Pixajoy

Tuesday, October 06, 2015

Home » Johor Kami Datang!

Johor Kami Datang!



Percutian singkat kami ke Johor yang tak dirancang. 3 tahun lebih kot tak balik Johor melawat sedara mara dan jumpa kawan-kawan lama. Ni pun last minute ambil cuti kecemasan. Konon nak ziarah orang sakit, tapi tak rezeki nak jumpa, aruah tok long meninggal dan dikebumikan sebelum kami tiba sana.

Khamis lepas sepatutnya aku kerja office hour. Plan lepas kerja baru nak bertolak. Dapat berita kematian aku half day balik rumah terus kemas beg dan siap untuk travel jauh. Tu pun pi mai pi mai jadi lepas Asar juga bertolak. 

Aiman teruja nak jumpa sedara mara Johor, Afia kira baru kali pertama jejak bumi kelahiran Abang Aiman dan abah.


Kena jemput wan maktok dekat stesen bas dulu. Balik Johor sekali mak abah ternyata akan lebih meriah. Yang penting lebih jimatkan kos walaupun macam sardin tin dah dalam kereta buruk kami ni. Kata abah dari kecik sampai bila la nak bergantung pada beliau. Kalau bukan abah siapa lagi kan.hahaha. 

Afia acting sangat tutup mata konon tidur.haha..

Masa ni dekat Hentian Pagoh dah nak subuh sempat lagi anaknda berdua bagi special pose. 


Alhamdulillah Aiman Afia ok sepanjang perjalanan pergi balik. Afia cuma buat perangai sikit masa dah sampai Johor. Dekat rumah toksu pun dok merap tak sudah mungkin faktor letih dan mengantuk. Sepanjang hari jadual padat kesana kesini tak cukup rehat kan. Boleh tahan la dia punya mengaruk minta perhatian tu. 

Apa pun kepulangan kami ke Johor memang jelas ibu nampak riak wajah riang anaknda berdua. Kami baru sampai SP malam tadi. Nanti sambung ya!






14 comments:

eima said... Best Blogger Tips

wahh jauh berjalan .... afia dah ok ke ... budak2 klu jln jauh mmg la lain mcm sikit perangai

SalbiahM said... Best Blogger Tips

nanti sambung story jalan-jalan Johor ye..ni masa cuti sekolah hari tu ek?

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Kanak2 kalau nak bawa jalan jauh memang kene bersabar sket huhuu..
(macam aku ada anak jer hahahaha )

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

dah lama tak travel jauh2 naik keta, baru ini naik bas dari kelantan balik kl, 12 jam...letihnya mak aiii...

neesa_jun said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah selamat pergi n balik..klu anak2 ni yg kta risau dpt ka depa tahan perjalanan jauh..huhu...btw,comel ja afia pejam2 mata...

eita said... Best Blogger Tips

biasalah budak2..kalu dah penat tu..banyak lh karenah nyer

Nora Karim said... Best Blogger Tips

alahai... comeinya cik pia berlakon konon tidur tu... cute sangatlah!! (^_^)

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

kalau jalan jauh ..budak kecik yang kesian..kita yg tua ni pon penat..walau dukk jer dalam kereta.Pandai si anak dara comel tu acting ye..geram tau tengok aksi tido tu..:)

nini said... Best Blogger Tips

Penat afia jalan jauh2...hihi

Chuu Muqhlis said... Best Blogger Tips

Kita baru sekali je jejak Johor. hehe

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

Turun johor, kemana hala tujunya?
Perjalanan yang meletihkan

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

innalillah
salam takziah

jauh perjalanan.. nti smabung cita oke..
ke mana bawa aiman n afia selain ziarah sedara mara di sana..

OKje said... Best Blogger Tips

Ohhh kira emrgency le ni balik Johor ek....
Tak perlah....yg dah pergi, biarkan arwah pergi, sedekahkan al fatihah. Boleh jer melawat sedara mara yg masih ada

Mummydearie said... Best Blogger Tips

PK, saya baru perasan! Yalah bila kat balik Johor tu saya tak feeling apalah sebab bagi saya yang di KL ni balik ke BP cuma 3 jam aje. Lupa pulak awak ni memulakan perjalanan dari SP ke Bandar Penawar yerk. Jauh tu.... Salutelah kat en private driver PK yang memandu sorang-sorang sepanjang jalan! Panas weyh punggung ^_^

Apa-apa pun janji selamat pergi dan kembali semula ke rumah ya!