Salam
30 syawal telah berlalu. Sudah sebulan kita memanjakan perut dengan segala juadah raya. Syukur kerana masih diberi nikmat makan dan kesihatan yang baik untuk merasa semua jenis makanan kerana rezeki yang melimpah.
Hari ni dekat pejabat ada buat makan-makan sempena hari lahir seorang rakan pejabat merangkap jamuan raya kecil-kecilan. Menu yang ada adalah lontong basah, kuah kacang, ketupat, rendang ayam, pulut kuning dan kuih.
Dah lama tak makan pulut kuning, nikmat gila dapat makan hari nie. Rendang ayam pencen rupanya sedap. First time makan seri muka yang di bakar, selalunya makan yang kukus tu je kan. Triffle yang kawan aku buat pun boleh tahan sedap. Nak belajar buat jugaklah nanti.hehe.
Dari pagi sampai petang tiga kali aku makan ulang-ulang. Penutup raya katakan.haha..Betul syawal setahun sekali, tapi nak turunkan kilo yang meningkat ambik masa sampai raya tahun depan pulak. Lepas raya nie harapan aku semoga nafsu makan tidak meningkat tanpa dipinta. Risau juga melihat lemak di pinggang makin berleluasa. Sendiri mau ingat! Sekian.
7 comments:
makan jer dik...dah ada depan mata..Diet..????? lepas ni boleh diet..biarkan lemak mnyinggah..buknnya selalu..hihihi
da abes raya ek? saya baru ingat nak wat open house minggu depan......
Fuh!!!LEGA!!!!...he.he.he...
yela Puan Kutu, hari ni pun dah mula orang berangkat pergi haji...dah zulkaedah...
hurm..arini kan last raya..td ada gak wat jamuan raya..tp x larat ar nak g..asik mkn je..berat semakin menambah2 plak ;p
hmm sebut pasal makan ni, kak aya sentiasa juara..tak pernah putus selera.
Syawal dan pun berakhir. Orang dah pun berangkat ke Mekah. Tak lama lagi raya Haji pulak. Makan lagi le kita.
Post a Comment