Pixajoy

Tuesday, April 02, 2013

Home » Checkup 35 week

Checkup 35 week



Wah excited nak up entry check up lagi. Biar nanti baby tahu ibu beliau ni gelojoh.hakhak. Ini semua abah baby punya pasal. Balik kerja tadi terus ajak pergi Tesco. Kononnya cuaca kat rumah panas. Keluar carik aircond pastu melantak segala mak nenek. Dalam dok takut nak buat BSP tapi tak dapat tahan nafsu, makan terlebih sikit je BSP terus naik.

Pagi dan tengahari tadi dah ok bacaan. Tadi petang pukul 5 BSP merah gara-gara makan dekat Tesco. Ala bacaan 6.3 je. Ikutkan tak boleh lebih dari 6. Alhamdulillah nurse kata repeat yang mana merah je. Esok petang kena p RSAT cucuk untuk petang je la. Tak larat aku nak ulang sehari 4 kali. Dua minggu lepas waktu tengahari pun merah gak. Ngelat tak p repeat pun.haha.. 

Hari ni baby dah 35 minggu 3 hari. Kencing ok, BP 100/71, berat naik 2.4 kg, tinggi rahim 33 cm. Dua minggu lepas berat tak naik, hari ni ambik kau dua minggu naik 2.4kg terus.huhu. Pastu macam biasa nurse scan tunjuk jantung baby dan kepala kat bawah. Kaki aku dah mula membengkak sikit. Standart la kan dah sarat camni. 

Minggu depan appointment pakar dekat KK Bandar pulak. Appointment RSAT dua minggu lagi. Pastu kalau still tak beranak, dah kena ulang alik seminggu sekali ke RSAT. Dah tak sabar rasanya nak tengok muka baby. Cepat keluar ye baby, ibu dah tak larat bawak perut.hiks..


* Baby perlukan istirehat, balik Tesco abang Aiman demand main kat playground Taman Jubli, sampai rumah kelam kabut siap pergi RSAT. Malam ni pukul 10 kena cucuk lagi. Mungkin lambat sikit ibu BW..:)







16 comments:

Umialya said... Best Blogger Tips

nak check bsp tu yg x larat..

Anonymous said... Best Blogger Tips

semoga baby lahir dengan sihat ye akak kutu...

cucuk tu maknenye cucuk air gula ke?

Dayang Deno said... Best Blogger Tips

take care akak :)

Unknown said... Best Blogger Tips

As salam murni,

Kita yg baca pun excited sgt! Baby cepat keluar tau, mcm yg mummy pesan.. auntie pun xsabar nak tengok ni! :))

Nastyna said... Best Blogger Tips

Apa semua nya ini? Kenapa saya taktau pun perkara2 bsp ni semua. huhuhu takfer... takfer... semua dah selamat pun.
baby kuar cepat2 yer, kesian ibu dah penat bawak perut heehe.

Unknown said... Best Blogger Tips

Adui...tukang baca pun jadi tak larat hehehehe....

NzA said... Best Blogger Tips

semoga Allah permudahkan segalanya n moga ibu n bb sihat sokmo....

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

kak izan yg baca pun ala2 semput dibuatnya. ulang alik sampai 4 kali yg tak larat tu...

moga2 dipermudahkan segalanya utk muni ye.

Cikrosecute said... Best Blogger Tips

Semoga baby sihat dan comel cam aiman hihihi

GREENJADE said... Best Blogger Tips

dh sarat sgt2 ni...baby cayang keluar ikut pintu bebaik tau..sian mama dh termengah2 tersemput2 dah tu..

moga dipermudahkan segalanya ya sis.

saya terlampau aktif semasa mggu ke 36 then terus terberanak awal hihihihi

ida =) said... Best Blogger Tips

Wahhhh.... maknanya menunggu hari sahaja. Semoga sihat ibu dan baby

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

semoga ibu n kandungan sihat2 ... mesti x sabar2 nk tengok muka baby...

Unknown said... Best Blogger Tips

akak dl..35 dah beranak dah

sal ya said... Best Blogger Tips

sabar je la.

Unknown said... Best Blogger Tips

hebat kak murni, dlm risau2 pon makan kemain..haha..kisah apa ye dok..=D

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

take care yer...