Pixajoy

Tuesday, October 13, 2015

Home » Aiman & Hari Sukan Negara

Aiman & Hari Sukan Negara



Aiman bagitau Sabtu lepas kena sekolah tapi pakai baju sukan, tak bawa buku pun takpe. Tak tahu pulak rupanya hari tersebut hari sukan negara. Bila tanya balik pukul berapa dia kata tak tau. En suami call cikgu katanya pukul 12 dah boleh ambil anak. 

Aku macam biasa merempit dengan Afia pergi jemput Aiman. Cari punya cari batang hidung pun tak nampak. Hangin sungguh satu badan dah la panas, mood tak berapa baik dah satu hal nak pusing satu sekolah cari anak. Balik rumah bebal marah ke abah depa.hahaha...

Pukul 1 lebih macam tu en suami pulak pergi sekolah. Afia pun mengekor sama. Depa balik Aiman tetap tak ada, en suami dok buat lawak kata anak hilang la apa la, cik pia jugak pandai kata

"Abang Aiman men ball.."

Oh rupanya Aiman kena lawan bola. Pukul 4 baru balik kata en suami. Pukul 4 aku pergi nampak Aiman kat padang dengan bolanya dia conquer kemain macam dia wakil sekolah je.haha..Dah sebab tak boleh balik lagi, Afia pun tidur kat rumah aku tinggal, cepat-cepat aku minta Aiman jalan kaki ke abah dia je nanti. 

Sebelum nak blah ibu sempat minta Aiman posing. Bukan senang nak tengok anak bujang ibu berjersey sekolah dengan kasut bola lengkap macam ni kan.




Kata Aiman dia main 5 game tapi tak menang pun. Macamana nak menang kalau tak berlatih langsung. Ada Aiman bawa balik medal yang gantung kat kepala tu. Cikgu pun main tangkap muat je kot bagi hadiah. Medal lama rasanya siap tulis bola sepak yang bawah 7 tahun. Mana entah hilangnya medal malas ibu nak cari dan snap.hehe.

Petang tu nampak Aiman letih sangat, salin baju konon nak ke playground tapi sampai tertidur tak turun. Semangat kesukanan dan penglibatan tu penting. Kalah menang adat bertanding. Apa pun ibu tetap bangga dengan anak ibu.









8 comments:

makchaq said... Best Blogger Tips

Gaya dah macam pemain pro.... kalau minat elok hantaq pi berlatih....

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Betul semangat kena ada. Bagus Aiman ada semangat juang itu yg penting.
Kakak dari tiga anak yg sulung aje aktif dan menjadi wakil sana-sini.
Adik-adiknya semua tak pernah jadi wakil sekolah.

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

amboi abg aiman main bola..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

wah... ada gaya dahh tu abg aiman jadi pemain bola sepak... hehehehe

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah tak sangka hebat juga peminat JDT ni main bola.. haha, xmenang pun tak pe tau Aiman.. penyertaan dan semangat juang tu yang paling penting... sukalah ya Aiman hari sukan negara hari tu..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

betul tu smangat mau ada.
berhmgaya aiman :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Wahhhhh mcm Ronaldo ar....cara pijak bola tu hihi.... Ibu tengok anak hensem lengkap berjersi gitu dah hilang marah ke? Hihi....

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, ganasnya muka Aiman main bola! Tapi adalah ciri-ciri pemain kebangsaan tu, PK ^_^ Tak kisahlah menang kalah. Kalau menang, sengih kita pun lebih sikit kelebarannya. Kalau kalah pun banggalah jugakan anak pandai main bola bukan kaki bangku!