Pixajoy

Saturday, September 17, 2011

Home » Raya Tak Jadi : Outing With Family + Ateh

Raya Tak Jadi : Outing With Family + Ateh


Selamat Pagi,

Semalam cuti umum. Kebetulan en suami tak kerja, jadi kami sekeluarga pergi menonton Raya Tak Jadi. Ateh (adik aku) datang rumah, so join sekalilah. Lepas solat Jumaat Ateh pergi beli tiket, takut habis sebab hari cuti memang ramai gila orang kat panggung. Seperti dijangkakan tiket pukul 4 dah habis dijual, kami tengok pukul 6 petang punya. Sebab beli awal, dapat la tempat strategik yang kami idamkan tidak seperti Hantu Bonceng hari tu.



Aku ekceli tak berapa minat dengan Apek even time kegemilangan beliau memenangi anugerah artis paling popular dulu. Walau bagaimanapun aku amat menyenangi lawak Johan. Johan memang diantara pelawak yang membuatkan aku berdekah ketawa.

En suami kata lawak Apek tenggelam dek Johan. Filem nie lawak sebab ada Johan je pun. Aku tak kata apa sebab memang aku tau Apek tak lawak.haha..Tapi bukanlah tak lawak langsung, cuma Johan lebih memonopoli keseluruhan cerita. Watak Abu dan Ali juga tidak menghampakan. Tak kering gusi aku dengan lawak mereka yang bersahaja. Lawak Jalaludin Hasan tidak terkecuali banyak buat aku gelihati. 

Part paling best dari Johan, "inilah yang dikatakan rahmat ramdhon!". Aku mungkin miss beberapa lagi part yang best sebab ke toilet. Aiman seperti biasa akan membuat onar mahu melepaskan hajat dan apabila tiba di tandas kemudiannya mengada-ngada pula kata tak mahu tapi selepas bontotnya di garu oleh aku barulah si chubby itu mahu melepaskan hajatnya.kahkah.

Kalau Hantu Bonceng mengajak mat-mat rempit supaya insaf, pada aku filem nie hanya untuk hiburan semata-mata, tidak ada mesej mahupun teladan yang ingin disampaikan. Best jugak cerita nie. Boleh tahan sajalah.hehe..





7 comments:

Tengku Puteri said... Best Blogger Tips

ari tuh terpengaruh hantu bonceng dengan entry akak terus download..skang raya x jadi lak...nak tengok r nanti...heeee..

halila Ibrahim said... Best Blogger Tips

sama la kutu ... kak pun x suka apek .. zizan pun x suka .. tapi johan kak suka ...

Pu Huiren said... Best Blogger Tips

smalam sy tgok cta ni jgak ngn kwn2 . seriously, best cta ni . nice . ehee .

nurpiska said... Best Blogger Tips

minat johan je:0

hyz said... Best Blogger Tips

x bape minat tgk filem2 alahan prof madya razak mohaiden ni.. sebab filem kosong... sy kalau tgk filem, sy tgk pengarah n jalan cerita... hehehe

Kak Aya said... Best Blogger Tips

sama la dengan saya , tak pernah reti nak minat dengan Apek dari dulu sampai la skrg ni , bukan tak suka cuma tak minat je.

baru je plan nak ambik filem ni nanti dr Astro First tp sb arahan Razak Mohideen, mungkin tak jd la kot sb semua kat rumah ni tak suka filem dia.

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

tu lah sejak ade johan ni apek da tenggelam sket tp sy masih minat lawak dier ... lawak johan jgn cakap ler..mmg buat i mengekek2 ketawa :p

part yg best tu jadi langsir tu..kena tiup angin..wakakakaka~