Pixajoy

Friday, October 23, 2015

Home » Semalam Punya Cerita

Semalam Punya Cerita



Mak abah datang lagi, singgah SP dari Lumut sebelum balik Alor Setar. Tetiba je mana sempat nak kemas rumah. Dah la selori baju belum lipat dalam bilik. Balik kerja rupanya mak mertua dah siap-siap kemas dan mop dapur.Terjejas reputasi menantu perempuan nan sorang ni.hahaha..

Kebetulan en suami pun cuti tak berapa sihat, tak kira jerebu of course keluar bawak mak abah JJCM. Kalau semua orang terperuk je kat rumah..kesian la kan dengan peniaga-peniaga kedai makan.hehe

Ni antara kedai yang selalu dah kami singgah. Aduh aku ingat en suami tanya burger biasa sambil buat isyarat dua..aku pun iyekan. Rupanya order yang KLCC..jenuh nak habiskan. Mujur Aiman kata nak makan burger tak demand nasi goreng macam biasa. Mak abah order mihun dan mi goreng, mana reti sangat makan western camni. Burgernya kami tiga beranak selesaikan semua. Alhamdulillah licin.hehe..

Kok KLCCnya udah senget benget.

Ada 4 lapisan daging dan 4 biji telur setiap satu.

Order with cheese tapi dah kurang leleh cheesenya macam yang sebelum ni.

Sila jangan terliur.haha

Balik makan kami singgah sekejap rumah kawan lama abah. Ni kawan masa kerja askar sama2 dulu di kem yang mana sekarang ni tempat aku berkhidmat. Rumahnya tak jauh dari kuarters tempat kami tinggal. 

Afia masa kat kedai sibuk main tak ingat nak makan, kat sini habis di belasahnya biskut orang jamu. Yang hanginnya tu dia pi makan krim yang tengah tu je pastu pass biskut ke ibu. Larat nak telan dah belasah setengah KLCC tadi.haha... Bila kita larang dia dok buat muka comel sambil goyang jari telunjuk sebut no no..geram betul ibu dengan si bambam ni tau.huhu

Dikudanya Aiman kerusi malas orang.

Afia pun suka. Nanti minta abah belikan satu ok.

Abang adik berebutkan kerusi. 

End up tentulah abang kena beralah. Cik Pia punya jerit sedia faham lagu mana. Hingaq sekampung.





5 comments:

Wak Lat said... Best Blogger Tips

giler tinggi klcc tuuh ;p

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Masya-Allah tingginya!
Kalau tak bersungguh tak habis ni nak makan sekeluarga:)

Adik biasalah kalau dah jerit abang kenalah mengalah ye. Tak apa bang tunggu adik besar sikit dah boleh bergilir.

eima said... Best Blogger Tips

Tu dia tingginye burger.....ratah daging je la ni kan....

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kerusi tu mmg sedap dduk.kita ht tua duduk mmg lena la ..hahaha.
susah nk jmpa skrg ni kot

perghhh kemain tinggi..
leh la try tp ntah bila..

xpa la pk, pk kerja. ur mil mesti paham, kan :)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tingginya burger KLCC. Ya tak ya juga, dah nama sempena KLCC sendiri mahu fahamlah tinggi manakan. Kira bertabahlah nak menghabiskannya. Takkan abah Aiman Afia takat makan burger KLCC berkongsi? Mesti boleh habiskan sendiri kalau mahukan!

Biasalah tu Aiman. Dengan adik memang kena beralah. Alasan yang diguna pakai, adik takda akal tinggi macam abangnya. Hah, kalau saya itulah alasan yang saya olah duplohlapankali!