Pixajoy

Tuesday, April 30, 2013

Home » Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 8

Bacalah Anakku Aiman : Tamat Buku 8



Alhamdulillah Aiman dapat tamatkan Bacalah Anakku Buku 8 setelah bertungkus lumus hampir 4 bulan. Lama juga masa kami habiskan untuk semua set buku ni. Buku 8 paling ujian nak habiskan. Sehari baca, tiga hari cuti, sehari baca dua hari cuti, begitulah seterusnya. Lemau sungguh bila dah sampai buku terakhir.

Nak bagi tips semua memang aku tak pandai. Bagi aku cara mengajar kena ikut peringkat umur. Macam Aiman dah besar, agak senang juga nak ajar dan memahirkan dia untuk kenal dan membunyikan huruf. Kalau budak 3 4 tahun lagi cabaran kot nak ajar membaca. Kena tengok cara dan ragam budak jugak. Aiman Alhamdulillah jenis yang tahan pressure, kadang-kadang aku guna kaedah paksa untuk teruskan bacaan. Sila jangan ikut cara aku.



Tahniah Aiman Mukhlis, ibu bangga dengan anak ibu sebab Aiman dah boleh kuasai skill membaca. Terima kasih kerana sedia dimarahi oleh cikgu ibu yang garang, mendengar kata dan tak pernah melawan cakap ibu sepanjang pembelajaran. Maafkan ibumu yang kurang penyabar ini.


Syukur aku dah boleh berpantang dengan lega. Ada hikmah gak kot adik Aiman ni tak nak deliver lagi, agaknya nak bagi abang graduate dulu. Lepas ni boleh fokus untuk mantapkan bacaan Aiman dengan buku cerita dan bahan bacaan lain. Hadiah kerana Aiman dah graduate macam dah ada dalam list. Tapi Aiman nampaknya tak kisah sangat pun pasal hadiah. Bagi adik cukup kot Aiman?haha..





15 comments:

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Belum deliver lagi ye... nak tunggu bulan May juga agaknya. Doa kakak moga sihat dan selamat.

Buat Aiman tahniah dah 'graduate' ye:)

CtAyue said... Best Blogger Tips

tahniah aiman dan syabas utk ibu aiman jugak.. dah berjaya dah aiman yer.. kena kasi hadiah lah yer kt aiman...hehe..

Unknown said... Best Blogger Tips

ahaha..agaknya mungkin begitulah kot..adiknya nk kasi abg aiman abehkan buku bacalah syg so nnti ibu x pyah nk pikir dah..=D

tahniah aiman..=)

eita said... Best Blogger Tips

tahniah..makin bijak aiman

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Tahniah aiman. Alhamdulillah! Nampaknya lepas ni boleh lah asah skill membaca aiman. Seronok dgr aiman dah boleh baca. Dah tu dpt pulak adik baru. Hehe...

TiranaAduka said... Best Blogger Tips

salam puan kutu
Maaf lama ta tak dtg sini.
Selamat hari pekerja.

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Bagus nya Aiman.. dah boleh baca.syukur senang nak ajar ye..
Tahniah budak comel...:)

ZieMarziah said... Best Blogger Tips

bijak betul aiman..cepat dia membaca ye

Unknown said... Best Blogger Tips

tahniah aiman..dah berjaya abiskan semua buku..

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

alhamdulillah ...
gud boy.. :)

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

Tahniah Aiman...Ada special graduation day tuk Aiman ke?? Semoga semuanya selamat...

Unknown said... Best Blogger Tips

tahniah aiman...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

tahniah aiman!!

Nora Karim said... Best Blogger Tips

mesti aiman seronok nak beli buku cerita sekarang... bestnya... tahniah aiman...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

saya dah baca semua 8 entry pasal bacalah anakku ni smeula... hahha...

Alisha sekarang dh msk buku 4.. tu pun byk jugak cuti... xsabar nak habiskan buku 8.. heheh