Mula dibuka pada 11.9.2015, aku baru je tahu beberapa hari ni. Ni pun opismate yang bagi info. Bas je dah bertahun tak naik kan..Takat ETS tu tahulah, yang komuter ni tobat tak tau.
Aku punya teruja tahu yang SP pun ada perkhidmatan komuter, dan dan google cari maklumat terus wasap jadual perjalanan ke en suami. Bukan apa, dah berhasrat nak bawa anaknda berdua rasai pengalaman naik komuter. Nak tunggu abah depa bawak pi KL tu taktau bila la kan.hehe..
Aiman kira bertuah juga masa dok Johor dulu dia dah pernah rasai pengalaman naik bas, keretapi, komuter dan lrt. Tu pun mungkin dia dah lupa sebab masa tu kecik lagi. Yang Afia ni je kalau tak bawa memang tak merasa kot. Naik bas je tak pernah.huhu..
Perkhidmatan ni aku rasa antara pilihan yang sangat efisyen buat yang berulang alik ke tempat kerja setiap hari. Harga pun berganda murah dari bas. Yang penting no traffic jam. Boleh relex lagi dalam train baca buku bukak facebook update blog sapa takmau.
Harga tiket Sungai Petani ke Butterworth baru RM 3.60. Warga emas dan kanak-kanak bawah 4 tahun less 50%. Murah sangat kan..Nanti ibu abah bawa Aiman Afia naik komuter ya! Lagi best sebenarnya kalau plan terus jalan-jalan naik feri naik bas ke Penang mengimbau kenangan zaman ibu abah bercinta.hehe
Jom kita pakat naik!
15 comments:
kat jb ade lrt ye, untungla aiman ;)
kl la wak..bukan jb..maksud sy masa dok jb dulu..penah nek komuter..tp kt kl la.tu pun amik ibu kusus kt sana.klu tak memang tak merasa.huhu
Acik kalau teringin naik komuter pi kl tunggu anak2 ada dia temankan..kalau dgn ayah nya aje anak2 tak bagi..risau dia orang nak lepas kan mak ayah nya dah tua kan
ada masa nanti bolehlah naik komuter ke penang. jln2 makan angin..
JB mana ada LRT. Kalau Singapore adalah hihi...
Baru dlm perancangan nak buat tapi tak tahu kesudahannya... tengok ekonomi kita sekarang ni pun dah macam jerebu aje..
best la kan..
murah jugak tiket tu..
nti update ye..
Belum pernah bawa anak-anak naik LRT..good idea tu.
Senang la...harga murah
dh lama juga x naik LRT...
salam kenal.
saya bernasib sebab berpeluang naik keretapi injin wap atau masa itu dikenali sebagai keretapi kepala hitam...
salam kenal,
saya bernasib baik sebab sempat melalui zaman menaiki keretapi wap atau lebih dikenali keretapi kepala hitam...
amboi...bestnya...kita kat muadzam ni bas pun macam nak roboh kak..hehe.. sampai student uniten ni kecoh tanya, biar betul nak p kuantan naik bas gini..bukan dekat..
wowwww...
pantai timur bila nak ada??
Jangan kan Pia, mak kat KL ni pun jarang naik....Memang murah tp kekadang stesyen dia jauh dpd tempat yg nak dituju....Naik keta jugak convinence walaupun jem
Haha.. sama macam luahan nazif ni.. nak naik lrt komuter, setakat ni mmg dia tak pernah naik lagi.. kat utara dah ada tu moga kurangkan jam yang ada ya.. agak jam kat sana kan.. sesekali masuk penang tu..
Eh, kita pun ada niat tau nak naik ETS, komuter, LRT dan seangkatan dengannya bawa anak-anak merasai pengalaman. Sebenarnya, Mommy mereka ni sampai la ni naik keretapi pun tak pernah, PK ^_^
Saya tak tahu pun kat belah utara ada komuter. ETS tu taulah sebab kawan saya selalu guna servis sebab nak melawat boyfriendnya di Penang. Saya pun ingat nak juga naik ETS pi Padang Besar tapi bila jalan jauh dengan anak-anak dan takda kenderaan sendiri nak ke hulu hilir ni rasa macam patah kaki pulak!
Post a Comment