Pixajoy

Saturday, October 10, 2015

Home » Goodbye Johor

Goodbye Johor



Pagi Ahad anak-anak Pak Usu dah ke sekolah kami pun bersiap nak tinggalkan Johor ke rumah adik ipar area Pekan, Pahang. Kawasan Pak Jib mesti semua tau kan (tangan didada mata keatas). Disebabkan air tak ada pagi tu semua pakat tak mandi. Ibu dengan Afia je mandi tau.haha..


Ajak Pak Usu sekali sarapan dekat Bandar Penawar.

Cik Pia sebolehnya ajak kita naik kereta Tok Usu dia.

Baru nak terjebak dengan AJ tapi bukan taste aku pun. Dah macam makcik jual karipap pakai tudung yang menjadi kegilaan ramai ni.huhu

Sini memang port peberet kami untuk sarapan.

Fulamak lontong basah dia terbaik. Pilihan aku, mak usu dan abah. Mak makan lontong kering. Depa yang lain entah tak kuasa aku nak ingat apa menu.hehe

Cik Pia dekat rumah dia kira nak kiss baby sesaja. Ni tragedi hug and kiss baby buat kali terakhir. Lepas ni tak tau bila pulak boleh jumpa.

Meneruskan perjalanan kami singgah Pantai Teluk Mahkota kejap kena rojak dan keropok lekor sedap.

Pantai ni juga sering kami kunjungi dulu kalau ke rumah Pak Ngah.

Ni dia kedainya jual keropok lekor sedap. Afia tidur, jadi tinggalkan dia dekat kereta. Tak lama pastu baru dia jaga.

Keropok lekor dan sos homemade tanpa bahan pengawet. Memang sedap siap beli keropok mentah dan sos bawak ke rumah adik ipar.

Rojak biasa-biasa saja.

On the way ke Pahang beli jagung rebus juga.

Konon nak cari udang galah fresh sekilo RM60  kau. En suami nak beli dah, minta 2kg RM100 dia tak bagi. Ok fine jom kita balik.hahaha


Sampai rumah adik ipar, semua dah tak ingat nak makan pun terbungkang tidur kepenatan. Petang sikit baru kami keluar ke Pekan. Nanti sambung.haha..









7 comments:

nasa mulia said... Best Blogger Tips

sedapnya....jalan2 sambil makan2, yang sukalah...tapi driver kadang malas layan asyik menyinggah jer.

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Kami driver smua kaki mkn..asik benti makan je la.hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Wah. Sedap2 semua makanan korang ni. Mula2 baca tadi tak faham pasal Pak Jib tu.. haha.. lepas tu baru tangkap. Oo.. faham2..

Jalan sakanla ye.. mujur sekali dengan tambahan cuti 2 hari ya..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

aduh.... menunya mmg mencengkam dijiwa... gambar2 tu semuanya menggiurkan!!!

alamak cik pia dah tunjuk gaya kakak nak adik... hahahahhaha

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pi mlawat kawasan pak ji ka ?
amacam ok ka ?
sama la saya pon blm ada koleksi AJ.

lontong dapnya..
kopok lekor tu. aduhai.. dapnya nengok ptg ptg ni

jln jln cr makan sesaja ye..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Laaa dari Johor terus ke Pekan pulak ke? Jalan sakanlah ni nampaknya hihi.....
Najibbbb....Najibbbb hihi....
Lontong mmg femes kat Johor, tp okje kurang suka lontong, lebih suka soto....

Maheinya udangx kuss semangat.... takut weyh nak makan, belum kena beli lagi tu hihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ingatkan pergi Pekan nak melawat Kak Mah ^_^

Lontong tu salah satu makanan kesukaan saya. Saya ni kalau pergi sarapan di luar, memang lontong saya cari dulu. Tapi di KL ni belum bertemu lagi lontong yang betul-betul sedaplah. Lontong kering saya tak berapa suka tapi kakak saya kalau balik kampung, asyik-asyik nak buat menu lontong kering untuk sarapan. Tension kita!