Lepas family outing last week jenuh memikir mana nak makan. Dah la hujan pastu Afia tidur dalam kereta, ikut hati nak terus balik. Tapi lapar la pulak kan takat makan donut dengan popcorn dalam panggung.
Teringat pulak Restoren Nurul Ikan Bakar, kes tergoda tengok cik husna post dekat Instagram, alang-alang dah termasuk dalam future list, kami pun kesana buat pertama kali. Besar dan bersih restorennya. Paling penting kawasan larangan merokok. Masa kami sampai tak ramai pulak orang jadi cepat je order sampai.
Anak bujang buat perangai tak bagi kerjasama jadi model.
Terpaksa ambil lokasi duduk bersila untuk senang baringkan Afia. Dari mula sampai habis makan anak dara tak jaga, letih sangat nampaknya. Aiman bukan ngantok tapi protes ibu snap gambar dia.hehe
Aku yang jarang order air nak juga rasa air yang katanya special sangat. Order epal asam boi tak ada jadi tukar tembikai laici, en suami karot susu dan Aiman laici buah.
Total air RM 10.00
Dah malam kan so order menu ringkas saja. En suami Nasi Goreng Nurul Special RM 8.90, Aiman Nasi Goreng Pataya dan ibu Mi Tomyam masing-masing RM 6.50.
Nasi goreng biasa-biasa saja kata en suami. Udang goreng tepung tu sedap, sotong kuah tak kena selera tekak. Tomyam dia wah memang aku puji sedap sangat.
Next time kena datang makan nasi putih la kot baru best. Tomyam dia wajib order kalau repeat makan sini lagi, antara tomyam terbaik pernah aku makan tau. Oh ye lokasi restoren dekat tepi jalan kawasan Sungai Jagung. Ala jalan nak ke Giant tu kalau lalu dari Sungai Layar sebelah kiri. Aduh bab peta ni aku memang fail. Kalau nak pergi hangpa pi cari la kat facebook restoren kan senang.hahaha
12 comments:
3 air tu rm10 cikpuankutu? murah gak le tu...biase dah belas2...
tgk dari rupe mmg nampak menarik.... tomyam penuh isi tu ... susah nak cari kedai yg tomyam nye sedap.... yg tak pedas sgt, yg ori bukan pakai paste...kalo dah jumpe yg sedap mmg sanggup ulang tayang datang kan cikpuankutu.....
Kenapa pulak si bujang tu...moody jer...sebab takder geng kot...afia tido...
Dah lama tak minum karot susu....nak buat sendiri...malas...sedap yang buat kat kedai tu kann....hehe
Kat kedah ke ni?Nampak sedap tomyam tu....!!
tetiba aku lapo ..klu balik sp ni aku pi cr jugak la
tetiba aku lapo ..klu balik sp ni aku pi cr jugak la
tomyam..tengok foto pon tau kesedapannya..PK buat SB rasa lapar pepetang ni
Sedapnyaaaaa :)
ingat makan ikan bakar tadi..hehehe
Kenapa tak makan ikan bakar? hehe.
Nampak sini pun sedap tomyamnya.. patutla tokwan terliur tengok dan ajak dtaang makan kat sini juga..
cam giant je.
kalau p sp, blh la nyinggah rasa..
saya pon sama pk, kalau makan kat luaq mmg jrg jrg nk order air.. ntah.. x minat. lg satu sbb dh bawa air sndiri..
Ni kalau kata ada tomyam sedap kat SP, mahu HD sanggup drive balik hari ni! Suami kita tu kalau pergi makan kat mana pun, nak pekena tomyam. Nak main compare-compare tomyam mana the best. Setakat ni HD suka di Naili's. Of courselah restoran tu di KL. Kami tengah plan nak JJCM di kampung halamanlah PK. Entah menjadi ke tidak tak tahulah!
Post a Comment