurang RM10, boleh dapat 150 biji plus. Sedap dan menjadi pulak tu.
Let's check the bahan-bahan.ngehngeh
1 ketul buttercups, 1/2 tin susu pekat, 600gm tepung jagung, ceri untuk hiasan. Satu lagi esen vanila lupa nak snap, untuk efek wangi je pun, tak letak takpa kot.
Caranya biar aku taip. Nak tangkap gambar step by step dengan tangan bersalut tepung memang kerja gilalah. Mula-mula kacau sebati butter dengan susu pekat. Tak payah kembang sangat. Katanya kalau putar lama nanti akan berkumpul angin, bila bakar biskut akan mengembang. Kalau salah tolong betulkan.
After that masuk esen dan sedikit demi sedikit tepung jagung hingga bentuk doh samperit. Yang ni pepandai agak jangan keras sangat, lembut sangat pun macam mana nak bentuk kelopak bunga. Rasanya tak sampai 600gm tepung aku guna. Aku main campak je tak timbang. Tapi boleh agak kan kalau masuk tepung sikit-sikit.
Dah boleh masuk acuan samperit, tekan dalam dulang yang dilancer marjerin, letak ceri pastu bakar. Mula nak tekan memang senang, dah lama nanti doh jadi keras sikit. Kalau jadi macam tu, tambah je marjerin sikit dalam doh supaya mudah nak mempaipkannya. Betul ke bahasa aku ni! Bakar suhu ikut oven memasinglah ye..
Yang paling heaven, keluar je oven boleh terus ngap. Rangup dan cair di mulut. Aduh sedapnya dapat makan masa tengah panas tu. Sedulang dua dulang pertama habis dikerjakan Afia dan abahnya. Padan je Aiman sekolah. Kalau tidak setengah adunan harus selesai.
Pun begitu aku dah asingkan mana kelopak yang agak lawa sikit. En suami yang tengah makan tanya juga, sedulang takkan dapat banyak ni je? Yang lawa dah simpan untuk tangkap gambar ye.muahaha...
Belum mula membakar lagi Afia dah adjust oven aku. Masa bila dia pi pusing api atas sahaja aku pun tak perasan. Patutlah tengok atas dah berubah warna, bawah belum. Dah tu asyik mintak nak makan ceri dan doh yang belum bakar tu. Notty sungguh cik pia!
Tolak yang selamat masuk perut, dapat la sebalang. Ni pun sepetang dah tinggal 1/3 balang. Esoknya terus sodaqollah.hehe..Samperit ni tak boleh berhenti punya kalau dah start makan. Memang sedap sangat ok! En suami kata bulan puasa nanti buat banyak sikit. Raya nanti kita beli 20bijik buttercups buat samperit.hakhak..
26 comments:
napak sedap
cara buat pun sng! :)
Susu tu kena cmpur air x?
tak payah chot.klu kena boh air mesti sy nyatakan dlm resepi..
yaaaAllah mmg nampak sedap wei ..awat la hang ni rajin sgt baking2 ni ..kagum betui aku .....
wehh, rajin sungguh mu memasak. cadangan nama blog baru; Dari Dapur Puan Kutu :p
alamak aihh sedap..macam raya pula kan
pk apakah ini.nk sambut raya juga ke..
alahai..mg sedap semperit susu..
lembut aje..
rajin pk update saya lemau la..
nk menaip tu haaa.. slow benor jari jemari ni
Semperit oii..sedapnya..lama giler tak buat.. sy rasa last buat lebih kurang 7-8.tahun lepas..tu pun tolong² mak kawan je..
Untung buat luar bulan ramadhan... Boleh terus ngap!
Ai biskut sempena raya ke ni? Haa.. tak payah la tukar nama blog.. kalau nati xda mood buat entry makanan, jadi tak oayah tukar lagi sekali.. haha. Kan?
Nampak sedap sangat tu PK.. napw rajin sangat ni... kalau musim xda banyak biskut ni agaknya sekali hadap je abis satu balang licin.
Rajinnya buat.. Dah sedap macam ni, bulan puasa nanti, kenalah buat lebih kan ;)
Sedapnya! Kalau lah berjiran... Boleh la dpt sepinggan kan? Nnti saya balas dgn benda yg beli punya. Tak pun... Minta wan atau anti masakkan ;)
sedapnya... eija suka jugak... femes samperit susu ni raya tahun lalu kan.. sempat jamah yg biras eija buat.... boleh la cuba raya nnt kalo rajin weheee
Amboi, cita2 nak beli 20 ketul butter cup utk raya tu mmg wajar dipuji. Boleh berniaga terus pK.
Nak berniaga kuih semperit susu ke raya ni? Tempah satu *_*
Kalau dah namanya PK semua pun nampak senang tapi time kita nak membuatnya takda pulak terasa senang macam ni.
Untunglah ada kaki-kaki makan kat rumah tu. Takdalah kecik-kecik hati dah penat membaking, mencooking bagaikan.
Tak tension ke PK belum siap sepenuhnya dan sedulang dua habis dimakan abahnya dan Cik Pia. Kalau saya tu, memang tension. Peluh tak keluar lagi mereka dah habiskan hasil ciptaan kita tau!
nampak gebus je
Resipi yg sangat mudah...Buat pun mudah...Dah cuba buat mmg menjadi...
Nk tanya klau butter tu ditukar kepada marjerin sedap x
sy dh Cuba resepi ni
sy dh Cuba resepi ni
sy Cuba resepi ni
wah sedapnyeee.. boleh tak aku minta 1 je
Salam nak kena rehatkan dlm peti ais dlm 10 min dak doh tu sblm tekan?
Sy tak rehatkan terus tekan je
Sedap aje rasanya..cuba dengan marjerin pelangi tgok..
Huhu, masa berpantang ni pulalah nampak kuih sedap-sedap! ;)
Post a Comment