Pixajoy

Wednesday, October 14, 2015

Home » DIY Kitchen Set Untuk Afia

DIY Kitchen Set Untuk Afia



Zaman menuntut sifat berjimat cermat penuh berhemat sekarang ni apa kata kita DIY saja toys anak. Nak beli mau beratus kan. Paling murah pun set dapur macam ni harga mau above RM 50. Boleh beli 10kg beras apa. Tu dia dok buat teruk.hahaha..

Bila kita DIY, selain jimat boleh la tunjuk skill bertukang sikit pada anak. Kembang kempis kempos lubang hidung bila anak kata cantik. Pastu saja la pun share hasilnya di group facebook buat memberi inspirasi pada ibu bapa lain. Tak sangka pulak hasil yang tak seberapa disukai ramai. Siap ada yang pm minta tunjukkan cara buat pastu tanya berapa perlu bayar untuk ajar. Over sangat ehh setakat kabinet dapur bodo camni je pun.hakhak


Semua dibuat menggunakan bahan sedia ada kat rumah. Aku cuma beli penyangkut yang melekat kat dinding tu, mangkuk steel untuk singki kat kedai RM2 dan kertas warna purple tiga keping harganya 90sen sekeping.


Semua berasakan kotak. Kotak segitiga aku terbalikkan bontot dia keatas pastu bahagikan kepada dua bahagian. Sebelah buat dapur dan sebelah lagi untuk singki. Tungku masak guna CD, button pakai penutup storage bottle ebm.


Langsir tingkap dan semua penggunaan kain aku guna kain sarung bantal Afia yang dulu aku pernah up entry masa pregnant nak jahit tapi tak dibenarkan oleh mak pak mertua tersayang due tu pantang larang orang pregnant katanya. Dah lama terbiar sepi sampai kesudah tak jadi sarung bantal. Menantu solehah haruslah mendengar kata walaupun tak setuju.huhu..

Oh ye meja hujung tu bukan kotak tapi storage box yang diletakkan papan atasnya, boleh dwifungsi sebagai meja menulis juga.


Anaknda Afia dengan penuh gembira request baju cantik semata nak posing dengan dapur baru. This is Afia's Kitchen begitu kot lebih kurang dialog berdasarkan cara pose.haha


Tersenyum puas dapat kitchen set hasil tangan ibu. Main cermat ye nak tak mau jahanamkan penat tau ibu buat.








14 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips

alahai rajinnya PK buat set dapur tu
ingatkan beli tadi
mesti seronok anakanda tu bermain dan mudahan jadi masterchef suatu hari nanti

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

wow. curlass ibu..
camtik la pk..
guna baramg terpakai :) bergnda ganda jimatnya

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Rm50 dapat 2kg beras? Ini level tinggi dari moghul basmathi faiza ni.. canggih..

Tumpang jeles jelah kami yang tak dak anak pompuan ni ya.. eh. Macam ada orang pesan suh proses baby girl dulu haritu.. haha.. kemain cheq na?

Tapi serius cakap, idea dapur budak2 ni memanh menarikla.. kagumla kalau PK buat sdri benda2 ni.. nampak kesungguhan kat situ weh.. ni kalau main ramai2 lagi best tau. Cer tambah adik pompuan utk cik pia....

Umialya said... Best Blogger Tips

Akak anak2 dah ramaipun tak pernah terfikir nak wat sendiri, alasan sibuk.. (konon jerlah, nak ngaku x reti, segan...)

Wak Lat said... Best Blogger Tips

rajinnyer makk aifa buat kitchen.,

"Tungku masak guna CD", tu yang tak menahan., very der kreatipp ;p

makchaq said... Best Blogger Tips

Memang kreatif la mak Afia ni....
Makchaq masa anak kecik2 pun suka buat benda2 macam ni..tapi tak.la big scale macam afia punya ni...

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

singgah jennguk pk ?
dh tidur ke..hikhihik

pk, mau nya rania x tidur masa pic tu diambil. kalau pk nak tau, masa pic tu diambil jam dh menunjukkan jam 105 pagi.. hihihi
mak mak jdi kerja kan
zahra x lena sbb tunggu mama dia balik :)

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Salah la sepatutnya dua peket beras.
Adoii kita kena balik..klu cmtu jom sama2 buat anak.hahaha

Elya Roza said... Best Blogger Tips

alahai comel nye dapur tuk si kecik

OKje said... Best Blogger Tips

Masyaallahlah......haibat bak hang hihi....
Suka statement hang PK....tak setuju dgn pak mertua tp patuh kekdahnya hihi.....mmg menantu solehah ni, tak jadi nak jadi menantu hantu haha....

Weyh PK......tp cantiklah jadinya....suka pulak mak tengok . Rasa dan dan ni nak main masak masak dgn Cik Pea kat situ pulak hihi.....

neesa_jun said... Best Blogger Tips

Waaaa....kreatifnya PK ..btuah afia...ni nt leh blaja kemas2 dapur..biar cantik..biar rapi...

LydSunshine said... Best Blogger Tips

PK! Kretifnya!! Tersembul biji mata tgk hasil kerja seni PK ni. Mmg mengkagumkan. Nk buat juga untuk Luth, tapi ntah le bila. hehe.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ni memang kreatif gilalah, PK! Tak pernah pun terfikir mak-mak nak buatkan kitchen untuk anak-anak gegirl mereka macam PK buat ni. Walaupun katanya guna bahan apa adanya, cantik pada pandangan mata saya. Sebab itulah ramai yang bertanya. Rugi kalau membeli dah kalau buat sendiri pun cantik macam ni. Respek betullah!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

yeay jumpa juge.. jeng jeng..