Pixajoy

Thursday, March 06, 2014

Home » Kerana Dia

Kerana Dia




Tintong kepala aku hari ni. Siapa tak sayang laki oi konon tak dapat nak lelap mata selagi cinta hati tak jumpa doktor. Faham sajalah hospital kerajaan, bukan sebab servis tak bagus, tapi nak dapat rawatan tu beruban janggut kena tunggu. En suami bukan kena warded, cuma pergi dapatkan rawatan. Bertolak ke hospital ditengah malam. Selesai semua lebih kurang pukul 4 pagi. Puncanya pergelangan tangan sakit, mula bengkak hingga berterusan sakit yang amat. Urat masuk angin istilahnya lebih kurang macam tu kot. Dah tak dapat tahan sakit sangat tu minta doktor inject. 

Bukan diri aku dalam blog menaip pagi tadi dalam keadaan melayan perasaan risau dan sedih. Hari lahir bagi kami tiada yang istimewa sangat melainkan ucapan tanda ingatan. En suami muda setahun dari aku kalau ikut tahun. Kalau ikut bulan, aku tua 7 bulan. Dulu masa nak mengayat, en suami tipu kata umur sebaya aku. Aku memang tak suka lelaki muda, malah yang sebaya pun bukan taste. Takdir Allah jodoh bukan kira umur ye tak.

Tak sampai dua jam aku tidur malam tadi. Awal pagi uli tepung buat pizza lagi. Kali ni topping udang besaq gedabak untuk birthday man. Lepas hantar Aiman sekolah aku teman Afia tidur sejam dua. Bangun Afia baru kelam kabut memasak semua. Dekat opis petang tadi dapat la aku lelap tak sampai setengah jam. En suami dah mula kerja. Afia pun dah sembuh. Terima kasih pada semua yang mendoakan. 


Disebabkan aku dah tintong, aku mahu beradu. Esok kerja office hour. Daa..









16 comments:

Cik Tieka said... Best Blogger Tips

syukurlah semua dah sihat2.. rupanya en suami kena urat masuk angin?? dah try kalau sapu minyak angin ke kak? boleh cuba utk buangkan angin kat area tu..

Nurulhidayah said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah semua dh kembali seperti biasa :-)

Chot said... Best Blogger Tips

nnt ada masa lebih, rehat lama sikit ye :)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Wah, pizza spesel dgn udang beso.... Tu pun dah cukup buat birthday man happy :)
Seperti biasa, mesti saya geram tgk muka afia yg innocent tu... Cubit sikit...

Umialya said... Best Blogger Tips

alhamdulillah nampaknya semua insan tersayang makin sihat

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Sana pun mlm2 ramai org juga ya. Hrp semuanya sihat2 belaka

- AZIE - said... Best Blogger Tips

selalunya yg xsuka tu la jodoh kita hehehehe..afia dh makin sihat, alhamdulillah..

Unknown said... Best Blogger Tips

owhh..kesiannya....Alhamdulillah, Afia pun dah sihat ye bambam... :)

Unknown said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah semua dah sihat... Aiman dah tujuh tahun ye... sekejap sahaja masa berlalu,..

Puan kutu pun kena juga berehat, nanti Tuan kutu dah sihat, Puan kutu pulak tak sihat... kesian aiman dan afia...

berehat juga ye dik...

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah .. semua dah sihat..
dlm duk tingtong sempat lagi menguli..tabik spring..:)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, semua dah sihat ya! Mana tak sayang PK, dah namanya suami. Itulah kawan, itulah lawan. Ya tak? Alah setakat umur beza 7 bulan tu, pejam mata ajelah buat tak dengar. Yang penting dah sayangkan. Betul ke tidur sejam dua aje dengan Afia? Jgn2 Afia yang sejam dua tidurnya, Ibu mestilah berjam-jam,kan....

GP said... Best Blogger Tips

pergh omputeh sgt makan piza hahahah

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Takde komen saya ke? Dah baca lama ni..

so sweet la entry ni. Suami PK di hosp utk check je tapi isteri risau pasal suami..entry yg ada kasih sayang gitu..semoga kasih sayang ni berkekalan ya.. nak caring2 sokmo

Masya said... Best Blogger Tips

Bab servis kdg mmg menjengkelkan... Tp oklah x kene tahan

LydSunshine said... Best Blogger Tips

syukurlah dah selesai urusan kat spital walaupun kul 4 pagi. huhu... rabak mata. tapi demi suami tercinta, sanggup tunggu kan.

lizz said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah semuanya dah ok..
waa... buat pizza.. saya dari hari tuh nak try buat pizza mcm pk nih tapi asik tak menyempat jek..n