Pixajoy

Sunday, October 11, 2015

Home » Misi Mencari Cendol Member

Misi Mencari Cendol Member



Kalau ke Pahang kompem kena cari cendol dekat bandar Pekan. Petangnya semua terbungkang tidur kepenatan perjalanan lebih kurang 4 jam dari Johor. Jadi lewat kami keluar cari cendol hari tu.

Dalam kereta Afia beramah mesra sungguh dengan Adik Mia (Afia sebut Mia sebagai miaw dah serupa bunyi cat.haha..). Dari SP lagi dok sebut baby Miaw je. Rindu sangat dengan Adik Mia dia.

Geramnya dekat Adik Miaw

Mia yang suka tampar muka orang. Kak pia kena tampar sedas padan muka.haha..

Siapalah tak geram kat budak comel ni

Memang tak rezeki elok kami sampai Cendol Member pun blah. Dah habis la kisahnya. Yang ada cendol mamak apa ke nama tak ingat dah aku. Belasah je la!




Emm bolehlah buat melepas haus. Cendol pun tak nampak bayang, kuah semata dia paw kami RM2 semangkuk cendol kosong. Padahal Cendol Member RM 1.50 je semangkuk lagi sedap. 

Esoknya ingat boleh la kena cendol member, sekali abah ubah plan nak balik awal. Kempunan la nak rasa cendol member. Sebelum ni pernah benerapa kali kami makan cendol lain walaupun area kawasan sama. Ehh takdelah sampai kempunan. Cendol SP lagi sedap kot!






8 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. pasti comel sebutan cik pia utk sepupunya tu.. mia miawwww.. haha. Macam budak berdua ni sampai sekarang masih sebut unken joy.. pakcik lain elok je sebut uncle..entahla.. agknya dia ingat kena panggil gitu untuk pakcik tu..
Tapi memang comel betul dak mia ni..
Uniknya nama kedai cendol tu.. haha..sayang tak buka pula pada masa tu ya.. kena pergi lagi tu nampaknya.

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

nanti boleh datang lagi PK...cendol pun dah mahal yer..

eima said... Best Blogger Tips

tepi sungai pahang le ni kan ..aku rajin juga singgih sini klu balik pahang nu .....
jauhnye korang berjalan ni .....

Nora Karim said... Best Blogger Tips

mia tu mmg comei la... kakak pia ece kakak tu, control ayu kena tampar sedas dua.. heheheh

sedapnya cendol!!!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pk suka makan cendol ke?
nanti kalau ada rezeki blh la bg cendol mak sayya buat. tapi kena bancuh sndiri la. mak just buat cendol j. hihihi.. ntah bila dpt jumpa x tau la..

.alolo ka pia kena sedas dgn mia nangis tak pk ? saya kalau kena sedas dgn rania blh tahan pedihnya..
smalam tgh dok ralit main ntah mcm mana rania terbaling mainan mesin cashier atas kepala saya. sbb saya mmblkngkan rania. rania pulak dok atas sofa.mmg sodap la.hri ni bru terasa sakitnya..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Baby Mia ni anak sapa PK?
Okje baru makan cendol hari tu. Tp tengok org makan cendol, udah teringin lagi hihi....
Mak mertua PK umur berapa eh? Nampak muda lagi...50 lebih eh

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@hainom OKje

Ank adik ipar..adk en suami yg no dua

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Dok membayangkan macamanalah suara Cik Pia bila panggil sepupunya tu ya! Macam panggil kucing manja-manja gitu gamaknya. Oh, namanya memang Cendol Member ke? Ingatkan tadi nak pergi makan cendol member PK ^_^