Pixajoy

Monday, October 12, 2015

Home » Perjalanan Balik : Makan Makan Makan

Perjalanan Balik : Makan Makan Makan


Ambik kau tajuk..Dah terlebih makan dah ni tak kembali kepangkal jalan lagi.

Berhenti konon nak tanya jalan sekali dah terbeli lemang dan serunding.

Saja balik ikut jalan kampung. Sampai Negeri Sembilan nak cari kedai best untuk lunch dua kali berhenti, nampak macam tak menarik masuk kereta teruskan  perjalanan lagi.huhu

At last kami berhenti dekat kawasan Taman Rekreasi Ulu Bendul. Puas hati ok dapat kena masak lomak nogori. Makanan memang best dan sedap. 






Lepas makan sempat borong buah dokung, sedap manis juga isinya. Dalam kereta dengan jajannya lagi. Adoi cik Pia kiri kanan coklat crispy. Kenduri jajan betul dia sepanjang balik perjalanan pergi balik Johor. 


Berhenti solat dekat RnR Dengkil, layankan Afia naik mainan boh duit ni. Tak masukkan duit pun awak posing je la anak oii.




Memang berangan nak makan Sate Kajang Haji Samuri kat Hentian Sungai Buluh macam biasa. Tak sanggup ambil risiko kedai tutup ke apa takut kempunan baik kita kena awal-awal dekat Dengkil.hehe..


Masa depa dok wefie ni aku ke toilet salinkan baju Afia. Kebetulan Afia berak sekali harung bilas badan dia.



Aku dengan mak sampai tengok dah hampir selesai sate dikerjakan padahal baru lepas lunch. Siap order lagi tambah ni.


Alhamdulillah kenyang sampai malam. Akhir sekali stop kami cuma order minum pastu makan lemang yang dibeli pagi tadi. Sedap oii lemangnya lembut sangat, serunding pun power. Aiman dengan tok wan boleh lagi tu makan nasi. Aiman siap nasi beriani lagi. 


Alhamdulillah selamat sampai SP dan tamatlah sudah entry balik kampung. Ada rezeki Insyaallah sampai lagi kami ke Johor.





10 comments:

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Itulah realitinya bila jenjalan dengan keluarga. Makan-makan-makan tak boleh dielakkan. Tunggulah bila anak-anak dah besar dah pandai jaga makan mereka susah sikit nak makan-makan-makan. Sekarang makan puas-puas:)

nini said... Best Blogger Tips

Amboiii seronoknya afia....

Sue Bee said... Best Blogger Tips

memang sesuai la dengan tajuk entry hari ni, PK..

wa said... Best Blogger Tips

Makan..makan..selagi boleh makan.

makchaq said... Best Blogger Tips

Seronoknya jalan2 balik kampung... tambah jalan santai-santai... boleh singgah sana sini makan..

Kami ni selalu kelam kabut..kadang2 sampai x singgah mana..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

gulai lomak cili padi nogori mmg sodap!! amboih... kemain sakan makan yea.... sedap2 pulak tu menunya! haih... telan ailio je la kami nengoknya.. huhuhu

cik pia tu kemain la comei makan sendiri!geram pulak nengoknya!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

kalau ke tempat ada mainan macam tu, samalah si Nazif ni.. wajib singgah juga. naim dh makin besar nampak tak heran sangat..

Syoknya baca pengembaraan balik kampung korang ni, jelajah sunnguh katanya. makanan sepanjang perjalanan pergi balik pun kemain best tu..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kekenyangan la kan.
sate samuri mmg puas hati.
nasib bru lps je makan ahad lps hihi.

pia buat busuk ke tu ?
syarat bgtau ibu dah poo poo erk..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Mmg kena sangat dengan tajuklah PK. Berhenti makan 3 kali, maka tajuknya pun 3x makan jugak haha....

Betul tu .....kita kekadang bila nak makan mmg kena tengok keadaan kedai, agak agak kedai tak menarik, terus patah selera hihi....

Budak tgh nak naik gitulah PK, mmg duk makan tak henti. Eh mak ni kalau ikutkan pun selera manjang hihi....tp terpaksa sekat haha...
Sedap pulak tengok sate tu

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Betullah tu, PK. Dah setahun gamaknya saya tak datang sini. Banyak betul entri tertinggal. Tau-tau dah balik SP.Entah bila masa balik Johor pun tak jumpa lagi ni entrinya. Yalah, masa ni tengah sibuk sawan pengantinkan lepas tu sambung lagi sawan sibuk kerja katanya!

Sayakan kalau berjalan jauh memang nak singgah RnR aje kerjanya tapi HD tak suka sangatlah berjalan jauh berhenti kejap sini, kejap sana. Kita ni nak juga fefeeling jalan jauh-jauhkan. Sambil tu boleh juga penuhkan perut. Jauh perjalanan lapar tau!