Pixajoy

Tuesday, October 27, 2015

Home » Santai Pantai Merdeka

Santai Pantai Merdeka



Nak masuk 5 tahun dah kot kami menetap dekat SP, ni kira baru kali kedua jejak kaki ke Pantai Merdeka. Biasanya macam ni la kan.. tempat yang jauh kita nampak, yang dekat tak excited nak pergi walhal Kedah ni pun banyak lagi tempat aku belum jejak. Gunung Jerai pun tak pernah naik lagi tau, sedih kan.hahaha..

Kami pergi memang dah agak petang. Hari Jumaat pun tengok tak ramai sangat orang mungkin faktor jerebu. Biasanya hari cuti memang sesak dengan umat manusia. Sekarang Pantai Merdeka dah ada ekspo gerai jualan. Macam-macam ada daripada makanan minuman sampai ke pakaian, mainan, cenderamata. Semua harga murah la bagi aku. Dah macam mini Padang Besar dah.




Kami cuma jalan-jalan cuci mata. Mujur anaknda berdua behave tak mintak toys yang bukan-bukan. Terpegun jugak tengok budak-budak ni tengok, pandang dan pegang mainan pastu bila kata tak payah beli  depa tak membantah. Kalau Aiman tu memang sedia maklum dia takkan berani mintak nak beli mainan kalau abah dia tak bagi green light. Afia pun bila kita cakap toys ni tak juai..nanti jalan dulu kita tengok lagi kat depan ada banyak lagi..dia ikut je arahan sampai kesudah tak beli apa.hahaha..

Depa cuma demand nak main dalam tempat belon ni. RM3 per person tapi en suami minta RM5 je untuk Aiman Afia.hehe..





Main kejap sangat Afia dah melalak takut. Rugi je anak oii tadi nak masuk macam excited sangat. Yang abah depa ni pun dah tau anak takut lagi diusiknya. Kesian Cik Pia kena buli dengan abah.


Dah lewat petang so tak pusing ke mana sangat, budak-budak ni pun tak sempat main kat playground. Ikutkan en suami nak terus balik tapi isteri dia ni mengada sangat ajak kena ABC dulu. Nin dia ABC special mujur tak order dua. Satu ni pun bersajak tiga beranak nak habiskan. Udang 1kg pun tak sempat hadam lagi kan.huhu..





Sedap ABC dia halus je tekstur. Boleh mintak add on air gula dan susu tanpa tambahan charge. Petang yang sangat happy untuk kami, yang penting dapat gembirakan anak-anak.








9 comments:

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sedapnya nengok abc. saya dok pantang mkn ais lg ni. teringin dh nk mkn tp tu la, kalau mkn dpn rania, kang dia nak ngendeng juga.
sudahnya pendam la dulu hasrat nak pekena abc tu.

kalau abc ais halus mmg sedap. setengah tu kasar.. mmg bercinta nk habiskan.

wah. dh meriah la PM skrg ni kan..
tempat main tu mmg open gitu je la erk. kalau hujan habislah basah, kan !

eima said... Best Blogger Tips

baguskan aiman ngan afia ni ...
baik je ... cam anak aku pulak jenis yng sama tapi aku le yg jenis tak sampai hati .... memula mmg ckp no mainan ... pastu mula mama offer nak tak ... tp satu je tau .... hahahaha aku yg jenis tak sampai hati ko ....

lama tak pi pantai merdeka ... puluh tahun dah kot

nini said... Best Blogger Tips

Wow.....abc diaaaa....best gile..kalo tgh lapo kompemmmm habisss

sal ya said... Best Blogger Tips

Perghh.. Abc tu nmpk mabeles.

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Wah!!!ABC bkn main tinggi lagikkk..puas mkn sekluarga !!

OKje said... Best Blogger Tips

Cik Pea tu tau, mama dia setakat toys kat situ semua pun boleh bikin haha.... sebab tulah dia tak mintak PK......

Awat yg dia takut sangat kat situ.....besaq sangat kot, dah dia tu haluih.....lelama mcm seram pulak .
Amboih, dapat layanan istimewa nampakkkk.....maklumlah cuti hujung minggu katanya.....hihi

LYAfrina said... Best Blogger Tips

byk jual cenderamata kat sana..
msti emriah kat sini time hujung minggu

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai.. kemana la cik AN ni pergi ye? Lama nau tak datang mengomen kat sini ya.. tengok gambar mcm cam sb tgk di ig ya.. meriah suasana kat pantai merdeka ni ya.. suka nampak keceriaan di wajah budak berdua ni..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Uihhh... sedapnya ABC tu! Itu baru nampak gambar, belum dapat merasa lagi dah terasa-rasa kesedapannya di anak tekak tau, PK. Bikin kita terliur aje tengahari macam ni. Dahlah lunch makan maggi aje!