Pixajoy

Thursday, October 22, 2015

Home » Projek Cuti Jerebu

Projek Cuti Jerebu



Kisah semalam kebetulan ibu off, Aiman pun cuti jerebu so sehari suntuk kami habiskan masa melepak dalam rumah. Mulanya macam nak ajak bebudak ni projek kek, tapi dah gerun badan makin naik apa kata kita buat aktiviti homeshool sajalah.huhu..

Untuk Afia ibu minta dia masukkan straw ke dalam tali. Oleh sebab talinya besar, ibu potong straw besar yang cendol punya tu. Nampak macam mudah tapi  bagi bambam 2 tahun 5 bulan, aktiviti macam ni cukup adventure. So far ni satu-satunya aktiviti yang Afia kata susah. Berpeluh dia nak masukkan straw sampai berapa kali ubah posisi duduk. 

Tekun dan fokus jalankan aktiviti

Yang tak boleh blah tu ibu nak tunjuk cara bagi mudah dia punya berlagak tak nak ikut arahan, macam pandai sangat nak buat sendiri. Punya tinggi dia punya confident level ok.haha. Bagus tau aktiviti ni untuk perkembangan motor anak, untuk merangsang deria, juga untuk daya fokus dan mendidik sifat sabar.

Sesambil masukkan straw dia dok main masukkan dekat jari. Ni takda siapa ajar Afia punya kreativiti sendiri.

Kata nak buat rantai baru kalut sambung aktiviti. Dia tak nak masukkan habis semua straw pun tau. Takpelah janji Afia nak cuba..nampak kesungguhan dia. Ibu dah cukup puas hari dah, 1st try takkan nak espect dia terus terror. Practise makes perfect kan.

Untuk Abang Aiman memang ibu dah plan nak buat mask. Ikutkan mask ni ada templatenya kita boleh print, tapi yang ni ibu lukis sendiri je. Aiman bantu warnakan mask pilihan dia. 

Mask superhero batman.

Cik pia nampak abang sibuk mewarna dengan krayon dia pun sibuk sama menconteng.

Dah siap mask untuk abang..si adik pun demand nak topeng juga. Kena la ibu buat lagi satu. Tunjuk gambar mask ke Afia yang ibu screenshots..Afia pilih sendiri mask yang dia nak. Tada..siap dua topeng untuk anaknda Aiman Afia.

Bulu mata tu je ibu tambah nak bagi nampak girly sikit.hehe

Nah..ganas tak superhero ngan supergirl ibu ni.


Aktiviti malam macam biasa lepas solat dan mengaji ibu pantau abang Aiman buat buku latihan. Kebetulan Afia bawa ke depan yang polisterin putih ni terus ibu dapat idea buat another aktiviti untuk bambam. Cucuk lidi sate atas polisterin pastu minta Afia masukkan straw guna straw lubang yang lebih kecil. Ni aktiviti homeschool yang bagus juga untuk motor skill.

Berkesan rupanya guna cara ni. Afia suka sangat main sendiri. Dia dah tak ganggu ibu ajar abang.

Hari ni ibu kerja office hour, Aiman masih cuti. Ibu dah siap tinggalkan nota suruh buat buku latihan untuk elakkan dia bermaharajalela tengok TV sepanjang hari. Exam dah nak dekat kan.hehe...





14 comments:

SalbiahM said... Best Blogger Tips

suka..suka..kreatif la PK ni..takdelah anak mengadap TV n game je kalau tak sekolah kan.. jaga diri ye musim jerebu ni

cahayahidupku.blogspot.my said... Best Blogger Tips

Bagus idea PK..
Elok buat mereka berfikir dgn aktiviti yg diberi..
Semalam CH tak sihat lagi..
So sama ajer tido dgn anak2..
Suruh mereka baca buku susah juga..
Dah isnin ni dorang exam..
dah 4 hari cuti..
tak tahu apa merk nak buat..
kalau lepas exam boleh lah mrk buat aktiviti yg disukai..

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Bagusnya aktiviti homeschool ni...nak buat juga kat abg Pae.. hehe..
comel je tgk depa berdua.. semangat nak buat...menjadik plak tu..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Menariklah aktiviti masukkan tali ke dalam straw ni.. nak cuba juga lain kali.. biasanya straw buat baling je.. tak perasan boleh pulak guna untuk aktiviti macam ni.. memang menarik tu.. boleh juga guna sebagai set induksi masa dalam kelas nanti.. wah, macam-macam masuk dalam otak saya ni..elok sangat pengisian hari cuti jerebu aiman ni.. aplikasikan minat dia dengan kerja seni yang dia boleh pakai.. pun idea menarik juga..

Wak Lat said... Best Blogger Tips

bagusnyerr ;p

Wak Lat said... Best Blogger Tips

pengalaman mak kutu ni berguna utk gadis mcm ciksal nnti kalo ade anakkks ;p

eima said... Best Blogger Tips

bagus aktiviti ko ni wei .... afia pun nampak ralit dok main tu /.... tu la minggu exam ni kita yg lebih kalut ngan anak2 kan

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Sampai muncung-muncung mulut tu nampak benar dia punya khusyuk. Kakak bukan tengok sangat benda yg dibuat tapi tengok muka dia tu yg suka. Dah tak toleh org sibuk gambar dia buat tak tahu aje:)

Jejari gebus Afia tu kalau gigit sedap kan hihi...

Wa said... Best Blogger Tips

Rajin betul Aiman dan Afia..elok buat aktiviti bermaanfaat macam nikan dari tgok tv je

Qhaifa Nur said... Best Blogger Tips

Bagus la cara mcm ni..sgt kreatif
ank2 sure suka..

SalbiahM said... Best Blogger Tips

wah..namaku diser-seru

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

menarik..
suka sgt buat yg bukn ibu ajar. afia lg advance..
hihihi.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

bagus sgt2..
klo blh undur msa, rsa nk ulang smula n buat semua ni dgn asya.. ye la,,dulu2 xdelah terbuka sgt HS ni kan..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

PK memang kreatif tau! Kat mana belajar semua ni? Google ke apa ni? Rajin betul PK ni melayan anak-anak tau. Entah tang bila dia pi dapur memasak sedap-sedap pun tak tahulah! Kita ni balik kerja je rasa macam kena kejar dek masa. Tergopoh-gapah buat kerjarumah dan dalam masa yang sama cuba juga spend time dengan anak-anak. Itu pun dah rasa kalut. Belum buat aktiviti berfaedah lagi macam ni!