Pixajoy

Friday, October 09, 2015

Home » Family Outing

Family Outing



On da way balik dari Pahang en penyelia hantar whatsapp, rupanya dengan baik hati bagi aku off sambung cuti sampai Jumaat malam baru keja. En suami pun sambung cuti juga, dah melangut saja kat rumah apa kata kita outing tengok wayang. Dalam hujan lebat tu meredah ke Amanjaya Mall anak beranak. 

Penyakit berjangkit Mak Jilap. Berkerut cik pia melayan sawan ibu.hakhak

Tengok online schedule pukul 430 start movie, terhegeh-hegeh siap lagi 5 ke 10 minit baru sampai depan kaunter tiket tak sangka seat penuh. Dah lama kot tayangan Polis Evo ramai betul yang masih menonton. Ada seat depan saja kosong memang tak kuasa la nak melangut. Kami ke Tesco shopping  dulu sementara menanti tayangan seterusnya.

Afia awal lagi dia buat kuih. Dalam dok kalut terlupa nak bawak seluar lebih. Seksi la cik pia dengan rompersnya dah seluar dia kena tahi.haha..

Berlemoih muka baju dia paw abah makan aiskrim

Selesai shopping dalam hujan sanggup meredah Village Mall bersebelahan Tesco siap panjat tembok semata nak tengok tiket wayang yang katanya awal sikit tayangan dari Amanjaya Mall. Showtime boleh pulak tak sama macam online, naya betul. Pastu pulun la pulak ke Amanjaya Mall semula. Jadi kerja sungguh anak beranak.hahaha...

Dah dapat tiket sementara tunggu wayang start kita kena big apple dulu. Ibu salinkan baju Afia pastu seluar baru shopping kat Tesco terus pakaikan dia.hehe. Dah darurat kot ada skirt seksi ja ibu bawak nanti sejuk pulak anak dara aku dalam panggung. Ni kira percubaan pertama bawak Afia tengok cinema.

   
Muka ada senyum

Abang Aiman sekarang selalu protes bila ibu snap gambar dia. Muka moncong sedepa.


Mari cerita kisah dalam panggung. Afia pada mulanya ok sangat, kami tak ambik seat pun untuk dia. Duduk diriba ibu pun tak mahu. Dia berdiri kat depan kami sepanjang masa sambil menikmati pop corn. Berjalan ke kiri ke kanan, berdiri kejap duduk kejap kat kaki, tu je la aktiviti dia. Bila orang ketawa aksi kelakar filem dia pun gelak sama. 

Sejam kemudian dia mula dah buat perangai. Afia dah start menjerit dalam panggung terpaksa la ibu keluar. Jangan ditanya best ke tak Polis Evo sebab aku tengok separuh jalan je. Dari awal aku tengok tak gempak mana pun jalan cerita. Nak kata kelakar sangat pun tak juga. Pendapat aku takdelah best sangat pun seperti yang hebat sangat diperkatakan tentang filem ni, komen sepanjang apa yang aku menonton la kan.

Time ni kami dah keluar panggung.

Lagi sejam nak menunggu Abah dan Abang Aiman habiskan movie, ibu melayankan Afia main dalam playground. Modal RM 4 je kot, layankan ajelah kegembiraan si bambam. Kalau tak main dalam ni pun mana tahu kena hadap dia punya mengaruk minta dukung lagi parah kan.haha




Nanti sambung cerita kat Pahang. Bye!





6 comments:

eima said... Best Blogger Tips

alisha ngan fahim pun tak penah bw masuk tgk wayang hahahaha lagi kesian ... kuikui ..kira ok la afia test dpt sejam tu ....

LydSunshine said... Best Blogger Tips

RImas la tu dok dalam gelap lama2. Ari tu saya bawak Luth gi tgk movie the hobbit. Tapi sengaja pilih mid night sebab nak suruh dia tido. Mmg dia tido lena la, siap bawak sweater berlapis2.

Polis evo tu ramai yg kata best, dan pn kutu adalah org kedua yg kata biase2 je. Tapi saya lagi percaya Pn Kutu la kot, sbb kadang2 derang ni bagi review melampau melambung puji.

aizamia3 said... Best Blogger Tips

Kita tak pernah lagi bawak dak Nuha tengok movie..
Tapi rasanya sama je kot kena bersedia dari awal kerenah yang tak dijangka.. kehkehkeh.. ;)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

saya lagi la tak da bintang nk bg sbb x tgk pon.
download je la nti. hikhik

alahai cik pia x suka dok dlm gelap kot pk. mesti rimas, kan :)

abh dgn aiman bg berpa bintang?

mulusnya kulit pk.. apa rahsianya :)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ala..korang dah gi tengok polis evo..amboi2, sambung lagi cuti haritu ya..kemain tau.. sakan la berjimba.. haha..baru nak tanya best tak, xnk komen ya. Papa naim yang duk cakap nk pergi tengok cerita ni tapi sampai ke sudah tak juga jadi.

Ai, muka makin gebu jelita mulus tu yang berjangkit sawan okje tu.. takpe, banyak2 pun takpe..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Anak saya dah empat tahun pun tak berani bawa tengok wayang. Kalau tengok gaya kat rumah, memang 5 minit pun tak tekun menonton walaupun cerita kartun.

Okeylah juga Cik Pia bertahan sampai sejam tak mengamuk. Adalah peluang ibunya nak memahamkan jalan cerita walaupun terlepas endingkan!