Pixajoy

Wednesday, October 21, 2015

Home » Ajar Anak Kenal Bentuk Dan Warna

Ajar Anak Kenal Bentuk Dan Warna



Eh macam mana nak mula ye. Tajuk entry punya skema berat.haha..Budak sebaya macam Afia ni dia bukan boleh kita ajar cara akademik duduk dekat meja, ni segitiga..warna dia biru..ni pulak bulat..ni hati..kalau ye pun dia nak ada la dalam seminit pastu dia lari buat hal sendiri. Ibu dia pulak yang makan hati.haha..

Learning should be in a fun way. Depa belajaq dengan bermain, dengan persekitaran..dengan kehidupan harian. Waktu kita bersama, kita la yang kena main peranan bagi otak depa berhubung. "Pia..take ur blue ball" " the window is a rectangle" "look at the car, its red in colour..Haa cenggitu..semua pun tahu kan. Padahal kalau aku cakap mesti aku gabung melayu english. Kadang-kadang takdan atuq ayat. Dah tak berapa nak pandai omputih ni.hehe.

Tabiat aku ni kan..aku memang suka simpan segala khazanah macam kotak, kertas keras yang melekat kat mainan anak-anak pastu kalander lama, segala benda yang aku rasa boleh berguna one day. Sekarang tengah mood gembira dan bersemangat homeshool anak macam-macam la aku buat dengan benda ni semua. Doakan aku istiqomah je la.huhu..

Kalander lama dah jadi aksesori aku lekat shapes pastu aku letak kat meja. Biaq je dia tengok hari-hari benda ni sesambil dok depan TV tunjuk bentuk dan sebut warna satu dua. Kalau tak pun dah dok nampak selalu, nanti tup- tup bambam belajar sendiri la kot. Dia punya kertas yang haribulan aku dah balut kertas warna dan buat 1 2 3 flashcards pun.

Usia macam ni depa suka main..so ibu terfikir buat train shapes puzzle. Mula-mula dulu memang ingat nak belikan je Afia wooden puzzle..tapi fikirkan kemut aku guna kotak kasut tebal dengan kertas keras kt mainan buat puzzle. Jimat dah dua puluh ringgit.hahaha

Pagi tu sejurus benda ni siap, Afia bangun bersemangat nak siapkan shapes puzzle dia. Jom kita tengok aksi bambam dengan rambut menggerbang Kak Limah. Speck mata doktor tak tinggal.haha..






Alhamdulillah dia mau siapkan puzzle ni sampai habis. Masuk kali kedua ibu nak rakam tak nak dah dia buat..dah jadi sibuk nak tengok kamera pulak. Ibu jauhkan hp minta dia buat lagi tapi tetap tak minat. Mula-mula terasa jugak..penat kot ibu buat menatang ni makan seminggu baru siap, takkan main sekali je.

Bila fikir balik budak besar ni mana boleh bagi konsentrasi lama-lama. Kalau dia tak minat cuba je lain kali. Benda mengajar ni memang kena repeat. Takkan nak espect sekali buat dia dah terus tahu bentuk dan warna. Malam tadi guess what Afia sendiri ambil puzzle ni dan sebut.. bu..bu..dok..jom wat..

Bersinar-sinar bijik mata ibu sampai suruh abang Aiman hold sekejap mengaji ibu nak layan Afia buat puzzle dia. Kali kedua dia main nampak perubahan..nak pulak lekat elok-elok takmau senget langsung bentuk-bentuk tu. Kali pertama buat dia letak tempat betul tapi tak peduli dah tak masuk garisan ke tak. Ohh tetiba rasa berbaloi ibu buat puzzle ni..ke sebab dia dengki ibu dok ajaq abang Aiman. Selalunya macam tu..Time nak ajar abang time tu la demand nenen la apa la.huhu..









8 comments:

Bunda_nora said... Best Blogger Tips

Zarif pun suka belajar macsm ni...lagi satu dia suka dengar cerita...selalu gak beli buku cerita kanak2 n bacakan dia...

Pandai dah anak dara tu yer...tekun nampak...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

setuju PK, memang kena wujudkan persekitaran yang seronok untuk mengajar anak di rumah.. bahkan di sekolah sekali pun, namun kalau kat sekolah tu banyak kekangannya..

dah berkesan nampaknya kaedah-kaedah yang PK pilih untuk pia ni.. nampak semangat dia nak buat tu..

Zie Azi said... Best Blogger Tips

comel spek mata dia,
creative kalender lama jadi bahan belajar anak2..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Dah namanya ibu mithali, mmg cenggitulah pe'elnya....kreatif tak hingat haha....

Nasib mak tak de anak kecik lagi, kalau tidak, mmg banyak masa weyh buat benda gitu, boleh le tiru hihi

SalbiahM said... Best Blogger Tips

kreatif guna bahan terpakai..jimat kos dan go green jugak

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

best best
sama dgn saya suka nyimpn benda mcm pk sebut tu. hikhik.
nti blh la buat dkt rania
tenkiu pk

LYAfrina said... Best Blogger Tips

makin bijak lah afia

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Bab dengki mendengki ni adakalanya bagus juga tau, PK. Macam anak-anak saya, selalunya si kecil tu yang paling hasad dengki. Kalau dia nampak abangnya solat, cepat-cepat dia berebut nak ambil wuduk dan solat sama. Kalau kita ajar abangnya, dia pun cepat-cepatlah keluarkan buku dan pensel warna nak mewarna sama, cikgu suruh buat homework katanya!