Kisah Jumaat lepas. Memang dah lama plan nak kena mee udang Pulau Sayak tapi asyik tak berjodoh ke sana. Ada saja halangan menimpa, padahal dari rumah tak jauh mana pun, kurang sejam je kot. Ni pun mulanya memang nak cari kedai area SP ni je. Lagi dok fikir lokasinya jauh sikit pastu dengan keadaan jerebu ni sama kan.
Bambam suka pestime ibu dendankan rambut dia. Mau pulak dok diam bila nak buat rambut adik miaw.hehe..
Setelah buntu sangat mencari port makan, finally kami ke Usop Mee Udang Pulau Sayak.
Kami pilih port berdekatan dengan laut. Walaupun cuaca masih jerebu, terasa segar je udara saat angin bertiup sepoi bahasa.hehe..Aiman Afia nampak enjoy melawat kawasan sebelum order sampai.
Air dah sampai..kita basahkan tekak dulu pastu kita sambung wefie.hakhak..
Cukup-cukup la wey dah menyampah orang tengok muka serius hang tu.haha. Tadaa..makanan dah sampai.
Model makan-makan ibu macam biasa la jadi mangsa.huhu
En suami dan Aiman order 3 nasi putih untuk makan dengan masakan udang dan telur dadar. Mee kosong ni aku punya, RM3.50. Memang request kosong tanpa udang. Untuk makluman harga mee udang semangkuk RM 9, special RM12.
Ni la sebabnya mintak mee kosong. Kami order sekilo udang, RM 70. 1/2 kg udang goreng kunyit,1/2 kg lagi buat masak pedas. Nah makan sampai pitam.
Oleh sebab lunch tak makan, Alhamdulillah selesai semua tak payah tapau bawa balik.
Secara keseluruhannya benar kata kawan aku mee udang dia biasa-biasa saja tak ada pun sedap mana. Sebab udang tu je kot yang special dan famousnya Pulau Sayak ni. Pada aku mee udang aku masak lagi berganda sedap.hahaha...
Udang goreng kunyit dia memang sedap. Masak pedas tu en suami kata sedap, bagi aku biasa saja. Apa pun kami puas hati dari segi servis layanan, harga dan rasa. Nanti Insyaallah nak bawa mak abah datang sini.
Rm70 untuk 1kg udang laut memang berpatutan sangat. Really recommended, kedai dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 12 malam. Kalau datang Sg Petani jangan lupa singgah Usop ok! Ada dua buah lagi kedai mee udang berdekatan tapi orang kata Usop ni terbaik.
Alang-alang dah sampai sini, selesai makan jom kita ke Pantai Merdeka. Nanti sambung aktiviti santai kat sana.
8 comments:
dh lama x jenguk panntai merdeka..
rindunya..
besau besau gak udangnya.. sekilo 70 oke sngt la tu, kan. .
seronokkan bila dpt selesaikan kesemuanya..
Wah.. sedapnya tu dapat makan puas2 udang 1kg tu. Tengok gambar pun dah teruja ni PK.. mujur tak ada isi ni, kalau x.. naya ni.. ai, mee udang sedniri buat lagi sedap ya??kena g ke rumah PK ni lain kali..bawang udang sekilo mitak PK masakkan..
rindu kt pantai merdeka mmg lama sngt tk pi sana, kalau balik kmpong pun hanya sempt melawat family ja tk sempt nk picnic besttt tu PK
Sesi makan2. Sedap.
Udang besaq ke PK......Namoak gemuk gemuk tu. Kalau kat luaq bape sekilo udang besaq tu agaknya....kira Rm70 henggit siap masak mmg berbaloi sangatlah ek....
Ni barulah betul puas hati...makan udang Pulau Sayak
yummsss..
meriahnya udang.. mmg puas hati makan ni
Terliur tau tengok udang sekilo tu! Saya pencinta udang. Masaklah apa sahaja janji ada udang, memang udanglah saya rebutkan dulu. Saya ni bila tengok orang tulis tentang tempat makan best bukan main take note. Manalah tau kalau tersampai ke tempat tu, bolehlah pekena sekali. Tapi selalunya, bila dah sampai, lupa nak makan kat mana! Itulah yang berlaku masa ke Terengganu baru-baru ni. Langsung tak makan apa pun di KT. Sadis betullah!
Eh, Eh! Lupa nak komen! Tebal betul jerebu masa tu ya. Gigi air pun tak nampak. Pantai pun nampak putih jerk dari tempat makan!
Post a Comment