Pixajoy

Thursday, October 08, 2015

Home » Johor Day 2 : Kenduri

Johor Day 2 : Kenduri



Kebetulan balik Johor ada kenduri saudara dekat Felda Bukit Easter. Sementara tunggu en suami abah dan Pak Usu keluar beli breakfast kami kat rumah dah siap-siap nak ke kenduri. Aku keluarkan beg mekap saja suka-suka mekapkan anak-anak dara Pak Usu. Pastu siap ajak photoshoot kat luar lagi. Depa pun suka tau melayankan meroyan kaklong depa ni.hahaha...

Ain dan Arina

Ni lagi satu sejak dua menjak ni meroyan wefie gak. Tang kening memang fail, rasa pelik je kalau muka aku lukis kening. Kening Arina pun aku bantai conteng.


Dah kenyang sarapan roti canai dua keping kami bertolak ke kenduri. Afia buat perangai sungguh kat rumah pengantin. Mintak dukung saja pecah peluh ibu. Aiman dan Pak Ngah Rakinnya dok kehulu kehilir main sakan tak ingat makan. Tak berapa selera sangat kena nasi kenduri mungkin sebab cuaca panas. Anak pulak buat perangai lagi la tak feel nak makan.

Baru sampai dah merap minta maktok dukung.

Rugi pakaikan baju lawa-lawa dia kira buat peel ja cik pia ni.

Ni jakun sangat ingatkan tengok apa rupanya semut je pun. Kat kedah pun banyak semut anak oi.haha..


Layan live band kenduri. Kata MIL bapak pengantin pun ada live band sendiri.

Pak Ngah yang jadi guide lokasi rumah pengantin. Beberapa kali salah jalan tau masa datang.huhu

Pak Usu suami isteri.

Ain request naik kereta dengan kami. Jenuh la Mak Long Ain melayan si bambam. Masa balik mengekek ketawa dua beranak main geletek-geletek.

Mesra walaupun pertama kali jumpa.


Balik kenduri singgah kejap melawat Tok Chik (adik aruah nenek). Tok Chik jamu epok-epok sedap pastu ada aiskrim Malaysia suka la bebudak ni. Nak ke rumah saudara lagi satu beliau tak ada kat rumah.




Malamnya aku tak kemana-mana. Mak abah en suami je pergi rumah saudara berdekatan. Plan nak ke tempat kerja lama aku jumpa kawan-kawan tak jadi dah depa semua tak ada rumah. Krisis air kan teruk dekat Johor. Mujur dapat jumpa sorang ex opismate tu pun depa datang Punggai.

Rumah Pak Usu sama juga air takda. Fikirkan air tadahan pun makin susut kami ubah plan balik awal. Malam tu abah mak balik bawak rezeki ketam dan lobster fresh dapat dari saudara yang pergi melawat tadi tu. Buat rebus je makan reramai kat beranda fuh manis sedap betul isinya. Suka Afia makan ketam. Gambar tak ingat dah aku nak snap.

Pagi esoknya kami bertolak pula ke rumah adik ipar aku kat Pahang. Bersambung lagi. Jenuh la angpa nak hadap cerita balik kampung aku ni.hehe..







6 comments:

nasa mulia said... Best Blogger Tips

tu dia...sekali ada can bercuti, jalan sakan melawat sedara mara....bestkan gitu.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sakan nya leps ke pahang pulak ye..
alang alang kan.
wah dapnya mkn ketam n lobster fresh, kan ?

alahai nape cik pia meragam.. panas sama kot pk.
suka main geletek2 le tu. hihihi..

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Takda jenuh pon baca entry balik kampung..suka lagi ada. Pasal semut tu, agak saiz semut kat kedah n johor tak sama,kot?..hihi

Nora Karim said... Best Blogger Tips

cik pia takut org tak kenal kot? sebab tu dia nak berdukung je dak? hehehe sekali sekala blk kampung mmg banyak la entri blk kampungkan.. heheheh

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Pandai cik pia makan ais krim, tak nampak kotor baju pun.. bagusnya gitu.. takla ibu kena sental baju putih tu ya? Lawa sakan semua bergaya hari tu ya.

Ish..ketam dan lobster fresh tu, baca pun terbayang sedapnya. Belum ada gambar lagi tu.. best la korang makan ya..

Percaya weh..bab peluh ketiak dukung pia tu. Nazif pun sepesen, kalau keluar asyik nak berdukung je. Dah la berat dah 12kg..adoi memang sado lengan mama jadinya.

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Pelik pulak bila dengar orang mention epok-epok. Sejak duduk KL ni panggil karipap jerk ^_^ Sesekali balik kampung di Johor, mestilah panjang berjela cerita nak dikongsikan, PK.

Wah, bukan main lagi sejak terjangkit MakJilap ni yerk! Kejap, kejap selfie. Taulah kulit dah berseri gitu ^_^